lundi 27 décembre 2010

Beraya-raya Cara Made In Peranchis

| | 4 commentaires



















 



Semenjak circa 1990 hinggalah ditahun 2010 yang nak diucapkan " au revoir or adieu" hampir setiap tahun cara tradisi menyambut dengan keluarga CintaJL sentiasa sama, mesti ada yang riang-ria, ada yang sedih sampai selinang-linang bertitisan air-mata, ada yang tahan-tahan marah berasap, ada yang buat selamba, ada yang buat-buat faham tak faham walhal faham, ngerti dan searifnya,dan seterusnya. Berbagai-bagai kerenah dan perangai, memang tak larat berdepan dengan ambiance yang monotone pada setiap tahun. Walaubagaimanapun yang penting binti importantnya hari tersebut semuanya ada dan bergembira menyambut bersama, yang dekat dan yang jauh semuanya ada.

vendredi 17 décembre 2010

Encore La Neige. Salji Nan Putih Seputih Jiwaraga Nan......

| | 5 commentaires

Bersajak sajak ya kali ni, kerana hari ini salji turun lagi dan lebat betul dan sejuknya (-10). Perasaan hatipun sejuk beku diiringi dengan perasaan méli-mélo (bercampur-aduk), kerja rumah terbengkalai buat buat tak ada mood, pagi tadi semasa menghantar princess Elyne Gabrielle ke bus-stand, telinga jadi beku, tangan-mangan jadi anaesthesia apakan lagi kaki-kakipun jadi keras kejang, pakai boots dan gloves (hingga -25) double-faced sheepskin + wool linings (waterproof construction) pun tak terasa yang diri ini dilindungi dek sejuk. Honey Aristocat macam tak ada mood aje hari ini, selalunya mintak-mintak keluar juga, tapi hari ni... agaknya dah jeran nak keluar sebab stockings kaki nya basah nanti. Fikir-fikir apa nak buat dulu, pagi-pagi ni, apa kata...

Pagar depan rumah, yang bulat-bulat bertiga namanya le buis dan yang ditengah  namanya houx/holly tahun ini tidak banyak berbuah, sang burung-burungan habis cotok makan, maka itu untuk buat hiasan christmas dirumah ibumertua dah kena embat.



Semasa baru sangat pindah, pokok pin ini amatlah bushy (poorly groomed) oleh itu kena trimmed bagai nak patah tangan memotong dahan-dahan, tapi sekarang cutting dah boleh tahan sikit, rupa macam bonsai  tak?



Swimming pool diliputi olih crème chantilly salji yang putih suci lagi murni, hinggakan air pun membeku sebeku-bekunya, boleh main ice-skating!



Bonsai kesayangan CintaJL, hadiah dari ibundanya. Erable du japon (maple).



Kayu-kayu untuk stock tahun ini, banyaknyaaaaa, tak habis disusun cuaca tersangat mengada-ngada sejak dua menjak ini, nasib baik CintaJL dah reservedkan untuk chimney, kalu...?



Honey Aristocat pun sama naik mengada-ngada, tadi tak nak keluar, bila mamannya keluar nak clip clap camera baru nak ikot dah kesejukkan sampai tak sempat-sempat nak masuk kedalam rumah (pintu dari belakang rumah), nampak tak nama yang tertera dimuka pintu?



Jelitanya Honeyyyyyyy, gerammmmmmm. Buah hati intan payung tersangatlah anggun, puji bagai nak rak!



Lavender yang dah letoi, tak sempat digroomingkan kasihan lavenderku sampai kering.



Yang inipun senasib dengan lavender, dah disaljikan, cantik pulak effectnya ya.




Berposing-posing Honey Aristocat, posing yang mana satu anda semua paling suka, berilah tahu jawapannya.





mercredi 15 décembre 2010

Honey Aristocat

| | 2 commentaires




Princess Elyne Gabrielle (anakda) memohon kepadaku jika berpindah tinggal disebuah rumah (dibandar Grenoble tinggal diatas awangan an apartment) bolih punyai se-ekor anak kucing. Memang dah janji dengannya, jikalau papa CintaJL angguk-angguk setuju nanti kita buatlah pengumuman. Selepas 9 bulan setelah berpindah dikampong uluku ini, hampir setiap hari Princess Elyne Gabrielle meclaim-kan anak kucing, tiap kali nampak kucing jiran yang comel lagi montok lagilah beliau men-demand bagai nak rak. Janji wajib dipenuhi setelah  setuju main main angguk, dah tak bolih dielakkan lagi hendak tak ingin terusku kompang satu sekolahnya, satu kampongku, kesemua ratu-ratu yang ada, dekat dan jauh semuanya dah dicanang-canang demi janji yang telah tersasol kata: iya, nanti maman pergi carikan siapa siapa yang nak bersedekah, ya. Dengan senyuman yang aduh.. waduh..manis manis madu,  Princess Elyne Gabrielle pun terus naik keatas ke computer untuk memilih nama-nama bakal anak kucingnya. Seorang nenek balu, tinggal sendirian dan keseorangan dikelilingi olih collection-passion =  kucing, dek kerana punyai kucing betina terlalu banyak makanya nenek cuba mengurangkan kucing-kucingnya yang merembik itu. Nak tahu, siapa yang pilih nama anak kucing ? Siapa lagi, Maman Bintangjauh lahhhhhhhh. Nasib baik semua ahli keluarga suka nama yang dipilih, kalau tidak kasihan Honey Aristocat, nama dipilih  wajib diperkenankan olih semua, kalau salah seorang yang tak berkenan ditambah pulak dek perasaan pedih-pedih hati nanti anak kucing akan menjadi anak kucing bermurong (gloomy) sentiasa. Makanya Honey Aristocat se-ekor anak kucing yang teramat manja, sopan-santun (tak pernah main-main cakar), baunya harum sentiasa rajin mandi, pembersih kalau tengah____________dan _________ tak pernah merata-rata, pandai ambilhati dan tersangatlah gracious lagi anggun. Makanya kucing adalah sahabat rapat dan baik kepada Nabi Muhammad SAW.

mardi 14 décembre 2010

Ratu Ratu Made In Peranchis

| | 2 commentaires

Circa 1990, semasa baru sangat memulakan hidup ditanah made in Peranchis masih lagi tak ada ratu ratu. Yang ada cuma kakak-kakak ipar dan ratu-ratu dari university of Stendhal sahaja, international students. Yang ada satu dua, itupun dari negara pa-ang na-ang Phillipine (isterinya colleague dioffice CintaJL) tapi tak baik sangat, aksinya kalah Amy Winehouse. Sekejap saja bersambung bulu (expression yang asli dari ibunda) lepas tu au revoir (goodbye) berat betul, susah beratu dengan mahluk pelik-pelik ni. Bila dah ada anak-anak pergi kesekolah baru beratu, ratu pertama made in Peranchis yang betul-betul sambung bulu kehingga hari ini baik sungguh tinggi lampai, elegant et chic à  la française, pandai masak, rumah kemas bersih lagi cantik pokok pangkalnya beruntung betul punyai quality diri dan hidup seperti umat terpilih, suami beliaupun sehandsome-handsomenya kalah Brad Pitt, kalah Alain Delon. Tapi sayang, suaminya buang tebiat, buat perangai lelaki typical, kata ratu made in Peranchis suaminya teringin berbalik semula dengan ex- cinta pertama (kebetulan nama ratuku ini sama dengan nama ex-cinta pertama suaminya) walhal, itu ex-cinta 1 dah berkahwin dan beranak-pinak, ingatkan tak berbalas tangan bertepok sebelah,  lagi ditepok-tepok balas adalah. Kasihan ratuku itu, tempoh hari ada ziarahi kerumahku untuk mengadu nasib, terkejut bila bersua wajahmuka kerna salah satu mata ratuku itu  kecil  sebelah (banyak sangat menangis) kutanyai mengapalah  meparah-parahkan diri sampai begitu sekali, jawabnya biarlah, lantaklah, pedulikanlah, lah-lah-lah asalkan beliau puashati menyiksa diri sendiri diatas demi cintanya yang setulus-tulus suci murni. Lama kuambil masa untuk kujawab akan tetapi lidahku kelu dan keras, ingin kuhuraikan sepanjang-panjangnya seperti an expert depression psychologist akan tetapi tidaklah kumahu menambah-nambah beban yang dipikulnya itu sedangkan diri ini dengan masaalah hidup yang ringan pun tak larat nak kupikul, lalu kujemput ratuku keluar melawat tanaman sayuran musim sejuk yang dah letoi sama seperti perasaan jiwaraga ratuku ketika itu. Bersembang-sembang sehingga tak sedar yang tubuhbadan dah membeku sejuk seperti di North Pole. Ratu 2 made in Peranchis pun sama ceritanya, lagi parah tapi tidaklah boleh ku kompang-kompang keserata dunia kerana ratuku ini bukan orang sebarangan ditambah lagi princess Elisa beratu baik (sejak nursery school) dengan anak princessnya. Tahun lepas dimusim panas sis besar datang ziarahi dikampongku ini, kubawakan sis besar melawat bandar Lyon dan ratu 2 menetap diLyon, ziarahi ratu sekejap (ber-afternoon tea) dirumahnya. Au revoir dan jumpa lagi, sis besar bertanya: Bintangjauh pasal lidinya ratumu? Seperti penerangan diatas sedia maklum ya. Boleh sambong cerita, ironing-board tengah setia menanti! To be Continued.

    lundi 13 décembre 2010

    Rendez-vous Dans 20 ans. Ratu-Ratuku.

    | | 2 commentaires

    Ya ampun, syukurnya... bersyukur sungguh.. impian kepinginan ketemu kembali dengan Ratu-ratuku semasa disekolah glamour lagi famous Assunta Girls School PJ mari, akhirrnya menjadi r-e-a-l-i-t-y, tidak ku percaya... serasa disanubari jiwaragaku bagai berseri-seri... dimana tahun demi tahun, musim gugur berganti kemusim sejuk bertukar kemusim bunga terus kemusim panas, sabar yang amat kesabaran di bayar balas juga akhirnya...

     Ratu-ratuku RR, AA, MS dan J, ya ampun. adingan yang tidak dapatku erased padam kan tatkala masing-masing: Bintangjauhhhhhh, RRRRRRRR, AAAAAA, MSSSSSS, JJJJJJJ!! Nak menitis airmataku, tak tentu keruan masing-masing membelek-belek ke atas bawah, depan belakang perubahan fizikal diri, ada perubahan tak? Tidak penting, yang penting binti important-nya hari yang teramat bersejarah ialah sudah bersua wajahmuka rupaparas dengan nyatanya... depan depan nampak di mata kepala, sungguh tidak lah ku percayai hari tersebut adalah hari - rendez-vous- setelah 20 tahun nian lamanya. Panjangkan cerita, bermacam-macam alkisah hidup yang di gempar gemburkan, yang ditimbul-timbulkan sampai naik keatas, yang di dendangkan seperti membuai baby, panjang kata... semuanya alkisah indah belaka, molek belaka, tup tap tup tap time's up, Ratu-ratu semua seakan tidak mahu balik, berat kaki melangkah, berat hati mengundurkan diri dan miracle datang dari MS: Ratu-ratu semua,  minggu depan hari selasa jemput kerumah makan tengahari bersama lagi ya... lega perasaan ini masih ada lagi ruang dan masa dapat bersambung kembali alkisah-alkisah yang tersekat dek masa yang terhad,  wajahmuka Ratu-ratu semuanya tersenyum dengan senyuman nan berseri semanis manis madu. Terkenang kembali detik-detik riang ria semasa disekolah bersama Ratu-ratuku, namun... sayangnya ada yang tertinggal: Har, Y sotong, Y hitam, Shi Mekah dan sis Roz. Insyaallah, murah rezeki panjang umur ketemu jua nanti.



    Inilah sekolahku, dilahirkan circa 1957 dibawah naungan the Foundress dan the First Principal Sister Enda Ryan FMM.  

    Kenagan manis terukir sudah akhirnya...

                                       

    vendredi 10 décembre 2010

    Les Merveilles Made In Peranchis

    | | 1 commentaires

    Tidak perlu diperkenalkan, yang terhebat       - La Tour Eiffel Paris -

    Semasa membesar menetap dengan moyang, diri ini sentiasa sendirian dan seorangan. Tiada siapa yang sudi berbual-bual mesra, selepas sekolah pagi, sebelah petang kesekolah ugama. Masa banyak digunakan sepenuhnya membantu Moyang memasak, buat kuih, kemas rumah, sapu halaman disekeliling rumah bagai nak patah tulang belakang sebabnya halaman rumah penuh dek pokok duku, banyak betul daun gugur hampir setiap hari disapukan. Selesai semua, teringin juga berbual-bual mesra dengan sepupu-sepupu sebaya, tapi tak laku, iyalah anak terbuang jauh dari adik-beradik, dipisah-pisahkan kerana ayahandaDaddy dan ibunda bercerai. Petang-petang, bila bersendirian diri ini akan duduk dipangkin (betul ke ejaan?) buruk didepan rumah Moyang. Ada yang lalu lalang didepan mata mesti menanya: sorang-sorang je Wita, tak jawab cuma kubalas dengan senyuman manis-manis madu. Ada tu sambil jeling menanya: Mengapa termenung sorang-sorang, Wita, tak jawab lagi, mengapa, yalah tanya tak ikhlas bukanpun nak ambil tahu itu dan ini, tanya-tanya main lalu saja. Dalam senyap hatiku berkata ya Allah, bagaimanalah nanti nasib diriku ini. Setiap kali masaku duduk diatas pangkin buruk didepan rumah Moyangku itu (ulang lagi) macam-macam kudengar kisah-kisah sensasi dikalangan anak-anak Moyang (sebenarnya rumah Moyang dikelilingi olih rumah-rumah anaknya, ada 4 anak-anak Moyang yang masing-masing tinggal sekangkang kera jauhnya) semua alkisah tersebut kujadikan teladan hidup dimasa depan. Makanya sekarang bila berbual-bual dengan ratu-ratu made in Peranchis, mereka kata diri ini ada diploma in psychiatric ke. Tak ada. Zero. Sepanjang hidup membesar dibawah didikkan Moyang yang teramatlah antik kulipatkan sekemas-kemasnya seperti melipat kainsarong batik. Tahun demi tahun berlalu, dipangkin yang buruk itu ditempatku jadikan tempat holy dan dimasa yang sama CintaJL mengambil keputusan menukar aliran orthodontist ke engineering, katanya jika beliau memilih aliran yang pertama memang tidak berjodoh bersama. Ya ampun, yang perasan teringin berkahwin dengan anak raja tu, rupanya menjadi BintangJauh. L'hymne a l'amour. Edith Piaf.         


    Cuba bayangkan berdiri ditengah galerie, terasa seperti princess. Chateau De Versailles - La Galerie Des Glaces.

    jeudi 9 décembre 2010

    Terms And Conditions Dari CintaJL

    | | 5 commentaires

    Itulah dia, nak buka sangat blog, bila buka nak cepat-cepat, terburu-buru, main terjon dan sekarang dah jadi problematic, nak u-turn memang dah tak boleh, dah terlanjur, padan muka. Apakan tidak ingatkan blog ini diri sendiri punya 100% hak asasi, rupa-rupanya blog pun boleh berkahwin, berkongsi bersama dengan suami. Semalam, ada ratu-ratu mengesyorkan lampirkan photo-photo anakanda semua, diri ini memang nak display satu dua, kempunan seperti ibu mengandong, tidak direstui oleh CintaJL. Bising mulutnya muk mek muk mek, BintangJauh: Cintaku, boleh display photo anak-anak di blog? CintaJL: quoi! ca jamais!!! kalau itulah jawapannya, jangan mimpi, memang "jamais" never ever tidak direstui! Ya...lah ratu-ratu semua, ini adalah satu Pengumuman penting:  jangan ditanya lagi permintaan tersebut ya, sensitive issue terlalu delicate (a delicate situation). CintaJL kata walaupun ada blog tak kan semuanya nak tunjuk, malas nak balas-membalas perang tikam lidah, terus yang Tengah Elisa, siap tambah tu, maman (ibunda) jangan expose photo Elisa ya. Ya, maman kena patuh dengan terms and conditions dari papa. Alang tu, ingatkan berkahwin dengan orang putih salji ni tidak exigent  , rupanya lagi parah!!! La Vie En Rose.


    Des yeux qui font baiser les miens,
    Un rire qui se perd sur sa bouche,
    Voila le portrait sans retouche
    De l'homme auquel j'appartiens

    Quand il me prend dans ses bras
    Il me parle tout bas,
    Je vois la vie en rose.

    Il me dit des mots d'amour,
    Des mots de tous les jours,
    Et ca me fait quelque chose.

    Il est entre dans mon coeur
    Une part de bonheur
    Dont je connais la cause.

    C'est lui pour moi. Moi pour lui
    Dans la vie,
    Il me l'a dit, l'a jure pour la vie.

    Et des que je l'apercois
    Alors je sens en moi
    Mon coeur qui bat

    Des nuits d'amour a ne plus en finir
    Un grand bonheur qui prend sa place
    Des enuis des chagrins, des phases
    Heureux, heureux a en mourir.

    Quand il me prend dans ses bras
    Il me parle tout bas,
    Je vois la vie en rose.

    Anggunnya lagu dari Edith PIAF. The Legend Diva..

    Hold me close and hold me fast
    The magic spell you cast
    This is la vie en rose
    When you kiss me, Heaven sighs
    And though I close my eyes
    I see la vie en rose
    When you press me to your heart
    I'm in a world apart
    A world where roses bloom
    And when you speak
    Angels sing from above
    Every day words
    Seem to turn into love songs
    Give your heart and soul to me
    And life will always be
    La vie en rose

    I thought that love was just a word
    They sang about in songs I heard
    It took your kisses to reveal
    That I was wrong, and love is real

    Hold me close and hold me fast
    The magic spell you cast
    This is la vie en rose
    When you kiss me, Heaven sighs
    And though I close my eyes
    I see la vie en rose
    When you press me to your heart
    I'm in a world apart
    A world where roses bloom
    And when you speak
    Angels sing from above
    Every day words
    Seem to turn into love songs
    Give your heart and soul to me
    And life will always be
    La vie en rose


    mercredi 8 décembre 2010

    Made in Peranchis Part III (intai-intai didalam salon)

    | | 3 commentaires



    CintaJL selalu berkata salon (ruang tamu) tidak guna ada, sebabnya... tiada sesiapa yang sudi trigin melepak-lepak atau bersenang lenang dengan sejahteranya... ditambah lagi tu " ruang tamu untuk hantu bertenggek" makanya berabuk, lalu lalang dari hall, toleh hendak tak hendak disambut pulak main jeling-jeling lagi...! Musim sejuk ini, baru intai-intai... minggu lepas sejuk betol ( -12)! Barulah ziarahi ruang tamu sebabnyaa CintaJL pasangkan tungku api chimney/fire place, aman damai sejuk hati bila duduk berdepan sambil membaca novel. Salon dirumah ini hanya dimusim sejuk dingin ada penghuninya. Bahagian lain didalam rumah nanti-nanti dulu, tak kan nak sekali harong di-display ya... J'adore mon salon.      



    Gambaran tungku api/fire place berkayu yang dibakar bagi menghangat panas kan disekitaran ruangtamu/salon...




    Voilà.





    mardi 7 décembre 2010

    Made in Peranchis Part II

    | | 2 commentaires

    Sebelum diri ini menjadi BintangJauh, udah perasan sangat diri ini sememangnya tidak laku dikalangan abang-abang melayu. Manakan tidak! sejak mula menapak kesekolah menengah, ratu-ratu sekolah yang lain semuanya dah ada peminat, yang ada tu sampai terima surat layang, surat cinta, surat sayang, surat kasih mesra atau pun kad-kad jemputan berdating.


     Yang kita ni... sampai tingkatan lima pun masih tak laku-laku. Yalah... confirmed 100% confirmed, memang tak laku sungguh..! sampai termenung diri ini, tertanya-tanya mengapalah sampai tak laku ni cik-BintangJauh! Lepas SPM, ya ampun..! banyaknya ratu-ratu classmates, lepas satu, satu berkahwin, walhal diri inipun hasil dari sekolah yang teramatlah glamour Assunta Girls School PJ mari... Alang tu, tapi masih ngak laku-laku jugak.

     Masa berlalu................ berlalu, bila keluar berwindowshopping dengan sis Besar atau sis Kecil, mereka berdua pasti kena jeling-jeling magnet dari abang-abang handsome, diri ini nak dapat jeling kilat pun tak pernah merasa. Masa berlalu... seolah petanda itu enggan memberitahu... genap usia 19 thn, dek karena tiada yang mahu menyunting hati ini... banyak masa dirumah kuluangkan dengan joy of baking, sekejap-kejap buat kek, bila penat buat kek, bikin sedia kan biscuit dan sebaliknya... begitu lah masa terluang di-isi penuh kan...

    Satu hari terjentik hati nak me-advanced diri ini dari segi baking mem-baking. Maka kupanjang langkah ke MPH bookstore di MetroJaya, tengah sebok-sebok dengan prihatinnya menelek buku-buku joy of baking, tiba-tiba perasan ada empat mata tengah memerhatikan geraklangkahku ini. Tak senang betol, bila masa tengah serious pulak ada hati nak mengganggu, tapi perasan masa tu, buat betol-betol serious..! sebenarnya diri ini rabunmata jauh, jadinya kurang jelas... rabun-rabun kabus  wajah-wajah yang sedang tersenyum yang tidak berbalas, kasihan ya... senyum percuma macam mana boleh dibalas senyumnya kembali, matanya rabun...! Sudah selesai memilih buku joy of baking terus dibayar tunai, dan keluar...

     Jalan........ jalan... terasa seperti ada orang mengikut dari belakang, buat tidak perasan duluan, berhati-hati gitu... terus jalan...jalan...terasa lagi ada dua orang dibelakang bercakap-cakap, bahasa apa ya, pelik... ya..ya bahasa spaghetti. Bonjorno! Selepas negara  Italy  tukar pulak kenegara bunga tulip lepas tu tukar lagi, yang ini baru betol tak tukar-tukar, penat sungguh!


     Diatas gunung yang terkenal di seluruh Europe yakni Mont Blanc Chamonix Peranchis CintaJL melamar diri ini disaksikan sekali papa dan mamannya (ayah/ibu). Diberkati tiga anak, satu hero dan dua princesses. Voila!

    dimanche 5 décembre 2010

    Made in Peranchis

    | | 4 commentaires



    Muka 1

    Semasa membesar dengan moyang... hari terakhir berpuasa, berusia 14thn. Tengah-tengah sebok mengacau
    kuah kacang, terjentik hati ingin menanya Makwan (anaknya Moyang) satu soalan yang sememangnya tidak
    munasabah jika soalan ini keluar dari mulutku. Akan tetapi entah bagaimana perasaan ingin menanya begitu secara bersahaja, hinggakan lupa yang diri ini dari rupa-paras memangnya tidak sekali layak apakan lagi berhak untuk
    merasa perasan diri ini boleh mengeluarkan soalan tersebut. BintangJauh, boleh cepat sikit tak, apa soalannya? Makwan... Makwan rasa Wita boleh satu hari nanti ada jodoh dengan anak raja? Wajah Makwan yang
    lembut lagi manis-manis madu terus berubah menjadi wajah clown, terkekeh-kekeh Makwan ketawakan
    diri ini, lalu Makwan menjawab dengan linangan airmata yang tidak tentu keruan lagi, sungguhnya ketawa..!
    sampai nak jawab penat menunggu adalah lima menit. Makwanpun jawab, Wita... anak raja bondong (bahasa
    Bengkulen) adalah yang nakkan Wita. Terus sambong ketawa, bagai nak rak jadinya Makwan ketawa lagi seolah enggan berhenti...




    Tiba-tiba Moyang keluar karena terdengar anaknya ketawa bagai nak rak... menanya terus Moyang
    mengapa anaknya tu masih terkekeh ketawa, kelakar sangat ke?
    Makwan pun terus menerangkan kebundanya apa sebenarnya yang kelakar sangat tu. Moyang terus menuju
    kearah ku dan dengan pandangan dari matanya yang lembut terus membisik ketelinga ku dengan barisan
    ayat-ayat yang tidak ku fahami dan meminta tidak boleh ditabsirkan. Hingga sekarang tidaklah ku tahu rahsianya isikandong bisikan yang berayatan pelik itu...

     Genap 20 tahun menetap di-Made in Peranchis tahun ini. Tidak dapat merasa berkahwin dengan anak raja bondong seperti lawaknya Makwan... namun, tidak kusangka jodoh ini jauh rupanya...

    Maka itu kupanggilkan diri ini BintangJauh. Bagaimana pandangan anda semua yang sudi menyinggah
    kemuka satu blogku yang baru sangat dilahirkan hari ini 5.12.2010.