samedi 19 février 2011

Gateau citrus Limonium Lemon Limau kuning. Buat Muna.

| |






Kenalan diblog, Muna yang kini diScotland yang sebenarnya memberikan ilham yang teramat berharga sekali. Cake citron (lemon) Muna  bertahtakan dengan cube gula yang direndamkan didalam lemon juice terus diselaputi diatas cake itu.

Ya ampun, tampak bagai membuka selera sungguh, halus, gebu dan lunak. Jadinya tanpa tunggu terus menyediakan cake a la BintangJauh.

Masih ada lagi marmalade citrus yang dibuat oleh Ibu-mertua ditahun baru yang lalu, dicampurkan sekali didalam adunan cake citrus ini.

Pound cake yang klasik ini sememangnya dari dalam kandungan Ibunda telah dirasai, Ibunda berkata semasa mengandungkan diri ini teramat senang dan suka mem-baking segala jenis cakes dan manisan. Maka itu Ibunda berkata lagi diri ini begitu manis kayak gula, alang tu.

8 commentaires:

aznimatisa a dit…

Dear bintang jauh,
Nampak sedapnya kek itu...apatah lagi dengan hiasan yang tak di sangka2.

Tiba2 je teringat belajar mengadun kek yang pertama masa tingkatan 3 subjek sains rumah tangga.Cikgunya garang manakala resepi yang diturunkan ialah kek oren. Dalam kek itu di masukkan parutan kulit oren dan racikan ceri. oh sedapnya kek itu ratna..kerana ia adalah hasil tangan sendiri.

Teruskan memasak dengan air tangan kasih sayang untuk keluarga tercinta. Semuanya menjadi pahala dengan keikhlasan hatimu itu. Mudah2an insyallah.

Muna a dit…

Salam sayang Ratna,

Rasa sungguh terharu.... I feel so honoured!!
Terimakasih Ratna, kerena sudi mencuba resepi ini.
I love sharing whatever little knowledge I have... seronok rasanya... makes it worthwhile bila family and friends benefit from it.

I love your idea of using lemon and orange peel on the cake... nice and bright, especially when weather yang masih gloomy sekarang ni.
And, your tablescape is beautiful and so inviting... rasa seperti we're having tea together, albeit vitually :)

xox

Arizakiah a dit…

Salam maulidurrasul...
Pandai Ratna menghias..kek yang simple pun nampak sangat cantik di mata, manis di meja.. terus terliur pulak..

bintangjauh a dit…

Salam Dear Dekni, pound cake biasa sahaja maka itu Ratna cuba jadikannya sedikit luarbiasa untuk menghabiskan stock orange dan lemon peel itu.

Ya Dekni, disini jika beli cake dipatisserie senantiasa ya ampun terbang dan lari itu budget bulanan, maka itu Ratna lebih senang menyediakannya kecuali cake yang "haute" yang sememangnya Ratna tidak mampu dari segi teknik membuatnya.

Citrus cake ini walaupun biasa tapi enak sungguh bila dihidangkan diwaktu "afternoon tea". Sayangnya Ratna ini jauh nun dihujung dunia, tidak kesampaian berkongsi bersama Dekni.

Ibunda berkata walaupun masakan tampak biasa jangan sekali-kali di"double standard"kan maka itu Ratna adilkannya sama seperti hidangan yang istimewa, jadi tidak ada pilih kasih, alang tu.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam sayang kembali Muna, ya ampun Ratna lagi berbesar hati kerana Muna yang memberikan ilham terhadap cake itu.

Pabila Ratna renungkan "texture" cake Muna, berkata hati pasti lembut lunak maka itu Ratna terus mencubanya, cuma satu yang Ratna tambahkan didalam adunan ialah marmalade citrus yang dibuat oleh Ibumertua Ratna.

Iya, disini juga "gloomy" hujan dan mendung kali, serasanya seperti layu perasaan dengan adanya cake ini berwarna "soleil" matahari terus mempersonakan kembali perasaan yang layu tadi, benar-kah begitu Muna? Sayang sekali tidak dapat berkongsi bersama-sama Muna.

Bon week end bersama kasihsayang family dan salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam MaulidurRasul kembali Zakiah berbanyak terimakasih dengan ucapan tersebut, sejenak seketika mengenangkan kembali menyambutnya semasa bersama Moyang.

Segitu biasa sahaja hiasannya Zakiah seperti yang ada Ratna nyatakan ia-nya adalah asuhan-tertip dimeja yang diamalkan oleh Ibunda, sering berpesan jangan diambil ringan terhadap hidangan itu walaupun tampak biasa jadinya dituruti dan diamalkan demi penghormatan keatas Ibunda.

Salam manis manis madu.

NaniRostam a dit…

Salam Ratna juwitaku......ya ampun rasa mahu terbang ke perancis menikmati hidangan minum petang/sarapan pagi dengan kek lemon/citrus kegemaran nani....itu ratu jun pun ajak nani serbu rumah ratna satu hari....simpan angan-angan ni kemas-kemas ya.....

bintangjauh a dit…

Salam kembali Ratuku Nani, gaya kehidupan Nani ditanah-air lagi tampak glamour, tidak seperti Ratna ini dikampongulu nan ulu, walaupun aman tenteram tidak punyai bangunan gah dan shopping-complexs mewah sedangkan kereta kenderaan auto yang berlalu-lalang adanya satu dua sahaja, terkadang-kadang serasanya ingin juga menukar selera, boleh kemerata tempat kerana banyak pilihan namun disini, ya ampun, berbeda.

Jadinya pabila dapat nanti dilaksanakan kesini ditanah Peranchis jangan terkejut ya Nani, takut nanti "indah khabar dari?", alang tu.

Insya'Allah jika tidak punyai halangan bila pulang nanti ketemuan kita ya Nani, berhidangkan bersama itu kek lemon-citrus yang Nani adore kan sekali.
Salam manis manis madu.