mardi 4 octobre 2011

Cucur Udang ber-kuah kacang tanah yang pedas!

| |

Kepingin lagi trigin merasai kembali gorengan cucur udang ini, rasanya sudah berkurun lagi ber-circa 2001 tidak merasai nya kerana jika dibeli (setiap kali pulang ketanah-air) kok berminyak bangat maka itu seram sejuk jadinya!

Yang hairan-nya juadah minuman petang ini begitu cepat dan senang di-sediakan namun kenapa tidak pernah kepingin-trigin selama ini? Bukan salah terhadap cucur udang sebenarnya, tapi ... sauce/kuahnya yang terlalu remeh dan mengambil masa untuk disediakan,  jika ber-sauce kan siap segera yakni beli kedai mari, sememangnya cepat dan senang. Ini disebabkan anak tekak kepingin yang original lagi asli perbuatannya maka itu tidak kepingin kempunan sehingga lah sejak semalam tetiba selera mengidam kan ini cucur udang bertemankan sauce kacang tanah mamak style itu bagai memanggil-manggil bisikan kepingin-trigin kehendak selera, semakin anak hati berkata "nantikan saja" semakin kuat sahutan supaya semangat bersetuju dengan keinginan anak tekak, alang tu !





Se-vase bouquet bunga rose dari taman halaman sebagai hiasan penyeri.



Hirisan bawang senipis sehelai kertas, potongan halus bawang-échalotes juga guntingan daun bawang yang tumbuh subur didalam pasu tin aluminium sebesar dunia!  


Gabungan bahan ramuan buat cucur udang, tidak punyai taugeh kerana sudah di-"banned" dek kerana penyakit E-coli bacteria, jadinya tiada dijual dimana-mana pun.



Cucur udang façon BintangJauh, garing diluar badan, lembut-gebu isi didalam ... yummy-nya !!!



Sauce/kuah cucur udang ini resepi-nya jumpa di Google seperti biasa meminta pertolongan, bagai nak rak me-ubah-suaikan bahan ramuan kuah kacang cara mamak ni, akhir-nya pilih yang terpaling senang dan terpaling yummy, sememangnya yummy!


Untuk me-yummy kan rasa sauce/kuah kacang ini disarankan tabur-menabur kekacang yang telah ditumbuk kasar di-atas dataran kuah kacang, krup krap pabila digigit-kunyah rasa lemak, manis, pedas dan masam serasi sungguh adunannya. Jika suka taburkan bijian bijan yang telah di-goreng tanpa minyak, yummy juga.




Selesai merasmikan menikmati si-cucur udang tadi rasa perasaan begitu gemilang kerna kepingin trigin mengidam merasai semula cucur-udang berkuah kacang pedas sudah di-ubati gitu. Sebenarnya apa sahaja boleh disediakan cumanya jika "semangat"  terkurang menyediakan sesuatu yang di-idamkan tapi hanya diharap kepada kepingin-trigin pun tidak akan terlaksana juga, kedua-duanya tersangat penting seiring sekali, kalu ... terhegeh-hegeh semangat untuk mengendalikan kehendak anak tekak tersebut. 

Kemungkinan besar atau kecil, esok-lusa trigin menyediakan roti jala yang ber-lacy lacy net itu bertemankan kari ayam juga kurma ber-dhal /lentilles blondes, tengok nanti!



9 commentaires:

Cik Eka a dit…

fuh udangnya nampak enak sekali sis..

kalo disini cucur udangnya kesian sangat..baik buat sendiri..udang kecik2 ditambah dengan pak aji (ajinomoto) yang banyak mmg x sedap.

berminyak usah cerita..memang kalo diletak tisu pun basah tisu akibat minyak..

memang sedap nampak sis punya...

sis rat,anak2 sis pula boleh mkan makanan melayu gini tak sis??

bintangjauh a dit…

Salam cik Eka, iya .. walau pun sekian lama menyekat kehendak trigin anak tekak terhadap si-cucur udang ini akhirnya terlaksana, sememangnya tidak sama seperti yang dibeli digerai atau dimana pun, homemade se-eloknya.

Anak-anakanda semua begitu adore terhadap "beignet salé" cara melayu ini, tidak bermasa'alah kerana sudah dididik-ajar dari kecil lagi, anak tekak tidak boleh mengada-ngada kena tahu dan peka terhadap keaslian masakan melayu, gitu.

Salam manis manis madu.

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Hi Ratna,
Bila tengok cucur udang, teringin pula saya membuatnya, hehe.. Mana tidaknya cara Ratna posekan cucur tu, menarik sekali.

NaniRostam a dit…

Salam rat...aduhh...memang tangan berseni...cantiknya..gambar cantiknya prop...cantiknya dapur..cantiknya cucur udang tu...

Belum lagi rasanya!!!

Terkecur pulak dengar sambal kacang mamak style...

Seronok kalau makan masa cuaca sejuk...


memang yummy...

salam rindu dan kasih sayang dari nani...kalau kelapangan dring drong ya...

bintangjauh a dit…

Hi kembali sis Iha, biasa sahaja jika boleh trigin berlajar cara mengambil photo secara pro lagi expert namun tinggalnya jauh dari bandar ..maka itu tenggelam niat yang berhasrat trigin-pingin itu!

Buat sis Iha, dari air-tangan sendiri lagi yummy, boleh di-ubah suaikan ikut selera ya sis Iha.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Ratuku Nani, ya ampun ... kok berulang-kali cantik-nya itu, biasa sahaja .. dapur Ratna kecil sahaja dan tiada luar-biasanya, nanti setelah disental-sagat berkilat sampai naik silau mata memandang baru Ratna clip clap itu dapur kerana semasa musim panas banyak terdapat lalat jadinya lampu didapur penuh melekat itu caca-nya sang lalat.

Iya lah Nani, trigin sangat sampai kuah pun hendaknya yang ori gitu! cara mamak lagi!

Nanti Ratna dring-drong ya, Salam manis manis madu.

NORHANIDA YAHYA a dit…

sisRatna..=)..sedap betul cucur udangnye..
kalah lah cucur2 udang yang kat penang pure mamat style punye ni..

rogayah bostamam a dit…

salam pekenalan,,suka gambar di sini

rogayah bostamam a dit…

salam pekenalan,,suka gambar di sini