samedi 29 janvier 2011

Mon Potager Tanam-Menaman Sayur-Sayuran. Circa 2010. Summer

| | 2 commentaires

Sejak-dua-menjak hidup di-kampongulu-ku ini teramat-lah hijauan jadinya jiwa dan minda. Disini semuanya boleh dibuat, kata saja apa-apa pun boleh dengan pertanyaan tepok dada tanya selera, gitu ya. Tanya diri apa yang paling berhemah bila berduaan dengan nature yang memberikan hasil yang menambat hati terus tersimpul sebuah senyuman yang  manis manis madu pabila tanaman itu menunjukkan diri dengan megahnya.

Ya ampun, setiap tahun sungguh tidak kesabaran diri menunggu musim sejuk melambai pergi kerana musim bunga yang akan menjelma dengan warna-warni bunga-bungaan seperti lukisan Monet, unggul lagi legenda!

Dihujung-belakang rumah terdapat satu kawasan-khas untuk menanam sayuran dan ditepi-taman  siap sekali sebuah reban ayam dan itik. Ada kobis unggu, courgette bulat, bawang-merah, bawang putih, daun celery, bunga kobis (cauliflower), leeks, salads, strawberry gariguette dan charlotte juga artichokes tapi tak berbuah, tanam dibawah pokok lansung merajuk! 

French-bean/kacang buncis tengah berbunga dan baby-kacang sedang membesar. Tomatoes lonjong atau tomatoes cornue des andes, rasanya manis dan tidak berbiji, elok sangat dimakan sebagai salad.

Terdapat berbagai-bagai jenis tomatoes yang di-tanam seperti tomatoes cherry kuning, orange dan merah juga tomatoes giant besar rasanya manis manis masam, namanya "tomate coeur de boeuf" atau hati lembu. Tomatoes berwarna unggu kehitaman dari Russia atau tomate noir de Russe rasanya tersangat manis tapi sayang tahun lepas ditanam 2 pokok sahaja kerana mahu mencubai dulu, tahun ini pasti akan menanam-nya lebih dari tahun lepas, juga tomatoes grappes. 

Tomates Cornue des Andes, manis dan yummy!

Cherry tomatoes berwarna merah. Masih belum ranum lagi, Terus dipetik dan enak di-ngap ngap.


Zucchini atau courgette, salah satu bahan kemestian bila memasak ratatouille, tahun lepas banyak betul dan anakanda semua suka bila dimasak cara gratin di-baked didalam oven atau soufflé aux courgettes tapi tidak berapa sesuai untuk dimakan di-musim panas.

Setiap menjelang musim bunga dimana bermula menanam anak anak sayuran (dari bulan March harus dimulakan dengan membersih kawasan tanaman seperti cabut/potong segala rumput liar, mengemburkan semula tanah dan semehan biji sayuran) dan bawa keluar semua bunga-bungaan berpasu juga bonsai yang di-simpan didalam ex-kandang-kuda dan bermula-lah trim-me-trim dahan-dahan pokok bunga yang kering. Saat itu-lah yangku adore sungguh kerana dapat sering berduaan dengan hijauan bungaan yang membelai rasa hati dengan perasaan syukuran keatasNya yang maha Pemurah.

vendredi 28 janvier 2011

La Vanille C'est Beau Et Bon

| | 4 commentaires


Sajian minum petang, biskut kering yang yummy... berkacang badam yang lunak lagi rapuh !

mercredi 26 janvier 2011

Yang Satu.

| | 4 commentaires



                                               Ku cari kemana-mana
                                               tapi tak juga dapat bertemu
                                               ku pergi hanya sekejap
                                               tak lama aku-kan pulang
                                               itulah kata mama


                                              ku-kan mencari ayahmu
                                              tuhan tunjukkan dimana dia
                                              tabahkan dan kuatkan hati
                                              tunggulah aku disini
                                              itulah pesan mama


                                              namun kini mama
                                              telah lama kau menghilang
                                              mama, mama,
                                              mama lekas pulang
                                                          

                                              kutanya kesana-sini
                                              namun tak seorang tahu mama
                                              kupintakan doa selamat
                                              kuharapkan kau bahagia
                                              untuk mu MaMa.

Di-Tinggal Mama.    .Uji Rashid.  Penyanyi asal Lilies Suryani.

Ya ampun, terkenang kembali lagu ini. Masihi dibawah naungngan jagaan Moyang, selama-lama hidup membesar dengan Moyang lagu ini yang sering ku-dendangkan. Walhal semasa itu sepupu-sepupu sebaya semuanya dilamun senandong lagu-lagu cinta-kasih sayang, walaupun tidak tahu apa itu cinta bagai dibuai-buai bila-masa mereka bersilih berganti menyanyikan lagu cinta merana putus cinta.

Dan diri ini hanya mengira detikan saat bila ibunda akan datang mengambilku seperti yang dijanjikan. Tahun demi tahun berlalu dengan setia menanti di-selubungi dengan perasaan terbuang untuk menemani diri ini dan memujuk hati lagu inilah kasih-sayang ku nan setia.
Senyap-sunyi-sepi ketika itu walaupun di-sekeliling bising dengan keriuhan dari suara-suara yang tidak dipeduli, enggan menerima hakikat yang janji hanya janji kosong kerana kasih  dari seorang ibunda tidak pernah akan kosong.

Tanpa berputus-asa kiraan detik saat itu masihi ku-kira sehingga sekarang bukan menanti di-mana kasih seorang ibu tapi menanti bila boleh ku-manjakan hidup-nya sekarang yang malang lagi sendirian...
Selinang-linang berlinangan airmata menitis suam terasa di-pipi... di-saat yang sama lubok-hati berbisik-bisik nama yang Satu (Esa).


mardi 11 janvier 2011

Ratuku Yang Sejati RR

| | 10 commentaires

Tengah-tengah makan tengahari, terjentik hati seketika, teringat kembali perbualan dengan Ratuku RR tadi, sejukhati bilamasa bersembang-sembang dengannya. Boleh-kata setiap bulan kutelefon RR, mesti dan wajib kerana persahabatanku dengan RR tidak pernah ada perbalahan dari apa jua segi asas, isi sebuah persahabatan.

Dengan RR lah tempatku mengadu nasib, luahan kesedihan, luahan kegembiraan juga luahan-luahan hal ehwal semasa basi tak basi semuanya diluahkan, panjang-kata selama ber-Ratu dengan RR (dari form 4 disekolah famous lagi glamour Assunta Girls School PJ mari) hinggalah sekarang, tidak berganjak dan terusik lansung, hanya kejauhan yang melumpuhkan sedikit persahabatan ini, kerana ada-masanya teringin sungguh bertemu-bersua wajah dan diri, sayangnya diri ini BintangJauh (une étoile lointaine) maka itu bila-masa murah rezeki baru ketemu pulang ketanah made in Malaya.

Alhamdulillah syukuranku keatas Allah SWT, begitu lama kekal persahabatanku dengan RR, semoga berkekalan sehingga diakhiri hayat hidup, kerana persahabatan yang sejati sama dengan hubungan darah siratulrahim tidak diputus-putuskan kekal selamanya.
Seperkara mengapa diri ini rapat-mesra dengan RR ialah kerana punyai pendirian yang tinggi se-iring dengan keikhlasan yang tulin, kelakar pandai bergurau secara selamba amat natural, cantik, pemurah dan yang paling menyentuhi hati-perasaan ialah dilubok matanya ada terselit kesayuan dan kesedihan yang menghibakan hati,walhal RR tersenyum manis manis madu, tertanya-tanya juga dari mana asal-usul airmuka dan mata nan sayu.

Kulampirkan sekali salah satu citation dari made in Peranchis buat Ratuku RR:

Une fleur peut se faner
Le monde peut s'écrouler
Mais une amitié fidèle
ne peut se briser.

satu bunga boleh layu
dunia boleh runtuh (musnah)
akan tetapi sebuah persahabatan nan setia
tidak akan pecah (hancur)

p/s: traduction lebih-kurang sahaja.

mercredi 5 janvier 2011

Impian-Hati diJunjung Tinggi - Moga diPerkenan dan Restui "Mahligai"

| | 4 commentaires



Impian-hati yang kujunjung-tinggi selama ini ialah inginku bina sebuah Mahligai buat masa tua IbuAndongku (yang malang lagi sendirian). Terasa sangat pedih dan perit bila-masa kukenang-kenang keadaan hidupnya sekarang, bukan seperti dahulu kala segalanya manis-semanis madu.
Tidak sampai lagi kudratku, tidak ketemu lagi rezeki yang dilimpahi, masa itu emas tidak mahu kutunggu sehingga kehujung hidupnya kerana ingin kupastikan IbuAndongku dapat merasai hidup yang semenggah semasa badan-dirinya masihi sehat. Ingin sangat kumanjakan hidupnya, apakan dayaku masih belum boleh ku capai kesampaian itu lagi. InsyaAllah...



samedi 1 janvier 2011

Joyeuses Fetes De Fin D'Année. Adieu 2010. Kusambut 2011.

| | 2 commentaires


Cahaya lilin  nur cahaya.

Dek kerana terlalu penat sampai tidak punya masa nak clip clap photo-photo ketika menyambut tahun baru diruangtamu.
 Pagi tadi, hendak tak hendak clip clap jugaklah saki-baki semalam, diatas meja hanya serviettes yang terbiar sendirian, alang tu!

Selepas selesai mencuci pinggan-mangkok dan segala bagai (tidak punyai dishwasher, masih teragak-agak beli atau tidak), kelihatan diatas meja berselerak terbiar semuanya sebelum disusuni kembali di dalam-geroboknya.




Honey Aristocat menyorok dibelakang langsir sambil mendengar twit twit nyanyian burung -burungan di pohon pokok prune.

Setiap dihujung pinggiran tahun apa yang kutahu ialah berdoa, doa-doa buat ibundaAndong yang amat ku sanjung tinggi, ibundaAndongku yang malang, buat adik-beradikku: AbangBesar, SisBesar, kedua-dua SisKecil dan AdikBungsu (dimana dia?) juga AyahandaDaddy, Anak-anak Buah yang berhemah tinggi di-iringi buat Anak-anakku yang tiga juga CintaJL. Tidak juga kulupakan, kesemua teman-sahabat-kenalan yang tertambat dihati ini dan kesemua manusia yang hidupnya didalam keadaan bebanan sengsara yang malang, semoga disatu hari nanti warna hidup mereka pasti berubah jua kepada harapan baru bernama rahmat hidup. 
Setakat doa-doa yang kumampu hadiahkan sebagai pendinding di sepanjang perjalanan tahun nan baru 2011. Ya ampun, bukannnya kesayuan diri, bukannya sejenak terlintas hibaan, bukannya cuba memujuk perasaan nan sedih, bukannya sebakan tangisan , bukannya ratapan melancholia, ia hanyalah sekadar kesedaran diri yang selama ini berdepan dengan gelagat-gelagat hidup yang berupa cara grotesque !. 
Gerbangan muka dunia nan luas, berilah peluang ketahunan seterusnya sebuah kedamaian yang sehendaknya suci.
 Amin.