dimanche 27 février 2011

Pause Café Vive les Vacances Ski Holidays

| | 8 commentaires

                           

Sepanjang percutian musim sejuk ini, diri ini juga akan berhenti seketika berundur diri dari dunia berblogging.

Anakanda semua masing masing punyai activity sepanjang percutian ini, akhirnya kembali ke piste ski-resort setelah 2 musim sejuk holidays tidakpun kemana-mana. Kata mereka sudah jemu lagi muak berskiing diatas gunung nan tinggi memuncak itu, jadinya bermogok seketika.

Tahun ini winter holidays princess Elisa dijemput bercuti ke-ski resort bersama keluarga kawan satu class di-Lyceenya, selama 5 hari - La Plagne ski resort. Princess Elyne Gabrielle pula akan pergi berduaan dengan Papanya berskiing dikawasan gunung yang berdekatan disini sahaja kerana anakanda masih perlu lagi di ajari skill/technique berskiing, princess Elisa pula boleh berskiing dimana sahaja - uphill/downhill skis pistes noir, rouge, bleue dan verte yang paling senang (beginners) semuanya kayak senang gitu, kerana bermula ber-skiing semenjak berusia 2 tahun lagi begitu juga dengan Nicholas anak bujangku yang sulong itu. Di-minggu kedua winter holidays ini, Kakak-ipar sekeluarga juga akan datang berkunjung dikampongulu-ku ini, jadinya..ya ampun listing persediaan terlalu panjang maka itu kututup tiraian blog ini selama winter holidays ini. Voila.

Jadinya mahu juga ambil peluang berehat dan jika cuaca bagus boleh nanti kuluangkan masa ber-gardening, berduaan dengan bunga-bungaan bulbs yang telah mula menonjolkan diri masing masing itu.


Selamat bercuti semua dan berjumpa lagi di-muka baru di-blog nanti. Awal printemps di-musim bunga-bungaan.

samedi 26 février 2011

Tarte aux Pommes Apple tart sebelum menutup tiraian ..

| | 7 commentaires








Voila.. photo-photo tutupan tiraian sebelum bercuti winter holidays.
Jadinya esok Elisa akan bertolak ke-gunung nan tinggi memuncak La Plagne ski resort 1800 altitude selama 5 hari maka itu hari ini menyediakan tarte aux pommes yang tersangat anakanda adoreeeee kan sungguh sebagai memanjakannya, ini-lah dessert kesayangan anakandaku buah-hati kasih-sayangku. 
Tidak mahu Elisa kempunan dengan masakan dari Mamannya maka itu dari semalam telah siap kusediakan orangettes dan lemonettes untuk dibawanya ke-gunung, bersama sekali compote de pommes/ apple puree juga cake aux courgettes dan cake au thon (ikan tuna).

Tarte aux pommes ini adalah tarte yang paling simple dan senang disediakan dan bahan-bahannya boleh dicapai-capai segitu sahaja. Voici ma tarte aux pommes façon BintangJauh.




mercredi 23 février 2011

The Gateau Chocolat Aux Framboises Raspberry dari taman Potager

| | 12 commentaires






Raspberry masih tampak ber-frozen beku makanya putih icy-cold dari freezer, tak menyempat nak di-clip clap itu photo.







Collection  Japanese Raku ceramic yang terpaksa kuhentikan kerana CintaJL tidak berkenan, katanya "rustic" jadi kuhentikan lagipun mahal harganya maka itu tiada perasaan pedih-hati!


Menukar selera hari ini. Hasilan buah raspberry ditahun lepas punya-lah banyak, ya ampun ada 30 kg!!!
CintaJL amat senang meluangkan masanya membuat jam semenjak hasilan buah raspberry yang begitu melimpah banyaknya. Tidak mahu lagi membeli industrial jam, homemade tukar selera, organic/bio lagi.

Selain membuat raspberry jam oleh CintaJL, diriku pula membuat prune quetsche jam dari taman punyai satu pokok sahaja tapi bila berbuah ya ampun lebat-selebatnya sampai kepatahan itu dahan  dan juga apricots prunus jam tapi dibeli di-marché eloknya yang bersaiz kecil dari provence Drome manis lagi juicy isinya.


Dek kerana anakanda semua adore buatan jam dari Maman dan Papanya jika simpanan jam sampai ketahap zero sampai boleh berpuasa tidak bersarapan pagi dengan roti kerana jam-nya habis lansung buat sementara bersarapan pagi dengan cereals, sampai gitu kali, alang tu!

Pabila CintaJL sedang dipertengahan prosessan membuat jam jangan sekali-kali diganggu didapur, mahunya sendirian, penuh dengan koncentrasi maka itu dibiarkan dengan laungan radio info yang memeritkan anak kuping telinga.
 Diriku pula ditemankan dengan classical music yang ku-adore sungguh seperti Bach cello suite no1 i-prelude by Rostropovich/air suite no 3, Chopin...oui Chopin nocturne no 20 in C sharp minor piano/violin, Albinoni Adagio, Mozart Requiem, Beethoven M-Sonata/pathétique, Prokofiev Romeo et Juliette, Vivaldi  4 saisons et cetera et cetera banyak sungguh yang ku-adore! Tenang minda ketika itu, wahai musim bunga ku-sabarkan menanti hari bunga-bungaan itu.

The gateau (cake) ini adalah cake chocolate biasa ber-coating ganache dan bertasik ditengah dengan jam raspberry CintaJL, dikelilingi oleh bijian gula dan frozen raspberry yang diambil terus dari freezer terusan dijadikan hiasan segitu sahaja, voila!!

lundi 21 février 2011

Petit Déjeuner a la Peranchis Versus Breakfast Sarapan Pagi a la Melayu

| | 14 commentaires

Semasa membesar dibawah naungan Moyang, pagi-pagi subuh kabus putih menyelubungi suasana sunyi yang teramatku senangi sungguh. Mengapa? Kerana selepas solat sembahyang subuh, seakan-akan kesunyian yang senyap sepi itu hanya Moyang dan diri ini penghuni didunia ketika itu.

Dengan peradaban yang diulangi setiap pagi, Moyang akan menyediakan sarapan pagi buat mengalas/melapik perut (pesannya senantiasa) amatlah penting, tidak tentu keruan sikapnya jika Moyang agak terlambat menyediakan sarapan pagi buatku, ya hanya semata-mata khas buatku.

Setiap minggu  ditukar, diselang-seli, di-beraneka kan hidangan sarapan pagi itu. Contohnya hari Isnin lempeng parutan kelapa segar atau gorengan godok bawang udang atau ikan bilis berteman sambalan cili lembut pedasnya buat cicahan, hari Selasa nasi goreng berteman dengan gorengan ikan tenggiri, rebusan telor, hirisan mentimun segar dan sambalan cili segar yang ditumbuk didalam batu lesung perlahan-lahan, terkenang kembali pabila Moyang menumbuk cili sambalan bunyinya tidak berdesing atau kuat seperti cara menumbuk anak dara sunti yang baru pertama kali menumbuk, ya ampun bunyinya begitu menggerunkan anak kuping telinga!!!

Hari Rabu goreng pisang berteman dengan goreng buah cempedak (Moyang senang dengan masakan yang ada "contrast") hari Khamis nasi lemak berteman dengan goreng ayam kampong, acar buah-kering (dried candied fruits pickle), rebusan sayur kangkong, sambalan kacang tanah dan ikan bilis, hari Jumaat kuih muih melayu asli seperti serimuka, lepat kukus buah labu, pisang dan tepung lemak bersantan di-intikan gula melaka juga kuih koci, hari Sabtu bubur lemak mee sanggul atau bubur lemak bijian barli (Moyang adore sungguh), hari Ahad Moyang tidak menyediakan sarapan pagi kerana hampir setiap hari Ahad anakanda Moyang yang tinggal berdekatan disekelilingnya akan menghantar segala jenis manisan, buah-buahan, kuih muih, roti dan kaya pandan.

Jika musim durian Moyang akan menyediakan pulut kukus lemak berteman dengan ulasan durian segar atau pengat durian kacang hijau berdaun pandan, atau roti jala (lacy pancakes) berkuah curry ayam juga pengat durian dengan bijian sago, nyaman anak tekak ketika itu kerana cara dan bahan-bahan yang ditimbangkan oleh Moyang teramatlah tepat, tidak kurang atau lebih pesannya wajib ditengah maksudnya sederhana, sama seperti Nabi Muhammad SAW bila bermakan wajib sederhana, tidak elok bermakan sehingga perut terasa ditahap senak sampai ke-hujung hati, ya gitu pesanan Moyang.


Hairan sungguh, setiap pagi Moyang melarangku dari membantunya menyediakan sarapan pagi  dan adaban hidangan diatas meja teramatlah  diambil berat, walhal yang dijamu cuma seorang cicitnya, di-setiap sarapan pagi sendirian  tanpa ditemani olehnya kerana Moyang akan menyambungkan kembali tidurnya, kecuali dibulan Ramadhan puasa Moyang akan terus membaca Muqqadam bukan Al-Quran kerana bila membacanya diri ini pasti wajib disisinya membetulkan segala kesilapan Moyang pabila membaca Al-Quran, Moyang amat senang sekali ketika itu kerana dapat dekat rapat dengan diriku.

Begitulah harianku bersama Moyang, berdua bersama dan sungguhku hargai dan serasa beruntung dapat membesar dibawah naungan asuhan beliau. Dipanjangkan penjelasan, Moyangku ini teramatlah jelita, putih melepak kayak salji lagi kemerah-merahan kulitnya (Moyang punyai darah Belanda) diakhiri hayatnya begitu beruntung kerana dikurniakan usia yang tinggi lagi panjang sekali, tidak silap semasa pergi Moyang berusia lebih 100 tahun!!! Dibandingkan dengan Nendaku (anakanda Moyang) meninggalkan dunia selepas melahirkan Ibundaku, maka itu tidak-lah kukenali Nendaku yang anggun, lemah-lembut, berhemah tinggi tidak pernah mengeluh dan ya ampun jelita sungguh itulah gambaran Moyang terhadap anakandanya yang pergi berusia 16 tahun!!! Kasihan Ibundaku menjadi anak yatim semenjak baby lagi, dapat bersama Ibundanya hanya dalam masa 5 hari sahaja.
Ya ampun, kok melarut...mahu ber-alkisah bersarapan pagi kok terus berlarutan ke sejarah "family back-ground" alang tu.

Circa 1990 sehingga ditahun ini telah genap 20 tahun menetap ditanah Peranchis ini. Tidak pernah sekalipun kukikiskan kenangan suci semasa membesar dibawah naungan Moyangku itu. Banyak pembawaan hidupan harian a la Moyang  ku-seiringkan/gabungkan dengan pembawaan gaya hidup sekarang.

note: photo-photo sarapan pagi akan dipaparkan di-entry seterusnya.

samedi 19 février 2011

Gateau citrus Limonium Lemon Limau kuning. Buat Muna.

| | 8 commentaires







Kenalan diblog, Muna yang kini diScotland yang sebenarnya memberikan ilham yang teramat berharga sekali. Cake citron (lemon) Muna  bertahtakan dengan cube gula yang direndamkan didalam lemon juice terus diselaputi diatas cake itu.

Ya ampun, tampak bagai membuka selera sungguh, halus, gebu dan lunak. Jadinya tanpa tunggu terus menyediakan cake à la BintangJauh.









Masih ada lagi marmalade citrus yang dibuat oleh Ibu-mertua ditahun baru yang lalu, dicampurkan sekali didalam adunan cake citrus ini.

Pound cake yang klasik ini sememangnya dari dalam kandungan IbundaAndong telah dirasai, IbundaAndong berkata semasa mengandungkan diri ini teramat senang dan suka mem-baking segala jenis cakes dan manisan. Maka itu IbundaAndong berkata lagi diri ini begitu manis kayak gula, alang tu... cukup sajak !



mercredi 16 février 2011

Gateau Buah Berangan Chestnut Marron. Kempunan?

| | 4 commentaires



Cakes buah berangan ini bertahtakan dengan buah berangan yang dibeli siap, rebus sampai lembut empuk dan hiasi sebagai mahkota cakes mini ini, elok sangat di-ngap ngap diwaktu petang bertemankan dengan minuman kopi atau teh hijau jika mahu enak lagi bersama teh matcha (Japanese  powdered green tea).

Bunga iris de Hollande - blue magic- ini dipetikkan kerana terpatah dek langkahan kaki Honey Aristocat, maka itu diambil dan dipujuk kembali isikannya didalam glass berkaki bagi menghiasi cakes mini buah berangan yang tampak biasa itu.



Kempunan sungguh semasa ke-Grenoble minggu lepas. Kasihan CintaJL, kemain beriya-iya mengikutkan kehendak sang isterinya, kupinta bawakan ke patisserie  yang ternama diGrenoble (hanya dipatisserie yang satu ini punyai cake buah berangan yang paling "heavenly", alang tu... cukup sajak !) karena dari bulan lepas lagi teringin sungguh merasai cake buah berangan itu, akan tetapi  sepanjang bulan Disember dan January sebelum christmas dan tahun baru cakes buah berangan cepat habis, ini lagi sekali pergi malangnya sudah kehabisan kerana tiba didepan patisserie agak terlewat kerana yang Bongsu Elyne Gabrielle ambil masa memilih sepasang kasut.

Patisserie chocolatier yang kutujui berkunjung boleh dikatakan apa sahaja yang dijual semuanya habis, laku banget!

CintaJL terkejut dengan ketibaanku yang awal, selalu sering kali ambil masa kerana ambil peluang menyaksikan keindahan segala bagai rupa dan bentuk cakes yang menambat selera cukup hanya dengan memandang serasa  sayang untuk dimakan dek kerana buatannya yang begitu "haute" itu.

Jadinya, kempunanku itu dirawat kembali dengan buatan cake yang tidak-lah sebagaimana rupanya, akan tetapi sudah boleh merubatkannya kerana pabila dikeluarkan dari oven sabar sebentar, jeling-jeling geram, terus dikeluarkan cake yang bersaiz mini ini dengan penuh perhatian kerana ia-nya begitu lembut dan jika dikeluarkan masih lagi panas akan pecah dan rosak.

Sebenarnya cakes ini badannya harus disaluti dengan cream buah berangan dan chocolate ganache. Yang disediakan cuma cakes buah berangan yang biasa sahaja, ringan sedikit cream dan chocolate wajib dielakkan buat sementara ini takut termontel jika tidak dikawal.

Cake buah berangan ini begitu lembuttttttttt dan halussssss lagi lunakkkkkkk, ya ampun! Alhamdulillah syukuri keatasNya kerana dapatku tentangankan perasaan kempunan itu dengan membuatnya home made lagi.

Hari ini masing-masing punyai manisan yang berlainan. Anakanda semua juga CintaJL kusediakan meringues dengan crème chantilly maison dan Mamannya (ibunda) cake buah berangan. Voila.

mardi 15 février 2011

Pret - à - Manger Mon Gratin Dauphinois Façon BintangJauh.

| | 6 commentaires


Gratin Dauphinois ini di-temankan oleh daging yang berselaput dengan serbok roti kering (breadcrumbs) dan bertahtakan roasted walnuts. Yang Bongsu Elyne Gabrielle kata hari ini hidangan bagai restaurant étoilé lagi, balas jawab - masih belum boleh lagi!

Hidangan masakan ini cepat disediakan dan bahannya juga boleh dicapai-capai segitu sahaja. Banyak memberi "remarks": Wita benar pandai bagaimana memasak-nya? La...Ratu-ratu made in Peranchis ni barulah betul!

Masakan regional yang tulin pun masih tertanya-tanya pandai ke tidak? Ni, nama masakan ini sememang asalnya dari Grenoble, tulin dari tempat tinggalku semenjak circa 1990 lagi.


Dicipta oleh Mme Revollet dari St Nizier Du Moucherotte dan juga la Mère Blanc dari Méaudre juga Keluarga Barnier dari Autrans juga sekali Mr Rochas dari Greese en Vercors. Voila, rupa-rupanya ada 4 orang yang mencipta Gratin Dauphinois ini.






Akan tetapi masing-masing punyai cara yang tersendiri menyedia masakan gratin tersebut.

Le famous  Gratin Dauphinois. Sebutannya segini: grata dofinoa, lebih kurang segitu ya! Apa yang diperlukan cuma kentang Hollande (lagi elok kentang baru/muda), butter, cream "fleurette"/whipping cream+susu full-cream (optional), se-ulas bawang putih, lada hitam/kelabu, noix de muscat/nutmeg, garam dan grated cheese gruyère/cheddar/emmental (optional) kerana gratin setulin-tulin-nya (pure+authentic) tidak ada grated cheese, ikut selera ya.

Gratin Dauphinois ini enak dimakan berteman dengan steak, ayam panggang, roasted lamb-chops dan filet segala jenis ikan-ikanan.

Jika tidak punyai kentang yang sesuai gantikan dengan ubi-keledek, enak sungguh kerana ubi keledek rasanya manis disatukan dengan cream, ya ampun!!! Cuba ya.


dimanche 13 février 2011

Venus versus Venus - Quoi? C'est La Saint Valentin !!!

| | 5 commentaires

 Petanda CintaKasihSayang..?





Minggu lepas ke-smarket, beli se-dozen telor dan nak tahu apa ada didalam bungkusan telor? Ada terdapat satu acuan berbentuk jantung, alang tu... makanya punyai idea gorengkan itu telor dan clip clap, voilà!!!





 




"L'amour est la poésie des sens" Honoré de Balzac

"Le jour nait couronné d'une aube fraiche et tendre
Le soir est plein d'amour; la nuit, on croire entendre
A travers l'ombre immense et sous le ciel béni
Quelque chose d'heureux chanter dans l'infini" Victor Hugo.

"La vie est une fleur, l'amour en est le miel" Victor Hugo.


A time for us, some day there'll be
When chains are torn by courage born of a love that's free
A time when dreams so long denied can flourish
As we unveil the love we now must hide

A time for us, at last to see
A life worthwhile for you and me

And with our love, through tears and thorns
We will endure as we pass surely through every storm
A time for us, some day there'll be a new world
A world of shining hope for you and me

For you and me

And with our love, through tears and thorns
We will endure as we pass surely through every storm
A time for us, some day there'll be a new world
A world of shining hope for you and me

A world of shining hope for you and me

A Time For Us - Romeo and Juliet.



"Love is life. All, everything that I understand. I understand only because I love" Leo Tolstoy.

"At the touch of love, everyone becomes a poet"  Plato.

"So dear I love him that with him, all deaths I could endure. Without him, live no life"  Romeo and Juliet by William Shakespeare.

"Do you love me because I am beautiful, or am I beautiful because you love me?"  Cinderella - The  fairytale.




Oooo..La  la.. l'amour, love, cinta, seperti mempersendakan ayat yang berukiran dengannya buah-cinta... mengapa mengharap keinginan dicintai oleh seseorang yang dipanggil lelaki? Entah, tidaklah ku-ngerti... enggan mengambil kira karena dari kecil lagi Moyang berpesan jangan sesekali melayan perasaan cinta itu dibuak-buakkan atau dilebih-lebihkan karena pesanannya lagi biarkan pasangan hidup itu yang lebih menyayangi diriku dari diri ini yang terlebih cinta terhadapnya.
Makanya sehingga sekarang tidak pernah menyambut apa itu St Valentin ( CintaJL berkata, hanya satu sambutan untuk pasangan sejoli menyambut sempena meraikan tarikh yang bertaraf sakti yaitu "hari ulangtahun perkahwinan", itu sahaja !) karena serasa tidak ada maknanya semata-mata hari yang bertarikhkan 14 February itu kemestian disambut, seolah-olah hanya hari itulah bukti sebuah cinta yang semestinya di-sahkan.


Siapa yang kaya sempena menyambut St Valentin? Tak perlu dipanjangkan penjelasan karena semuanya sudah sedia maklum! 

St Valentin disambut bagi kebanyakkan kepada semua yang kemarukkan hadiah bersamaan ucapan manis yang terpaksa disebut dengan nada berbisik manja...  jika tidak mahu bersusah-payah mencungkil atau mengorek minda gimana ayatan yang menusuk qalbu tersebut disulami dengan sehalus yang mungkin supaya yang menerimanya nanti akan terpesona, terus saja ke gift shop beli card yang telah di-printed segala bagai aneka ragam dan gaya ayat-ayatan yang telah siap direka bagi menyedapkan perasaan mereka yang kesuntukkan ilham untuk  mengukir ayat-ayatan yang bertaraf sakti... pabila dibaca terus terpukau itu rasa perasaan !

Ditambah lagi kena ke-restaurant dengan menus bertahtakan St Valentin, hadiah jangan lupa nanti pendek umur! Chocolate boxnya wajib yang ber-shaped jantung dan tidak lengkap atau cukup syaratnya jika se-bouquet bunga-bungaan itu diterlupakan memang cari penyakit, tak semena-mena merajuk bermuncung panjang itu bibir!

Sambut jangan tak sambut, minta kemaafan bukan diri ini keras hati atau tidak punyai perasaan ber-romantik, apa makna romantik ya?

Venus ialah Goddess of Love dan Eros ialah God of Love, jadinya diri ini dibawah astrology-sign taurus ber-planet Venus, CintaJL dibawah astrology-sign Libra ber-planet Venus, Venus + Venus = God & Goddess of LOVE, ya ampun! maknanya diri ini tidak perlu bersusah-payah karena cinta telah pun bertahta dari kandungan Ibunda lagi.

Hingga kini Cupido (desire) anakanda lelaki Venus Goddess of Love masih dan sering memanah "arrows" kepada sesiapa sahaja membuatkan mereka terjatuh cinta!!! Greek Mythology and Legends.

Vive L' Amour... pour toujours..?




samedi 12 février 2011

Merci Mr Dufour yang melahirkan Les Truffes au Chocolat. I Devour You With My Eyes, Mata et Yeux

| | 0 commentaires

Semangkok chocolats yang nyaman rasanya...




              350g  Valrhona/Barry Callebaut  dark chocolate 66-80% cocoa
              200g 35-60% dark chocolate cocoa- chocolat couverture
              250ml double thick cream
              1 teaspoon vanilla extract
              1 tablespoon  honey (bio/organic)
              1 cup unsweetened Dutch cocoa powder

     
                              or

              Cara made in Peranchis


              135g dark chocolat - Valrhona/Barry Callebaut 70% cocoa
              100g double thick cream - crème fleurette entier
              1 tablespoon honey (acacia/trimoline-bio)
              300g chocolate couverture Guanaja /extra bitter
              1 cup unsweetened Valrhona cocoa powder
     
In a small saucepan, bring the thick cream, vanilla extract and 1 tablespoon honey to a simmer. Turn off the heat.
Place the fine finely chopped chocolate in a bowl. Strain the hot cream over the chocolate, let the mixture rest for 1 minute, then whisk until the chocolate is melted and smooth. Cover the chocolate and chill for about 3 hours until the mixture is set.

Using a teaspoon or a melon-baller, scoop out the truffles. Roll them in your hands to make rounded balls. Refrigerate the truffles for 15 minutes until firm.

To make the  coating, melt the chocolate couverture in the top of a double boiler or in a metal bowl suspended over a pot of simmering water (not boiling). Remove the boiler top or metal bowl from over the water and stir continuously until the chocolate is melted and smooth and reaches room temperature.

Place the cocoa powder in a medium bowl. Drop the truffles, one by one, into the melted chocolate, turning them with a fork to coat them. Lift the truffles out of the melted chocolate and drop them into the cocoa powder. Roll the truffles in the cocoa until completely coated and store them in the refrigerator.

Storage:  Airtight container, in refrigerator.
Tried&Tasted&Tested
              
Voila.


mercredi 9 février 2011

Les Truffes Au Chocolat Extra Creamy bersembang Avec Des Orangettes lemonettes

| | 2 commentaires




Chocolate truffles ini dicipta oleh Mr Louis Dufour patissier dari Chambéry (tidak jauh dari kamponguluku ini) pada 1895, sebenarnya beliau kekurangan bahan untuk membuat cakesnya lalu punyai idea apa kata serbok cocoa campurkan dengan cream yang telah digelegak-kan + vanilla, bulat-bulatkan sebesar ibu-jari dan benamkan kedalam chocolate couverture yang telah dicairkan terus gaulkan didalam serbok cocoa,
voila! La truffes au chocolat était née (chocolate truffles dilahirkan) itu-lah alkisah yang se-tulinnya.






Bulan February akan berakhir, tahun lepas beli chocolat sampai 10 kg, dek kerana terbanyak beli kenalah habiskan itu chocolate. Setiap tahun beli chocolate untuk christmas dan tahun baru sama sahaja quantity-nya, tidak tu lagi banyak sebab buat truffes au chocolat (chocolate truffles) untuk satu keluarga semua juga buat officemates ditempat kerja CintaJL.





Chocolate truffles ini adalah buah-hati CintaJL, jika tak ada dimusim sejuk boleh menangis dan merajuk makanya cara untuk memanjakan-nya ialah buat banyak-banyak stock chocolate truffles untuknya, setiap afternoon-tea dan selepas dinner kepastian ada satu mangkuk khas untuk di-isinya chocolate truffles tersebut dan ngap ngap satu lepas satu, selalu CintaJL minta tolong ambilkan semangkuk chocolate darinya supaya dihantar kembali ke peti-es, kalu terusan di-ngap ngap tanpa henti, tak reti nak stop katanya!

Orangettes dan lemonettes (candied orange peel dan candied lemon peel dicelup didalam chocolate couverture) adalah buah-hati princess Elisa dan abangnya anak bujangku, tadi bila yang Tengah Elisa nampak ada orangettes terus berkata; maman (ibunda) merci pour les orangettes que j'adore, alang tu. Hati dan perasaan bagai dibelai pabila anakanda menghargai masakan dari seorang ibu, syukuri terhadapNya yang maha Pengasih lagi maha Penyayang. 



mardi 8 février 2011

Cookies Aux Pépites de Chocolat Noir dan Almonds

| | 4 commentaires









Semalam kena sediakan cookies buat Elyne Gabrielle kerana lepas sekolah dibahagian lewat petang ada persembahan theatre di-College-nya (High-school, diPeranchis dipanggil College). Pagi-pagi dah mula keluarkan bahan bahan listings dari cabinet dapur, vanilla pod - wajib, gula blonde + gula putih salji, butter bergaram, telor, tepung, sedikit levure, ground almonds dan pepites chocolat noir, voila!

Keluarkan dulu baking-tin, termenung sekejap perut tiba-tiba mengeroncong tandanya lapar parah! Makan dulu, makan kemudian, itu-lah dia konon nak maintained berat badan sudah lama mengamalkan tanpa makan malam-skipped dinner,  jadinya bila pagi perut dah mula berdendang-dangdut, alang tu!


Bila keluarkan cookies dari oven terus terapkan motif bunga dan bintang. Classmates anakanda semuanya hairan dengan rupa cookies kerana berbunga dan berbintang, kata mereka pertama kali makan cookies segitu, anakanda jawab sebab hari ini maman (ibunda) ber-mood chi chi, dah betul lah tu!


dimanche 6 février 2011

Tiramisu Berduaan dengan Bungaan Nénuphar Lotus Lilies Teratai

| | 8 commentaires




"Pick-me-up/lift-me-up"-Venetian dialect. Tiramisu dicipta di Italy -bandar Treviso oleh Madame Alba Campeol, tahun 1971 direstaurant-nya Le Beccherie Treviso.  Le vrai tiramisu,  voila!!!

Dessert ini baru sangat mencuba membuatnya dari tahun lepas, anakanda yang sulong Nicolas ter-makan dessert tiramisu ini dirumah kawannya tapi dibeli dari patisserie gourmande Grenoble, verdict anak bujang: Maman (ibunda) enaknya tiramisu itu tidak dapat digambarkan - sublime, alang tu!






Oleh karena anak bujang terjatuh-cinta yang teramat sungguh terhadap tiramisu ini, boleh-kata bila masa beliau me-claimed disediakan wajib-lah dilaksanakan, seperkara lagi anak bujangku ini tidak banyak kehendak bila diminta sesuatu dengan berbesar-hatiku perkenankan permintaannya itu.

Bila ku-umumkan kepada Nicolas yang Maman-nya (ibunda) telah menyediakan dessert kesayangan terus ber-bisous-bisous (mencium) di-pipiku disertai "merci beaucoup Maman" -terimakasih banyak Ibunda. Kasih sungguh terhadap diriku anak bujangku ini.


mercredi 2 février 2011

2 February La Chandeleur Fete Des Crepes. Lempeng Day ...Crepes Day

| | 7 commentaires




Tak habis-habis dengan fete/celebration ini itu, itu dan ini -dan anakanda lagi-lagi  yang Bongsu Elyne Gabrielle dari semalam berkata: Maman (ibunda) esok jangan tak masak ya, Elyne nak crepes au four! Dah betul sangat-lah tu hari ini 2 feb dah kena sangat hari-nya bila anakanda pulang dari high-schoolnya voila!!! baked crepes di-oven dah menjelma.








Tengok nanti bagaimana wajah-mukanya yang seimbas Papanya itu pasti manis manis madu manja dan terus ke-Maman-nya (ibunda) dengan lentokkan yang teramat manja seperti baby!

Lempeng made in Peranchis ini secara tradisi di-makan manis, hidangkan di-atas pinggan tabur-kan gula putih, gula perang, chocolate ganache sauce, home-made jam, madu, syrup erable (maple syrup), ice-cream, whipped-cream, buah-buahan yang lembut dan manis. Semuanya ini terpulang kepada cita-rasa di-setiap tuan rumah cara memakan-nya.
Ada juga suka cara lempeng di-makan masin seperti dilapiskan lempeng dengan hirisan smoked turkey dan ayam, sauce béchamel serta ditaburkan dengan grated cheese, enak lagi delicious.
Voilà.



mardi 1 février 2011

Tartelettes Noix Walnut Honey Caramel Choco Praliné dan Compote de Pommes

| | 4 commentaires

Banyak-banyak keluarga kacang yang palingku adore ngap ngap pada bila-masa yang tanpa di-kira waktu dan masa ialah kacang walnut (noix). Sering-kali waktu snacks pagi dan petang ramai yang suka makan/mengunyah crackers, asam buahan, cakes, kuih-muih atau segala makanan ringan yang bergoreng Semenjak usia semakin ranum elok sangat-lah gantikan snacks yang tinggi dengan level gula dan garam ke-kacang walnut mentah atau roasted di-oven, ngap ngap ngap mengunyah kacang walnut yang tinggi dengan + omega -3 fatty acids itu boleh membantu mengurangkan level cholesterol juga penyakit jantung, makanya kacang walnut di-panggil "Healthy Nuts".








Dan diri ini punyai stock walnut satu balang besar (sebenarnya satu vas besar) penuh sepenuhnya bila habis terus beli, tak tunggu-tunggu! Walnut ditambah didalam salad teramatlah "delicious" plus chesse feta, ya ampun!! Pagi tadi cuba mencuba resepi baru jumpa dalam Madam Figaro art de vivre, kaji punya kaji, kata-hati dessert ini pasti deli makanya tangan dan semangat seiring sekata terus menuju ke-dapur dengan di-susuli oleh Honey Aristocat.

















 
Sabtu lepas beli 5 kg apples, kena banyak sebab satu keluarga adore makan compote /puree apples/pommes ini. Pabila mengupas kulit apples ya ampun sampai kebal jari-jemari di-buatnya. Hari ini bila CintaJL dan yang Tengah Elisa masuk saja dalam entrance-hall terus kata harumnya bau rumah berperfum apples vanilla, wajah-muka CintaJL yang letoi terus segar sebabnya compote pommes ialah buah-hatinya dessert kesayangan semasa kecil ibumertua sering menyediakan compote untuk anaknya yang bungsu ini. Makanya cita-rasa masih lagi seperti baby!