memastikan hidangan masakan makan pagi, tengah-hari juga malam di-urus rapi di-setiap hari. Segala kebersihan suasana dalam juga luar rumah di-jaga dengan kerahan tenaga dan kudrat di-ulang berpusing pada setiap hari, bulan dan tahun berganti tahun, di-ulangi tanpa mengharapkan balasan kerna itu ada lah tugas-tanggungjawab yang mesti di-patuhi demi kesejahteraan harian suasana di-rumah yang ber-bau tenang, aman-damai, harmoni dan bahagia di-mana semua ini di-ambil kira.

Seorang wanita yang bertaraf Ibu wajib punyai rasa belas-kasihan yang tinggi, pemurah, tidak panas baran, penyabar, berhemah tinggi, punyai hati yang lembut dengan pendirian yang tetap tanpa berbelah-bagi, kasih-sayang yang suci tanpa memilih kasih dan yang unggul nya ialah belaian lembut dengan pandangan sepasang-mata memancar kan sinaran kasih sejati datang dari sebuah hati-jantung yang halus.

Sempena sambutan Hari Ibu ini, ingin ku dedikasi kan ke-seluruh dunia nan luas buat semua Ibu, Bunda/Ibunda, Ummi, Mama, Maman, Emak/Mak, Mummy/mommy, Madre, Okasan dan apa jua nama yang di-panggil dari setiap negara di-dunia ini dengan barisan ucapan yang ringkas yakni Jadi kan diri sebagai seorang Ibu yang luhur budi-pekerti nya, bijaksana dan tinggi dengan kasih-sayang yang suci.
Selamat meyambut Hari Ibu, Joyeuse Fête des Mères, Happy Mothers day. May 29. 2011.


![[imgp0281.jpg]](http://4.bp.blogspot.com/_qU0todxK25Q/S5pFhkL5L6I/AAAAAAAACfs/-YWQy2Qi46g/s1600/imgp0281.jpg)






































