Hari ini Elisa pulang dari Grenoble, hampir seminggu tidak menatap wajahnya yang ke-baby-an lagi menawan, rindu kali ... buah hati penawar jantung!
Gateau/cake chocolate ini ada lah kesukaannya, tadi pabila masuk saja dari entrance-hall sudah bersuara "maman, bau gateau chocolate dan coulis de framboise .. sweet nya! Terus ke dapur memeluk Mamannya, manja sungguh walhal anak yang kedua.
Minta anak bujang teman kan kehalaman taman pergi memetik buah raspberries, takut sejak dua menjak ni .. phobia, tertengok di tele rencana mengenai ular snakey ... sejak tu mengeremang bulu roma pabila ke halaman taman. Ambil semangkuk sahaja sebagai hiasan juga beberapa tangkai buah raspberries sebagai penyeri di meja nanti. Raspberries coulis/fruit puree sudah disediakan pagi tadi, satu dapur ber-parfum haruman buah raspberries, harum dan wangi kali.
Gateau chocolate ini pabila disudu kan tengah-isi-inti di dalam ada dua kepingan chocolat akan terus mengalir keluar seperti "lava valcano" tu ... meleleh perlahan ... itu yang buat selera geram gitu!
Dinding badan gateau diselaputi dengan gula perang jadi nya pabila di ngap terasa derupan kasar gula perang tersebut "fragrant flavor" yang unik, berlawan rasa antara lembut lunak dan kasar gula amat sesuai sekali. Yummy lagi sublime!
Gateau chocholat berjambul/bertahta kan sebiji buah raspberry di-alasi/lapikan terapan chocolat ber-shape bintang dan bunga, coulis/fruit puree buah raspberries, semangkuk buah raspberries merah meranum yang menambat mata memandang juga se-vase berbelang-warna-warni, bouquet bertangkai buah raspberries penyeri meja berlambang kan " A la Table de Monet".
Gateau chocolat ini bahan nya tidak banyak cuma chocolate noir bermutu tinggi (lagi intense), butter, telor, gula icing, vanilla bean/pod, secubit garam dan sejemput tepung, itu sahaja! Tapi rasa gateau ini, ya ampun ...!
Coulis/fruit puree senang lagi cepat disediakan, tidak banyak embelnya, bahan yang di perlukan 500gm buah raspberries, gula mengikut sukatan rasa selera jika suka manis lebih kan, dimasak sampai menggelegak mixer dan tapis kan jus dan masak kan kembali hingga pekat sedang-sedang elok. Mudah Kan!

Berduaan dengan Elisa ketika saat menjamu minuman petang (anak-bujang dan Elyne Gabrielle tidak mahu bersama, masihi kenyang di makan tengah-hari tadi) berteman kan gateau adore-an nya sambil bersembang mesra, Maman berbahasa omputih manakala Elisa berbahasa Peranchis, dah betul lah tu, terkadang sampai kesasulan di buat nya antara dua bahasa boleh bertembung dan terlajak lagi, kena reverse balik, sampai gitu kali! Terubat rindu mengadap duduk bersama Elisa berlemah-lembut kali begitu manja, manja begitu kerana ingat kan akan selamanya yang bungsu rupanya selepas princess Elisa berusia 6 tahun Adik-baby menjelma Elyne Gabrielle, maka itu Elisa manja ... lama menjadi anak-bungsu sebelum dindanya dilahirkan.
Boleh dikata kan gateau ini walau pun bahan nya seperti tiada yang menakjubkan namun dengan sentuhan ber-inti isi chocolate didalam dan ber-sauce buah raspberries rasa gateau ini terus menjadi special dan menabjubkan oleh kerana savour yang di tunang kan begitu serasi kali. Voilà!