dimanche 31 juillet 2011

Anthio Poros Au Revoir Poros Sampai Ketemu Lagi Poros. Part III

| | 1 commentaires

 Di-awal pagi nan hening lagi tenang .. dimana penghuni hotel masihi lembut tidurnya ... namun hari ini ada lah hari berlepas pulang kembali ke Peranchis. Setelah berkemas rapi segala bagai isi nya travel-luggage, ber-makan malam yang terakhir, ber-digest dengan promenade di-sekeliling sekitaran kawasan pantai hotel terus ber-sleep tight sehingga jam 5 pagi dimana dikejutkan dengan deringan alarm clock juga deringan telephone dari hotel receptionist mengingat kan harus bangun bersedia untuk berlepas pulang kembali ke-Peranchis bahawasanya petanda percutiaan yang indah sudah di-titik barisan hari terakhir. Ber-sarapan pagi di-roof top restaurant di-temani oleh Dimitris hotel staff agent yang selama ini mengurus kan segala bagai organisasi percutian di pulau Poros ini. Begitu baik lagi prihatin layanan dari Dimitris dan beliau begitu fasih berbahasa Peranchis.

Ikuti lah selingan photos yang di clip clap oleh Anakanda semua selama percutian nan indah dengan layanan orangan Greek yang begitu pemurah dengan kebaikan yang tiada tandingannya. Efkharisto Poros ... Merci Poros juga TerimaKasih Poros, tout simplement.











Pemandangan di-sekitaran interior juga exterior hotel yang di hinapi selama percutian di-pulau Poros.


Khazanah ribuan tahun sejarah Greece, di-tepi luar Archaeological Museum di-bandar Poros mengadap Port lautan bersih membiru jernih.


Saki baki Ancient Corinthian columns/marble columns yang berbaris lurus di-luar Museum di-bandar Poros.


Rumah tradisional, pintu dan volet/shutters bercat biru, dataran dinding bercat putih sama warna nya dengan bendera negara Greece.


Anak kucing di-sebuah anak tangga merenung pandang dengan pandangan yang begitu lembut lagi mengusik anak hati, seperti biasa ternampak sahaja terus ber-clip clap seperti celebrity photo lagi!




Pantang ternampak buah anggur yang berjuntai gantung cantik terus clip clap kan!!!


Sebuah tradisional restaurant tersorok di-puncak bukit yang tinggi, pabila di-daki dibawah suhu mendidih, ya ampun ... sampai basah kuyup baju pakaian berpeluh.


Lihat lah anak tangga yang yang sempit lagi naik meninggi ke atas dimana terdapat sebuah Ancient Church/Monastery, terpaksa tunggu lama pabila mahu di-clip clap kan photo kerana semua pelawat akan berhenti mengambil photo, famous betul anak tangga ini ya.


Kelihatan sebuah ancient kapal layar di depan pantai hotel, selama percutian terdapat banyak kapal layar yang ber-parking di-sekitaran lautan.


             
Yang ini juga, berlegar-legar berpusing mengikuti arusan ombak yang lembut.




Photos seterus nya diambil di-awal pagi sebelum bertolak lepas ke Athens Airport di-hantar oleh hotel driver tidak dengan boat pantas Flying Dolphins kerana taxi bermogok di-hari tersebut jadi nya tidak kelihatan satu pun taxi di merata Greece, princess Elyne Gabrielle senang hati!


Photo yang terakhir diambil dari hotel lobby, tenang setenang air laut di pagi yang senyap sunyi hanya kami sahaja di-pagi tersebut begitu privileged sendirian tanpa sesiapa pun ketika saat yang dihargai sebelum .......


Photo di clip clap disekitaran Port Poros, perjalanan menyeberang tanah besar Péloponnès dengan menaiki sebuah feri cuma memakan masa selama 3minit sahaja!



Bertambah jauh kelihatan Pulau Poros, rasa perasaan hati begitu sayu .. bahawasanya percutian ini menyedar kan lagi diri betapa ciptaan yang maha Pengasih lagi Pemurah teramat begitu  syurgawi, syukran kepadaMu.




Perlahan-lahan gambaran sebenar Pulau Poros mengecil dan jauh ditinggal kan dengan cebisan kenangan percutian yang lembut.

samedi 30 juillet 2011

Rendang ber-Kepak Ayam.

| | 3 commentaires


Kepak ayam dibuat sebagai rendang sememang nya tidak pernah dengar dan tahu sesiapa yang pernah sediakan. Mengapa kepak ayam? Kerana menu sebenar hanya ingin di goreng ala KFC, akan tetapi pabila di-fikir .. goreng lagi, apa kata di rendang kan sahaja dan bahagian kepak ayam diambil cuma di belah atas lengan  sahaja kepak nya pula terbang masuk kembali didalam peti-es!




Rendang ini, bahan-bahan nya adalah gabungan dua resepi dari Moyang juga Nenda yakni Minangkabau rendang yang tidak boleh di-sangkal kan ada lah rendang yang tulin sebenar lagi terpaling enak sekali. Di-atas kehormatan terhadap Moyang juga Nenda terbuka ilham menyatukan dua rasa kelainan rendang ini dimana rendang beliau begitu terkenal disekitaran pelusok-kampong halamannya.


Rendang ini ada lah hidangan masakan yang di-adore kan sungguh oleh seisi keluarga lagi-lagi CintaJL sehingga hampir kering kuah rendang dimakan oleh nya, katanya lagi "sayang sekali tidak selalu boleh merasainya kerana prosesan menyediakan rendang ini remeh sekali, jika senang dan cepat pasti ....."




Sayang sekali rendang ini agak kepucatan warnanya kerana cili kering kena kurang kan ... kalu terpedas yang lainnya tidak akan terlarat anak tekak nanti!! Maka itu tampak kurang menarik. Seperkara lagi kunyit tidak di-tambah kan di-bahan ramuan kerana pesan Moyang tidak sesuai berlawan rasa rendang nanti dengan halia, lengkuas, daun kunyit juga daun limau purut, kunyit sebenarnya hanya untuk memberi warna kepada rendang maka itu tidak berkunyit, tidak juga di-bubuhi banyak cili kering yang merah menyala ... hasil nya pucat-lesi jadinya rendang ini.



Semasa di-dapur ketika tengah mengupas kulit bawang merah kecil + échalotes, bawang putih, halia dan lengkuas terkenang kembali pertama kali mencuba menyediakan rendang dimana Moyang mengajar dengan lembutnya lagi prihatin mepastikan diri ini betul mengikuti aturan di-setiap langkah gimana rendang akan menjadi rendang pabila di-makan terus terjatuh cinta .. alang tu .. sampai gitu sekali tidak sangka Moyang boleh berbahasa sehingga ketahap khalimah berkasih-sayang lagi. Perbezaan antara rendang dari Moyang dan Nenda ialah Moyang mulakan dulu dengan menyediakan santan kelapa perahan pertama dimasak-kan sehingga naik minyak baru dicampurkan dengan bahan-bahan selain nya, rendang dari Nenda pula daun kunyit pasti dan mahu nya yang terpaling muda sekali jadinya rasa daun kunyit juga daun limau purut tidak berlawan kuat gitu,dan sebagai penghormatan keatas Moyang juga Nenda yang dikasihi, kedua resepi ini digabung kan bersama menjadi serasi dan pabila di rasai rendang ini nyata dari kedua telapak tangan yang asli lagi tulin khazanah cuisine Melayu yang unggul.

mercredi 27 juillet 2011

Kalimera Hydra aka St Tropez! Pulau tanpa Vehicules/vehicle. Part II.

| | 1 commentaires

Hydra.


Perancangan sebenar ialah pergi melawat Athens, kepingin kali pergi melawat dimana terletaknya Temple of Olympian Zeus yang di bina pada 1,500 tahun dahulu. Menjadi rosak dan terbiar dek kerana "invaders" punya alkisah jadi nya hanya tertinggal 104 corinthian columns sahaja sekarang ini. Maka itu diperbaiki kembali bagi memulih kan rumah pahala buat tuhan Zeus yang tegas lagi garang itu!

 Juga trigin lagi kepingin pergi melawat yang terpaling terkenal nama nya sama seperti pergi ke-Paris jika tidak ke-Eiffel Tower tidak mungkin sah, gitu ya  ... atau Chateau de Versaille, kemestian!! Akropolis, symbol bagi ibu negara Greece Athens di-bina pada 2,500 tahun dahulu, punyai beberapa temples dan salah satu yang terpaling penting ialah Parthenon khas buat Athena a greek Goddess. Selain nya jika terlarat berjalan di-bawah cuaca nan panas terik  membakar ... boleh terus kan dengan lawatan ke-Parliment Building di-bina pada 1840, Hadrian's Arch city gate ber-link terus ke-Roman quarters di-bina dari marbles dan dekat menyebelah dengan Temples of Olympian Zeus tuhan yang garang itu.

Juga kemestian pergi melawat Theatre of Dionysos di-bina sekitaran 600 BC dan boleh di-isi kan lebih-kurang 20,000 penonton. Ramnous Archaeological Site dengan pemandangan berdepan dengan lautan Aegean yang terbentang luas. Sayang sekali, semua rasa trigin lagi kepingin itu hanya tinggal kenangan kerana diatas dua factors ini ialah agent hotel menasihati hari yang telah ditetapkan itu adalah hari yang terpaling panas sekali 50°C (122°F) kata beliau part panjat dan mendaki bukit ke-Akropolis Parthenon yang tinggi memuncak juga ke-Temple tuhan Zeus akan memberi keparahan kepanasan yang teramat menyiksa kan diri! alang tu!! dan yang ke-dua princess Elyne Gabrielle tidak lansong trigin menaiki kembali boat pantas Flying Dolphins sebab musabab terlalu laju sampai terasa ingin termuntah dibuatnya. Lantas CintaJL berkata akan kembali pergi datang melawat Athens di-musim bunga atau di-musim gugur, gitu cuaca nya lembut sejuk lagi selesa pabila part berjalan dan melawat akan senang tanpa hawa panas yang  boleh membakar kulit juga anak tekak!!

Athens ...Zeus yang garang ku nanti seperti lagu nyanyian oleh Zubir Ali Penantian, gitu ya!


Photo di-ambil ketika menuju ke-restaurant yang ditutup buat sementara dek kerana didalam prosesan pembinaan ubah-suai. Jadi nya kena teruskan perjalanan mencari restaurant yang lain.

Greece terkenal dengan anak kucing yang tidak punyai tuan, maka itu terdapat banyak anak-anak kucing ditepi pinggiran jalan merata terbiar namun dijaga dan diberi makanan oleh penghuni disetiap pulau, setiap kali ternampak saja anak kucing kena lah tunggu kerana Anakanda pula mahu membelai manja itu anak kucing dan photos yang di clip clap ... ya ampun penuh dengan photos anak kucing sahaja jangan kata video yang dirakamkan!!


Voilà, restaurant nelayan disinilah menjamu selera makanan laut traditional  Greek sambil menjamu anak tekak dimasa yang sama menjamu anak mata dengan pemandangan indah lautan biru.


Traditional Greek salade, sekeping potongan besar Feta cheese/curd goat cheese, bawang merah yang manis, tomates yang manis, capsicums yang manis, hirisan mentimun yang segar, buah zaitun yang besar dibasahi oleh sirahan minyak zaitun asli dari pulau Hydra juga taburan herbs yang harum-wangi.


              

Sepanjang perjalanan di-jamu .. di-hidangi degan pemandangan yang boleh mem-berhentikan tarikan nafas, mengapa?kerana, ya ampun indah .. syurgawi laut biru turquoise ... pulau-pulau kecil dan sederhana besarnya semua nya cantik-indah di-hiasi dengan picturesque villages dimana typical rumah-rumah bercat putih dan ber-volet bercat biru begitu harmoni combinasi dua warna tersebut.

Tiba sampai di-port Hydra kelihatan pemandangan port tidak seperti yang pernah dilawati kerana tidak nampak satu pun vehicle, yang ada cuma donkey+kuda = Mules, dua combinasi antara donkey dan kuda beratur meleret sepanjang port menunggu pelawat, boutiques mewah dan pelawat berdandan chic fashionista seakan St Tropez di-selatan Peranchis dimana disepanjang jalan berbatu empat persegi terdapat kelihatan restaurants berbagai deco bagi tarikan pelawat dan suasana nya bak kata CintaJL sama seperti di-St Tropez, dah betul lah tu!

Tidak sempat melawat Archaeological Site kerana masa tutup ialah jam 3 petang, lumrah penghuni Greek hanya bekerja hingga tahap segitu, hawa panas ... petang ialah masa nya mereka ber-siesta = afternoon nap! Kedai-kedai sahaja yang akan dibuka semula pada jam 5 petang.
Terus berjalan menuju ke-restautant yang di-saran kan oleh hotel staff agent dimana restaurant tersebut menyediakan hidangan makanan laut mengikut cara tradisi Greek yang paling asli sekali, setelah berjalan hampir dua km, la ....... restaurant itu sedang dan tengah di ubah-suai! ternganga lagi terlopong sebentar dimana peluh menitik laju (hari tersebut telah diramalkan hari yang terpanas) sehingga baju sampai basah kuyup seperti di curahi dek setimba air!

Lantas CintaJL menyarankan terus berjalan sehingga sampai dihujung pulau dimana terdapat satu restaurant terpencil sendirian mengadap laut biru kehijauan bersebelah dengan nelayan villages. Alhamdullillah ... ya ampun, di-seketika itu apa yang di moga kan ialah tiupan angin bayu bersepoi-sepoi meniup bagi melegakan panas di-badan juga mengering kan baju yang kebasahan dek peluhan.

Tangga berbatu disekitaran Greek Church/Monastery dimana kelihatan pokok-pokok pine berderet naik keatas. Selepas bermakan tengah-hari terus berjalan menjelajahi mengikut jalan di atas bukit mengikut setiap jalan kawasan perumahan.


Photo diambil dari atas sebuah tangga yang tinggi dapat menyaksikan pemandangan di-tengah port Hydra.


Sebuah rumah ber-pintu lama, sepanjang perjalanan tidak nampak seorang pun penghuni di-pulau Hydra ini kerana masing-masing semuanya tengah bobok, siesta gitu!


Senyap sunyi ... kedengaran hanya bunyian serangga cigale/cicada/cricket sahaja yang berkumandang nyaring, lihat lah tiada siapa di-jalanan tangga!



Setiap kali nampak sahaja buah anggur pasti di clip clap, geram gitu! Orang greek suka dan senang sekali menanam pokok anggur, disetiap balkony pasti berjuntai cantik buah anggur bergantung, cantik!


Berlepas pulang kembali ke-pulau Poros pada jam 6 petang boat sederhana pantas Flying Cat datang menjemput tepat pada masa yang ditetapkan dan di-sepanjang perjalanan terbayang di-anak mata di-setiap pemandangan picturesques satu .. satu ... menjelma. Sah mengapa orang Greek punyai hidup yang panjang kerana cara hidup yang lembut lagi tenang juga cara pemakanan yang sehat yakni Greek cuisine dan minyak zaitun.

mardi 26 juillet 2011

Kalimera Greece! Setenang Lautan di-pulau Poros. Part I

| | 1 commentaires

Alhamdullillah ... sudah selamat bercuti pergi juga sudah selamat pulang berbekal kan dengan kenangan yang teramat lagi sungguh indah .. sentuhan lembut suasana ...  di manjakan dengan cuaca yang bermentari jernih berkilauan emas .. masa dan waktu berlalu mengikut saat yang tepat .. tanpa gegasan, tanpa terburu-buru .. lembut bagai sentuhan sutera nan halus.


Pabila pesawat menyentuh landasan Athens Airport rasa perasaan terus bertukar seperti diri ada lah seorang perantau yang kepingin menyingkap segala isi khazanah sejarah negara yang dijejaki namun terus sedar yang diri ini cuma seorang Ibu bersama sekali Anakanda dan CintaJL dimana hampir setiap tahun pergi bercuti memberi Anakanda berehat dengan pandangan ke-dunia nan luas terus mengisi minda terhadap kelainan cara hidup di setiap negara yang di jejaki itu.

Greece ... ada lah sebuah negara yang indah lagi pemurah dengan nature bagai syurgawi, penduduk yang begitu peramah tampak terus datang dari hati nan berbunga, pemurah dengan senyuman yang bersahaja dan yang paling menyentuh hati ini ialah walau-bagaimana pun penat di-tambah dengan karenah mengada-ngada penghuni di-hotel akan tetap terus bersikap lembut dengan senyuman sedih terukir di-bibir dan di-anak mata, sayu gitu jadinya.

Dari Athens Airport terus di-sambut oleh hotel staff-agent juga supir taxi yang sedang menunggu membawa terus ke-destinasi port ke- pulau Poros menaiki boat pantas Flying-Dolphins (Hellenic Seaways highspeed) yang mengambil masa selama 1jam. Tiba di-Poros port di-sambut pula oleh hotel staff-agent juga supir taxi terus menuju ke-hotel dimana mengambil masa selama 8minit sahaja kerana jarak-jauh ialah 4.5km!

Pabila melangkah masuk di-lobby hotel ... ya ampun .. di-depan di-hidangi dengan pemandangan lautan yang luas, biru kehijauan terhenti sebentar tarikan nafas ...  yang maha Esa ciptaanMu ..!


Setiap hari menyaksikan horizon/view nan luas bermentari jernih emas dimana rasa perasaan juga minda tidak lansong memikirkan apa sahaja keresahan hanya kedamaian lembut dirasai pada setiap saat yang di-hargai.

Photo di-ambil dari  lobby dimana mengadap lautan yang begitu luas terbentang indah.

Di-tebing dekat berhampiran terrasse di-tingkat yang paling teratas sekali.


Kelihatan kolam renang dan dibawah adalah pantai tidak berpasir tapi berbatu-batu dimana pabila berkaki-ayam berjalan di-sepanjang pantai yang terhad besarnya ya ampun ...! telapak kaki boleh jadi sakit gitu!



Kelihatan dock dimana boat ber-parking datang dari pulau-pulau yang berdekatan menyinggah sehari di-hotel ini, kebanyak kan dari pulau Hydra juga penduduk dari Athens.

Pemandangan dari lobby dan terus kelihatan roof bar-restaurant mengadap laut.


Sepasang kerusi dari kayu pokok zaitun, dari pintu masuk hadapan hotel.


Lounge-lobby dengan ber-deco natural lembut menambat anak mata pabila memandang tengok.


Dari depan mengadap laut.


Warna air laut biru kehijauan jernih dan begitu masin sampai pedih anak mata maka itu kena pakai mask goggles sebagai "protection" kalu .. princess Elyne Gabrielle berkata "pedih sampai merah mata dibuatnya Maman" baru lah betul!


Jernih sejernih imbasan crystal kelihatan air laut, setiap kali pasti lama memandang renung kearah batu ini.



Photo ini di ambil oleh princess Elisa dari lounge-chair di-terrasse private beach dock mengadap terus dataran tanah besar Péloponnèse.


Se-pot style antique pokok zaitun berlatar belakang kan pokok palm di-hadapan entrance hotel.


Seterus nya akan di papar kan penerusan photos yang berikut-nya, harap bersabar ya!