mardi 15 novembre 2011

You'd better STOP! Titik-noktah terakhir?

| | 18 commentaires

Salam wahai para Bloggers semua terutama kepada para bloggers yang selama ini begitu setia mengamati titian gambaran sebuah hidup made in France dari BintangJauh aka Chez RatnaJG, TerimaKasih segunung tinggi dengan perhatian nan mesra lagi ikhlas disepanjang blog ini dipaparkan.

 Suratan sebuah hidup akan tetap terus berulang kali berpusing-pusing sehingga ia-nya ketemu kembali kepada titik permulaan dimana blog si-BintangJauh juga begitu.

Buat seketika blog ini akan di-hentikan dengan alasan titik permulaan itu, jangan ditanya mengapa?, kerna ia-nya tanpa apa sahaja jenis alasan, dan pasti akan ditanya atau tertanya-tanya mencari jalan untuk mengetahui terhadap alasan itu, sememangnya lumrah persoalan akan timbul namun sementara ini ... stop!

Salam manis manis madu.

Pagi nan dingin ber-es putih, le premier gel/frost de la saison.

| | 7 commentaires

Setiap pagi nan hening ...... sepi umpama di-awal subuh yang syahdu, begitu-lah rutin yang di-ulangi pergi bersama menghantar yang Bongsu ke-perhentian bus sekolah dimana jarak-jauh dari rumah anggaran 100 meter, walau-pun sudah besar tinggi boleh pergi sendirian berdikari sendiri namun masihi tidak mahu bercerai  dari kebiasaan menghantar Anak kerna tahu berpisah dengannya pada waktu sekolah begitu lama, dari jam 7:30 pagi sehingga tiba di-anak tangga rumah pada jam 5:25 petang jadi-nya seharian berpisah dengan yang Bongsu serasa-nya begitu lama sekali.

Hari ini  seperti biasa semasa bersarapan pagi,

Dari pintu dapur kelihatan di-atas dataran rumput-rumput halaman diselaputi oleh taburan es putih yang halus seakan es buat abc yang begitu terkenal ditanah-air. Bersamaan kabus-kabusan menyelubungi suasana pagi dingin yang mencengkam sekali walhal hari ini di-anggarkan bahawasanya cuasa suhu di-awal hari agak nyaman dimana suhu agak tinggi jika mengikut dari suhu musim yang seharus-nya sudah sejuk-dingin sekali.

Gimana pun begitu senang rasa perasaan terhadap keindahan di-sekitaran kawasan taman halaman. Maka itu tercentus kepingin keluar me-clip clap snap photos keadaan suasana nature yang maha Pemurah.




Kelihatan rumput-rumput liar yang di-selaputi oleh es-putih juga kelihatan daun-daunan strawberry liar yang masih bertahan tumbuh sehingga sekarang.



Cantik sekali!


Yang ini juga.


Daun-daunan pokok Chene/oak yang akan dijadi kan sebagai bonsaï.


Juga pokok Buis, cantik begini!


Rumput-rumput ber-es putih, ber-latar belakang kan pokok Tilleul yang semakin hampir rontok tanpa daun-daunan-nya yang kini begitu ketara kelihatan rupa-paras si-pokok Tilleul dengan dahan-pohon-pohon-nya.


Ternampak sekuntum bunga berselaput dengan es-putih penuh menutupi kelopak-nya ......


Sendirian sendiri ... cantik sekali.


Honey Aristocat mengikut sama di-taman, begitu berbeda kelihatan rumput-rumput yang ber-es-putih dengan bahagian rumput-rumput dibawah mentari tanpa es-putih.


Honey Aristocat tengah sedang memandang ke-arah se'ekor anak kucing jiran, begitu tajam pandangan-nya!


Anak kucing jiran terus datang menghampiri si-BintangJauh dan Honey Aristocat tidak lepas memandang-tengok walau se-saat pun ke-arah anak kucing tersebut, garang sungguh karena tidak betah "territory"-nya diganggu begitu!


Oleh karena si-BintangJauh ada dekat bersama honey Aristocat maka itu tidak terus menyerang, kalu ... suara menyerang meowi-nya kok umpama guruh mengaum garang gitu.


Yang ini pandangan lembut-anggun kerna nama-nya di panggil ... Honey .. Honey ... supaya melihat ke-depan .


Kelihatan Honey Aristocat sudah beransur pergi ke-tepi rumah, tengok mepandang dari jauh sahaja kemungkinan telapak tangan dan kakinya serasa sejuk-dingin.


Sempat juga me-clip clap diruang-tamu/salon, kelihatan se-pot/pasu pokok Pommes d'amour yang baru sahaja dibeli semasa pergi-menziarahi melawat Ibu-Papa mertua di-St Etienne Loire.



Rupa-paras si-pokok Pommes d'amour, voilà!


Walau pun hari ini ber-mentari dengan gemilangnya namun suhu di luar agak dingin sejuk sekali. Pabila suhu-nya begini kok selera makannya besar begitu, tengah terkial-kial berfikir sebagai minuman petang ini apa-kah manisan yang paling mudah dan cepat di-sediakan? yang Bongsu memohon goreng Churos/chichis dari Sepanyol dan diri pula kepingin Profiterols au chocolat praliné, gimana ya?


dimanche 13 novembre 2011

Bubur Mutiara Sagu Perles/Pearl du Japon/Jepun

| | 6 commentaires

Hari ber-minggu Ahad ini trigin pingin pula bermanisan dessert melayu dimana begitu senang lagi rengkas dari segi bahan-ramuan juga cara penyediaannya, tidak banyak embel.

Bubur mutiara bijian sagu ini sering kali disedia kan pabila selera trigin pingin terhadap manisan Melayu, bubur ini lah habuannya selain dari jemput-jemput pisang dek kerana cepat-senang disediakan, setengah jam sudah boleh di-jamu-ngap kan!


Bubur mutiara sagu ber-jagung muda, berkuah santan putih juga hirisan daun pandan yang harum wangi.


Jumaat lepas pergi melawat ziarahi Ibu-mertua dan Papa-mertua (cuti umum) di St Etienne, singgah sebentar di-boutique florist  membeli se-bouquet gabungan bunga-bungaan kesukaan Ibu-mertua sebagai buahtangan, Ibu-mertua adore bunga-bungaan segar, sementara menunggu giliran melihat-pandang kepada bunga-bunga juga pot-pot yang berisi tanaman hijau terus anak mata ternampak satu tanaman hijau yang berbuah seperti buah tomate terus tertambat kepadanya dan nama pokok yang comel ini ialah Pomme d'Amour, dah betul lah tu!





Semasa sedang menyediakan kuah sauce bubur mutiara sagu tadi agak tidak pasti gula yang mana satu harus dibubuhi sama'ada gula putih, gula melaka atau gula perang? Akhir-nya mengambil keputusan biarkan bubur ini berwarna putih walau-pun lebih adore ber-gula perang/melaka.


Daun pandan di-hiris halus dan dimasakkan sekali dan ketika mengacau-ngacau lembut santan kelapa, didapur ber-bau harum wangi sekali. Sengaja tambah-kan jagung bagi menambah kan seri rupa-paras terhadap bubur mutiara sagu ini juga jagung dengan sagu mutiara serasi bersama. 



Malang-nya ... hanya diri seorang dirumah yang adore terhadap manisan dessert ini yang lainnya tidak suka, maka itu setiap kali menyediakan bubur ini portion-nya sederhana gitu.



Walau pun tiada siapa sebagai peneman menjamu bersama jadinya sendirian begitu namun rasa perasaan tetap gumbira karena setiap kali dapat merasai apa sahaja makanan asal-usulnya dari tanah-air serasa seperti berada disana.





Anaks semua lebih senang berminum petang dengan pain au chocolat juga croissant sahaja, jadinya tampak begitu contrast dimana Maman BintangJauh dengan manisan bubur sagu mutiara ber-jagung, dengan cara Melayu-nya manakala semua dengan French- pastries-nya, voilà.

mercredi 9 novembre 2011

Beignet aux Pommes Bonsaï

| | 2 commentaires

Setelah berpinar-pinar anak minda me-fikirkan gimana cara yang se-wajar-nya menggunakan buah-buahan apple yang comel ini agar tidak membazir begitu sahaja terbiar banyak ditaman halaman, karena setakat untuk meng-indah kan anak mata memandang-lihat sememang-nya setiap tahun terpesona dengan kecomelan buah apple yang merah meranum ini, maka itu hari ini di petang nan ...



Jadi-nya keputusan di-putus kan begini bahawasa-nya apa kata di-goreng kan sahaja sama seperti menggoreng pisang, ubi-keledek, chempedak dan apa sahaja buahan yang sesuai. Hasil "verdict"nya ....... nasib baik adunan tepung/batter rangup-garing kalu .. ya ampun ... kok masam sekali!!!




Yang Bongsu menyarankan, peneman yang sesuai ialah gula, madu juga maple syrup harus di-benam kan dan rasa buah apple menjadi lemak-lemak manis jika ber-madu/maple syrup dan manis masam manis jika ber-gula putih/perang, kesulitan sudah dapat diselesaikan namun ... dari segi rasa masih tidak ber-puas-hati!



Sudah cuba-mencuba secara "Pommes d'amour"/toffee apple yakni ber-coating gula syrup hasil-nya pun sama, ada sesuatu yang ter-kurang dari segi rasa ..!



Buah apple ber-saiz mini comel ini se-eloknya digunakan sebagai hiasan penyeri sahaja, ber-salut/coating dengan syrup, caramel, segala bagai chocolate juga biji-bijian gula berwarna-warni pelangi, segala bagai kekacang juga bijan pun yummy! 



Kelihatan daun-daunan pokok apple yang sudah kering sebagai pelapik-alas gorengan buah apple yang comel itu, juga sekuntum bunga artichaut/artichoke sebagai hiasan penyeri.



Terdapat juga gorengan buah apple berbentuk gelang berlubang ditengah, lagi yummy dengan buah apple biasa dari buah apple bonsaï.



Kesimpulan-nya didapur tadi seperti main-bermain masak-masak gitu, terkenang semasa kecil dahulu sering bermain masak-masak bersama sis Kecil beraksi seperti Ibu .. imitasi cara Ibu-ibu didapur juga beraksi pergi ke pasar basah boleh tersenyum jadinya pabila dikenang kan kembali ...



Pokok apple yang akan dijadikan sebagai bonsaï, sebelum dahan-dahan pohon di-cantaskan oleh CintaJL, buah-buah apple begitu rimbun-lebat merembik banyak ... tapi masihi kelihatan banyak lagi!



Comel sekali!


Lihat lah daun-daunan Tilleul yang berguguran semakin tebal lapisan nya di-bawah pokok sekitaran taman, gimana akan di-bersihin ...... au secours!!!



Kelihatan buah framboises/raspberries yang berjuntai berlatar belakang dengan susunan kayu-kayu sebagai penggunaan disepanjang musim sejuk ini.



Mungkin ini yang terakhir berbuah ranum, tidak seperti di-tahun-tahun sebelum-nya dimana dari bulan october pokok-pokok raspberry sudah kering semua, tapi tahun ini cuaca suhu bercanggah sungguh dengan musim gugur yang bersamaan dengan hujan, tiupan angin, kabus-kabusan dan suhu beku namun tahun ini kok bizzare!!


mardi 8 novembre 2011

Lasagna - Chi Mangia Bene, Vive Bene/who eats well, lives well!

| | 9 commentaires

Lasagna ada lah makanan kesukaan yang Bongsu, pintaan nya dari minggu lepas lagi, sebagai hidangan makan malam pada malam semalam dan hari ini part me-clip clap kan photosnya pula.



Bahan ramuan tidak perlu di canang kompang kan lagi kerna masing-masing sudah pakar lagi pandai menyediakan masakan dari Italy ini.



Sering kali pabila menyediakan lasagna ini mahunya banyak sekali dek kerana tempoh penyediaan-nya begitu memakan masa yang begitu lama maka itu setiap kali sediakan dua baking dish-pan yang sebesar dunia! 




Kelihatan sauce béchamel ber-susu juga sedikit heavy cream bagi menambahkan rasa lemak gitu (calories pun bersorak gumbira .....)



Lasagna sangat sesuai serasi di-hidangkan pada musim sejuk begini kerana makanan ini sememang -nya cukup dengan himpunan segala bagai bahan dairy yang terdapat didalam lasagna ini jadi-nya tubuh-badan akan panas gitu.



Ada terdapat pelbagai cara juga berlainan bahan-ramuan yang digunakan, itu terpulang kepada gaya cita-rasa selera setiap seseorang itu kerana pabila dilihat-kaji begitu banyak cara yang berbeza sehinggakan tidak tahu yang mana satu harus di-ikut-turuti, panjang kata lasagna yang di-sedia kan ialah lasagna yang terpaling "basic" sekali jika ikuti cara dari Bologne Italy yang jati sememang nya tidak wajib kerna banyak bahan-ramuan yang tidak halal ada terdapat didalam resepi-nya, gimana pun bahan ramuan yang basic tetap masih extra-yummy sekali!




Setelah pintaan yang Bongsu di-perkenan kan, ucapan terimakasih segunung tinggi/merci beaucoup nya yang berulang-ulang kali di-sambut dengan ciuman yang bertubi-tubi di-kedua belah pipi Maman BintangJauh, voilà!



lundi 7 novembre 2011

Hari ini 20 Tahun November 7.2011.

| | 5 commentaires

Aduhai Anakku lanang yang beau sudah genap 20 tahun usia-umur-nya hari ini November 7.2011. Semasa mengandung-hamilkan Anakku yang Sulong, sepanjang sembilan bulan tiada bermasa'alah lansong, badan tenaga dan kudrat kok kuat-cergas ... mahu-nya menyagat-sental satu rumah, selera makan begitu besar kalau boleh semua-nya mahu di-ngap gitu... pantang ternampak segala bagai cake kehendak selera terus menjadi pelahap, ya ampun ..!

Anak yang Sulong dilahirkan awal dari tarikh kelahiran karena sudah cukup montel katanya Docteur, jika tunggukan lagi mahu dekat 5/6kg beratnya nanti maka itu terpaksa di"provoked" kan menjadi awal melalui caesarean section under local anaesthesia.









Dilahirkan montel semangat ber-terusan di-sepanjang pembesaran Anak yang Sulong semasa baby dimana rupa-paras se-iras Papa CintaJL, comel sekali dengan kerlipan anak-matanya yang bulat, sering ketawa tidak pernah menangis, mandi riang-ceria, bangun dari bobok-tidurnya juga riang-ria tapi waktu makan kok rumit-susah gitu dek kerana lama menyusu-susu Maman-nya BintangJauh jadinya makanan solid/solid food lansong di-tolak segitu, susah sekali sering kali terpaksa berlawak seperti "clown" supaya Anak yang Sulong ketawa terus terbuka itu mulutnya, alang tu!

Sebagai Anak yang per-1 yaitu Sulong (abang) ber-adik-beradik perempuan yang Tengah (kakak) dan yang Bongsu (adek), semasa adik-adik nya dilahirkan begitu syahdu penerimaan Abang yang Sulong terhadap adik-perempuan-nya sehingga pabila dapat tahu yang ke-tiga juga adik-perempuan jawapan darinya ialah " Encore!!", voilà.

Kenangan ini masih begitu segar dianak hati dan akan terus senantiasa disimpan dengan sekemasnya dilindungi dengan kasihsayang Papa dan Maman.

Joyeux Anniversaire à Mon Bulat.

samedi 5 novembre 2011

Charlotte Meringuée au Chocolat Noir

| | 8 commentaires


Gâteau berdinding Charlotte ini telah di-sedia kan dari semalam lagi, dek karena sudah agak terlewat jam 4 petang tiada lagi sinaran benderang maka itu hari ini part me-clip clap kan photos-nya pula.



Charlotte isi inti ialah gâteau/cake ber-chocolat noir + Nutella ber-noisette/hazelnut itu memberi rasa cake ini bertambah yummy sekali dan ber-tahta kan dengan meringue me-lipat ganda kan lagi rasa yummy yang terlampau yummy jadi-nya!

Se-vase sekuntum bunga artichaut/artichoke sebagai hiasan penyeri.


Pabila gâteau/cake ber-meringue pasti kan jangan terlalu manis itu gâteau ber-chocolat kerana meringue sememang-nya manis manis dan manis jika ke-dua-nya manis tidak serasi hasil rasa gâteau ini.





Daun-daunan si-pokok Tilleul merata-rata berselerak di-hadapan rumah.




Adore dengan gambaran pohon-dahan ber-daunan kuning ke'emasan berlatar belakang sebuah bukit sekitaran kampongulu ini.



Gimana akan di-bersihin daun-daunan yang melambak sarat di-atas dataran sekitaran taman sehingga ke-anak tangga pergi-nya si-daun-daunan Tilleul terbang di-tiup dek angin yang deras dan kuat sekali.





Sejak dua menjak tersedar yang blog ini semakin hari semakin hanya me-papar kan entry mengenai manisan dessert sahaja ... sudah kering kontang idea atau trigin menukar diri? Ada membaca beberapa blog para bloggers semua yang tertanya-bertanya soalan ber-blogging sebenar-nya susah pabila selesai membacanya agak tersentap juga rasa perasaan kerana blog si-BintangJauh ini di-lahir kan demi atas pintaan Ratu-Ratu ditanah-air trigin pingin mengetahui gimana perjalanan hidup harian si-BintangJauh ditanah Peranchis ini. Pada mula-nya begitu berat di-hati melahir kan blog ini karena banyak sekali no no/terms and conditions dari CintaJL lantas terus kan juga demi pintaan mereka semua.  Malang nya sehingga kini tiada siapa yang sudi ber-komentar ingat kan ada juga balasan dari mereka semua namun ... dan kini terdapat para bloggers yang lainnya begitu mesra baik lagi ikhlas caranya sudah cukup mencukupi mengindah kan harian kerana berpeluang memanjang kan perkenalan juga berbahasa melayu yang di-sanjung tinggi, Syukran.




Mengapa tempek kan photos begitu banyak? Bukan-nya apa yang sebenarnya ialah senang sekali me-clip clap photo-photo masakan&baking, cuba berlajar gimana mengambil photo tapi setakat ini cara-nya asyik begitu sahaja ... sama dan pusing-pusing masihi tiada perubahan!




Yang ini pun sama!!!




Yang ini  berduaan dengan si-buah labu ber-saiz mini comel.


Panjang kata, anaks memuji semua bahawasa-nya gâteau charlotte meringuée ber-chocolat noir ini teramat sungguh yummy sekali, lagi-lagi ada Nutella sebagai isi-inti lagi-lah ber-selera masing-masing menjamu -nya, c'est trop beau et bon!