vendredi 30 décembre 2011

Sebelum 10..9..8..7..6..5..4..3..2..1 ...

| | 3 commentaires

Tidak pernah sedari  tahun tahun yang dilalui bersama Moyang ada permulaan dan ada pengakhiran.

Wahai kenangan nan lalu .. kesan-kesan secebis kisah sejarah sebuah hidup yang tidak lansong meninggalkan apa sahaja peristiwa  ...   ya ampun ... selama ini tidak pernah sedari dan tahu adanya sambutan menyambut meraikan tahun baru juga berazam baru walhal pada setiap di-hujung hari tamatnya tahun lama bagi mejemput kedatangan tahunnya yang baru dimana ketika jarum-jaruman jam hampir mengarah ke telunjuk jaruman 12 tanpa sesa'at pun tercicir dari jarum telunjuk yang berdetik tic tac tic tac tic ..  tiba-tiba ... Sepupu-Sepupu semua bersorak-gumbira mengira nombor-nombor sehingga kedengaran sorakan yang binggit sekali yang bermakna jarum telunjuk sudah menyentuhi jam 12 tepat waktunya!




Riuh rendah sorakan di-iringi sekali dengan nyanyian lagu-lagu terkini , dimasa yang sama, dibibir masing-masing berlumba menyuarakan "azam baru" yang telah dipilih terlebih dahulu lantas dibanding-bandingkan antara mereka seperti ikutan perubahan arus zaman yang canggih terus di-sematkan didalam minda berjanji-niat "azam baru" pasti terlaksana seperti setiap tahun, namun rasa semangat yang meluap-limpah membatasi tahap kemampuan azam yang katanya terpilih hanya tinggal sebagai nama symbolic yakni azam!

Yang hairannya tidak pernah merasai tahun baru yang tampil dengan muka yang segar, dan bertarikh baru itu ada lah hari per-1 yang ber-arti tapak permulaan hari-hari yang bersilih-ganti seterusnya ...

Meremang-merembik rasa perasaan kerna selama ini tidak lansong menyedari akan kedatangan tahun baru dimana tahun sebelumnya mengundurkan diri, selamat tinggal!

Tiada juga disematkan "ke'azaman baru buat tahun yang baru" kerna pabila ditoleh ke-kanan dan kiri tidak kelihatan petanda bayangan kiranya ada terselit tempat mengadu untung nasib diri wujud ketika itu ...




Baru tersedar sejenak tadi, selama sepanjang tahun-tahunan ketika dibawah naungan jagaan Moyang terlalu sangat mengira hari .. hari yang berlalu pergi tanpa harapan yang dijunjung tinggi ... sehingga kelupaan hari-hari berikut akan menjadi berlipat ganda jumlahnya ... dihimpun-gandingkan bulan-bulan 12 menjadi setahun. Tidak dihirau-peduli .. siang ber-mentari gemilang dan malam ber-rembulan berhias seri dengan kerlipan bintang-bintang dilangit yang terbentang luas, degil nian melawan diri dengan kenyataan ... begitu keterlaluan mengira hari yang disangka akan bertahta harapan bahawasanya Ibunda Andong akan datang bukan sejam dua sahaja akan tetapi dengan janji yang dikotakan, namun ......




Masa berganjak pergi juga hari-hari yang terbiar menjadi basi begitu sahaja, enggan menerima kenyataan bahawasanya diri tersisih ketepi .. sendiri duduk diatas sebuah pangkin berkayu yang semakin hampir rapuh merkah dimakan usia, semenjak itu tidak pedulikan ada suara-suara menyapa sekadar menegur segitu sahaja tanpa secebis keikhlasan dan belas-kasihan ingin mengambil tahu gimana keadaan diri sebenar ketika itu ... dari tarikh tersebut diri ini menjadi "tidak hairan" terhadap tahun yang bernama baru!

dimanche 25 décembre 2011

Joyeux Noël.

| | 3 commentaires

Mood masak-memasak datang sebegitu sahaja, walau pun pada permulaan semasa didapur agak terhegeh-hegeh perlahan tangan mengerjakan apa sahaja bahan-ramuan yang boleh dikatakan hampir lembab caranya. Hidangan makanan dan manisan yang disediakan tidak lah banyak cumanya sebagai pembuka tirai  yaitu "aperitifs dinatoires/amuse bouche" yang mengambil masa menyediakannya kerna ber-saiz mini, kecil comel! Dengan pertolongan-bantuan dari kedua Anakanda Elisa dan Elyne Gabrielle, penyediaan makanan dan manisan dikerjakan berakhir dengan tertip lagi rapi sekali, Alhamdulillah syukran kepadaNya kerna memberi semangat setelah berbisik-bisik doa'an ke-atas kekuatan kudrat yang teramat sangat diperlukan!




 Saki baki hidangan dinner eve/réveillon semalam dimana bûche de noël ber-chocolat noir lansong tidak dijamu kerna terdapat dua lagi manisan dessert yaitu bûche pralinée au chocolat dan bûche mousse au chocolat meringues, tidak dapat di clip clap snap kerna sudah lenyap!






Les papillotes de noël/chocolate bonbons berhias dengan daun-daunan houx/holly dari taman halaman sebagai penyeri.







Sayangnya jamuan semalam tidak di-clip clap snap kerna masihi tidak ngerti gimana cara pengambilan photo diwaktu malam dan Elisa pula begitu asyik merakamkan apa sahaja dari A ke Z dimana jeritan + kekehan ketawa bercampur aduk sehingga kerja-penyediaan dimeja makan menjadi tidak tentu keruan, gitu!







Buah limau clémentines dari pulau Corsica ada lah salah satu buahan kemestian sebagai  men-detox pencuci perut setelah menjamah makanan yang penuh ber-cream+butter juga tinggi dengan pengambilan gula semasa musim perayaan ini.







Kacang walnut juga memainkan peranan yang penting sebagai penambah selera.


Pagi ini, bersarapan pagi dengan roti Panettone  dari Italy ber-raisins secs/sultana juga ber-orange confite, dimusim perayaan roti ini begitu "famous" sekali, semuanya adore!










Roti Panettone ber-saiz mini, yummy bersama minuman teh panas!







Juga Cake berempah ratus, madu, buah-buahan confits dan berkacang, ini pun kemestian!













Sambutan perayaan makan malam Noël di-akhiri dengan tontonan rakaman video oleh Elisa, ketawa sehingga selinang-linang airmata petanda keseluruhan malam perayaan begitu ceria dan bersahaja, senang begitu! Syukran.





vendredi 23 décembre 2011

Preparatif de noël christmas.

| | 2 commentaires


 Esok December 24 christmas eve/réveillon = dinner, bahan-bahan ramuan sudah siap sedia namun mood masak-memasak kok lesu gitu!

Panjang kata ... esok adalah hari yang terpaling? Akan bersambung ......

mardi 20 décembre 2011

Setiap hari ber-salji!

| | 4 commentaires

Pokok Tilleul berdiri megah dengan dedahan-pohon diselaputi salji.



Pokok Lilas/Lilac-sryinga berlatar-belakangkan pintu utama dihadapan rumah.



Balkony ditingkat atas tv-room, photo diclip clap snap awal pagi tadi, sejuk dingin sekali!



La piscine/kolam renang ditepi belakang taman halaman kelihatan cantik dengan lapisan salji.



Tiang-tiang pagar miliknya jiran sebelah, suka dengan sejemput salji menepek diatas kepala tiang-tiang pagar juga kelihatan Château nun diatas bukit.



Daun-daunan pokoknya Buis ber-es salji.



Adore photo ini!



Kelihatan pokok-pokok semuanya putih berselaput salji yang turun dari awal pagi tadi, beberapa hari ini salji turun tanpa berhenti, disekitaran kampongulu putih dek lapisan salji dimana atap-atap rumah, dataran taman halaman, jalan dan lorong, segala bagai pokok-pokok  juga apa sahaja yang terdapat diluar semuanya menjadi putih, pandang kanan dan kiri putih, depan-belakang pun putih atas dan bawah juga putih ... ceria jadinya sempena sambutan perayaan ini, berbunga-bunga rasa perasaan dianugerahkan keindahan yang semulajadi dariNya, syukran.




lundi 19 décembre 2011

Pujaan selera .. Japanese CCC, oishii !

| | 3 commentaires

CCC ini begitu lembut lagi halus lunak, gebu dan ringan sekali. Sediakan lagi sekali dengan alasan, beberapa hari ini crème mascarpone akan  hampir tamat tarikhnya maka itu sediakan sebagai pembuka minggu per-1 sempena cuti sekolah perayaan diakhir tahun 2011 ini.  







Sediakan juga CCC berbijian chocolat noir untuk menambat selera Anakanda semua, dan verdict-nya Nicolas juga princess Elisa begitu adore ... suka teramat sangat-sangat! Malangnya tidak kesampaian dipaparkan disini kerna hanya tinggal sehiris sahaja!



CintaJL dan princess Elyne Gabrielle masih tidak sudi trigin merasai ini CCC, berpendapat cake ber-cheese begitu bizarre! Walau-pun sudah diterang kan dengan terang-benderang bahawasanya cake ini sudah diubah suaikan bahan ramuan utamanya yaitu menggunakan crème mascarpone bukan Philadelphia cream-cheese
namun masih menolak penerangan yang sia-sia tidak diendahkan itu!


Gimana pun senang hati kerna dari sekarang tidak lagi sendirian ketika menjamu manisan yang super-méga-ultra yummy ini!



Oishii ... maksudnya yummy delicious!



Photo ini, .....



Princess Elisa adore photos yang dua ini!





Les Papillotes de Noël/chocolate bonbons ada lah salah satu manisan kemestian ada dimeja ketika perayaan noël/christmas dan tahun baru dimana chocolate bonbons ini di baluti dengan kertas berwarna "flashy" dan dibahagian dalam kertas tertulis apa sahaja soalan teka-teki atau cerita pendek yang begitu kelakar sekali  atau disebaliknya! Juga diselitkan sekali mercun tarik dimana bunyi letupan mercun ini begitu berdesing si-anak kuping teliga!



Les papillotes ini dari Chocolatier&Pâtissier Cassandre empunya Ratu D Grenoble, setiap tahun pasti ada  kemestian gitu, méga yummy semuanya buatan dengan chocolat Valrhona.


Panjang kata, semalam dihari minggu begitu lengkap harinya kerna dapat menikmati manisan Japanese CCC lagi sekali, bagi mengindah-lengkapkan suasana dianugerah dengan turunan salji yang putih suci bagai umpama dikayangan!


dimanche 18 décembre 2011

C'est tout blanc dans le jardin! Putih suci.

| | 5 commentaires

Bersalji lagi hari ini, lapisan salji agak tebal dan dari tingkap kelihatan salji diatas daun-daunan juga dahan pepohon pokok pine juga apa sahaja pokok-pokok yang ada terdapat ditaman halaman, adore dengan gambaran suasana anugerah nature betapa cantik-nya pemandangan disekitaran taman halaman penuh diselaputi putih es salji  bagai umpama taburan mouse chantilly yang lembut gebu ... se'olah dikayangan serasa-nya perasaan dipagi minggu yang senyap sunyi ... syahdu sekali suasana keadaan disini.



Gambaran salji sedang turun ...


Pokok Buis.


Pintu gate ketika salji sedang turun dengan lebatnya!




Lapisan salji lebih tebal hari ini jika dibandingkan dengan lapisan semalam. Halaman dihadapan tepi rumah.








Halaman tengah dan bahagian belakang rumah.


Buah-buah houx/holly.


Sekuntum mawar merah ........


Daun-daunan pokok pine diselaputi oleh salji nan putih suci.





Kayu-kayu juga.


Pokok bonsai Japanese Maple.


Pokok bonsai Orme/Elm.


Lierre/ivy.


Pokok apple masih berbuah merah meranum di-taman jiran sebelah, clip clap snap dari tingkat atas yaitu didalam bilik-mandi!

Pokok Tilleul.

Pokok houx/Holly berbuah rimbun kali ini. Bertompok-tompok salji turun melayang-layang lembut.


J'adore ...


Tiang pengawal gate berbuah pomme de pin.









Dari kawasan tanaman potager, kelihatan pokok artichaut/artichoke bersalji penuh diatas dataran dedaun-nya.


Honey Aristocat menemani si-BintangJauh semasa sibuk me-clip clap snap sana dan sini, lantas Honey Aristocat juga wajib bergambar!

Jelita!


Buah-buah apple yang ber-saiz mini.












Adore terhadap photo ini.


Bird-feeder bersebelahan dengan tree house diatas pokok Tilleul dibelakang halaman, Voilà!

Seharian salji turun sayangnya tidak kekal didataran tanah kerna selepas salji berhenti hujan pula, disambungi dengan turunan salji lagi dan lagi tidak berhenti-henti. Ada ketikanya flocon de neige/cebisan salji begitu besar sekali maka itu mengambil peluang me-clip clap snap photos ketika sedang deras turunnya, suasana ketika itu begitu indah lagi tenang sekali.