Semasa menghantar princess Elyne Gabrielle ke bus stop diawal pagi tadi, pabila langkahan per-1 telapak kaki terbenam lembut lunak serasanya, rasa perasaan dianak hati berbunga-bungaan kembang dengan cemerlangnya sampai begitu sekali ungkapannya membayangkan gimana Anugerah dariNya yang maha Kuasa tiada tandingannya!
Mengapa adore dengan suasana adanya salji? Karena setiap dimusim sejuk suasana cahaya yang kelabu boleh menukarkan rasa perasaan menjadi murung lagi monyok, maka itu pabila salji turun rasa perasaan terus serta merta menjadi ceria dengan keindahannya seolah itu lah penawar yang terpaling mujarab walau pun terdapat masa'alah yang tidak boleh dielak kan seperti pintu gate tersekat, laluan jalan harus dibersihkan dari ketebalan lapisan salji juga kenderaan dibawa harus perlahan seperti sang kura-kura walau pun tayar kereta sudah ditukar kan ke tayar khas buat sepanjang semusim sejuk-salji dan selanjutnya dimana banyak lagi pelbagai kerumitan yang sedia diterima dengan sejahteranya.
Ketika menulis ayat-ayatan ini salji masihi sedang turun dengan deras lagi lebat sekali, jadinya harus ditunggu berhenti sebelum keluar ke taman halaman bagi agenda me-clip clap snap photos scenery/image disekitaran kampongulu ini. Hari ini akan berjalan keluar meneroka disekitaran kampongulu sehingga di hujung jalan dimana terdapat kawasan tanah pertanian yang luas seluas besar alam semesta.
Seperkara lagi, pabila semuanya menjadi putih, cahaya disekeliling bertukar begitu terang cerah menyerlah menyilau kan anak mata memandang dan didalam rumah juga menjadi terang benderang gitu, menakjubkan lagi rasa perasaan karena ini adalah sinaran semulajadi, iya ... adore sekali dengan sinaran putih bersih suci dariNya, Syukran!
Setiap kali salji turun menebal ditaman halaman, Honey Aristocat begitu suka berada diluar rumah meneroka kawasan sekelilingnya. Jelita lagi comel wahai Honey Aristocat ku ...!
Bergegas cepat dengan rupa paras yang garang ... ternampak sekumpulan sang burung-burung sedang mencotok apa sahaja makanan diatas dataran tanah, Maka itu gayanya yang terburu-buru mahu cepat gitu.
Di-pinggiran anak tangga dihadapan rumah sedang menyaksikan gelagat sang burung-burungan sebok mencotok makanan dengan pandangan yang mengasyik kan sekali!
Voilà! Comel cenonet sayangnya photo ini di-zoomkan dari tingkap jadinya tidak begitu jelas lagi lagi sang burung asyik bergerak tanpa berhenti mencotok-cotok!
Photo ini (tiang pengawal gate) juga di clip clap snap dari tingkap ketika salji sedang turun dengan lebatnya sehingga lah disaat ini masihi turun ...
Di clip clap dari tingkap bilik bacaan/library, kelihatan taman halaman jiran sebelah, rumah kecil itu ialah bekas rumah belaan se'ekor anak anjingnya tapi kini sudah pergi ... sebagai kenangan itu lah tinggal hanya rumahnya.
Dari balkony tingkat atas dibilik tele, balustrade diselaputi oleh salji putih bersih, indah sekali!
Angle dari tepi, kok tersenget-menget jadinya photo ini takut camera terkena cebisan salji, makanya ...
Dari salon/ruang tamu, kelihatan turunan salji dari tingkap.
Gambaran dekat, kelihatan dot dot dot salji.
Dari tingkap-pintu didapur.
Dari salle a manger/ruang bilik makan mengadap terus ke-gate hadapan rumah.
Setakat ini saja apa sahaja yang boleh dipaparkan, photos yang diambil hanya dari dalam rumah kerna salji tidak mahu berhenti lagi, jadinya nantikan dahulu pengambilan photos dikawasan pertanian dihujung jalan, Insya'Allah jika salji berhenti akan pergi keluar acara me-clip clap fasa seterusnya.
Akan bersambung ..................!

















































