mercredi 29 février 2012

Le Perce-Neige/Snow-Drop dans Le Jardin, petanda dihujung musim sejuk...

| | 8 commentaires

Voilà... sudah kembang-mengembang itu tumbuhan bunga Le Perce Neige dimana tahun ini menjelma keluar agak lewat dengan alasan cuaca suhu begitu sejuk-dingin sekali dari bulan January sehinggalah minggu lepas, tetiba... suhu cuaca naik menjulang seolah dimusim bunga gitu... diluar taman halaman ketika me-clip clap snap photos udaranya begitu nyaman lagi indah sekali dengan sinaran mentari... serasa badan sudah ringan tidak perlu berpakaian-baju tebal ber-wool kini sekadar cukup ber-cardigan sudah memadai.



Tetiba, terdengar bunyi serupa begini bzzz.. bzzz... gitu, terus menoleh... la... sang lebah sedang mencari manisan madu!



Harus pantas ketika me-clip clap snap ke-arah sang lebah ini karena bergerak-terbang tanpa berhenti dari bunga ke bunga, sayangnya photo ini bergerak sedikit, degil mahu juga dipaparkan...!




Sekumpulan kelompok tumbuhan bunga perce neige/snow drop, walau pun kecil comel cenonet namun cantik berkumpul bersama.




Seterusnya photos sudut dan posisi berlainan...














Yang ini namanya...? Crocus! Terdapat pelbagai warna yaitu warna kuning, putih, merah, jingga garang dan lembut pastel, jingga berbelang-belang putih juga jingga merah jambu. 



Tumbuh dengan sendirinya dan merebak merata sesuka hatinya!




Yang ini sendirian ditengah halaman, kasihan...





Voilà!





mardi 28 février 2012

Les rideaux pour interieur, langsir... oh langsir...

| | 12 commentaires

Jika mengungkap kembali alkisah mengenai langsir boleh jadi lemas dan rimas gitu. Bermasa'alah sungguh! karena CintaJL tidak berkenan-suka terhadap kain ber-ela ela panjang terjuntai bernama langsir tersidai-gantung ditingkap.

Semasa menetap dibandar Grenoble, tingkap-tingkap yang ada lama terbiar tanpa sepasang langsir pun, serasanya tidak lengkap lagi sempurna jika bingkai-bingkai tingkap tersebut tidak dihiasi dengan kain yang dipilih terpasang-sidai menyeri-serikan suasana didalam rumah namun katanya jika trigin-kepingin juga diberi syarat-syarat mengikuti-kehendak citarasanya yakni kain langsir itu tidak berbunga-bunga terutama sekali cetak-floral motifs yang besar dan berwarna garang atau pastel, warna semestinya lembut dan natural dan jenis kain itu seharusnya jarang, nipis, lembut dan corak-cetak motifs sebolehnya sederhana atau semahunya kain kosong sahaja... gitu kehendak nalurinya!

Setelah bertahun-tahun mencari kain "terpilih", akhirnya tahun ke-5 perkahwinan baharu terjumpa kain yang mengikuti standard yang disyaratkan itu. Sehingga Ratu-Ratu semua begitu hairan lansong tidak hairan mengapa dan kenapa begitu lama-berkurun sanggup menanti hanya kepada yang "terpilih" itu!

Kasihan... langsir yang dipilih sebagai langsir"terpilih" itu melipat-gandakan $$$ kepada keseluruhan empat pasang langsir buat diruang tamu, terus terbisu namun dipersetujui dengan handsome caranya terus berkata "oui, bien sur..." dan langsir tersebut sekarang dipasang-sidai dikamar-bilik boboknya si-BintangJauh semenjak berpindah menetap dikampongulu ini.

Dan sebagai gantian buat diruang-tamu, CintaJL memberi 200% sepenuhnya kepada si-BintangJauh karena berjanji kali ini adalah pilihannya si-BintangJauh tidak mahu masuk-campur diatas urusan langsir lagi... jeran katanya!

Sepulang ke-tanahair terus mencari-selidik langsir yang sekurang-kurangnya adil di-antara citarasa si-BintangJauh dan CintaJL akan berkenan-suka bersama dan Alhamdulillah... suka sekali katanya, walau pun sarat dengan sulaman dihujung kaki kain langsir namun serasi sekali karena warnanya yang lembut lagi natural, nipis-jarang... "quoi ... comment"!!!... kain untuk pengantin permaisuri sehari...! gitu alkisahnya...




Kain langsir terpaksa ditambah-tambah dimana bahagian dibawah dijahit-sambung dengan kain kosong sebanyak 3meters 35cm panjangnya maka itu kelihatan jahitan sambungan kain kosong dengan kain bersulam.




Adore dengan sulaman details.



Semasa ditanah-air seisi keluarga Sisbesar, Sisbungsu juga IbuAndong tersedak-sedak si-anak tekak pabila dimaklumkan latar-belakang kain-ela ini.



Berkenan-suka sekali terhadap kain ini karena ianya tampak lembut tanpa meresahkan rasa perasaan pabila dipandang-lihat walau pun bersulam-sarat dihujung kakinya langsir.



Entry semalam, photos yang dipaparkan dimana sebuah meja beralas dengan kain langsir ini, caranya hanya dekatkan meja berhampiran tingkap dan selimut-alaskan meja tadi sebagai hiasan penambah seri, voilà!









lundi 27 février 2012

Ile Flottante (pulau terapung) or Oeufs à la Neige.

| | 4 commentaires

Dessert manisan ini ada lah salah satu manisan klasik ditanah Peranchis dimana dikebanyakkan Brasseries, Bistrots, restaurants juga traiteurs akan tercatit-catat didalam kertas menunya, kemestian gitu!


Sebagai dessert manisan kegemaran Anakanda semua juga CintaJL dimana beliau lah yang menunjuk-ajarkan gimana menyediakan île flottante karena dessert manisan ini ada lah pujaannya, adore sekali. Semenjak sudah tahu lagi ngerti gimana menyediakan dessert manisan ini lantas CintaJL pun terus pencen ...!





Ini lah île flottante/oeufs à la neige saki baki semalam, buat princess Elyne Gabrielle sepulang dari sekolah lewat petang ini.




Sauce-kuah crème anglaise ber-vanilla bean, cream/crème fleurette, susu segar, gula putih juga sedikit gula perang, telur kuningnya sahaja juga secubit garam, dimasak seperti menyediakan custard.



Adore photo ini.




Ini juga, makanya berulang-ulang kali ...




Yang ini sebelum dimahkotakan dengan caramel, putih telur dimasak seperti merebus jangan menggelegak campuran air juga susu didalam periuk mahunya berapi lembut jadinya telur tersebut tidak akan terpecah-burai karena lembut-lunak fragile umpama awan dilangit. Telur dipukul dengan electric-mixer dengan secubit garam jika suka boleh bubuhi sedikit gula tapi si-BintangJauh tidak begitu karena sauce-kuah crème anglaise sudah cukup sempurna manisnya.



Kelihatan dengan jelasnya biji-bijian vanilla didalam sauce-kuah crème anglaise.




Sayangnya anak-bujang Nicolas tidak dirumah, sudah diGrenoble jadinya bekalkan sekali buatnya, kalu boleh jadi monyok sedih gitu ...




Caramel pula, gula putih dimasak tanpa air pabila sudah sebati larutnya gula yang bertukar warna menjadi perang-keperangan emas, nantikan dahulu suhu caramel menurun baru dibentuk seperti sarang si-twit twit sang burung atau mengikut citarasa artistik masing-masing.




Voilà, zoom dekat gimana rupa-parasnya île flottante ini dimana kejadian bentuk sarang burung caramel kurang memuaskan hasilnya harus pelajari cara techniques-culinaires yang sebetulnya dimana ayunan tangan ketika membentuk caramel seharusnya cekap tidak kekok namun si-BintangJauh masihi ditahap baru berlajar maka itu tahapnya hanya "mention passable"!




 

dimanche 26 février 2012

Tomates Farcies Persillées au Boeuf, tomate sumbat berinti-persil daging.

| | 2 commentaires




Se-mangkuk tomates segar merah meranum sebagai hidangan hari ini bersamaan hari terakhir berakhirnya cuti sekolah yakni cuti musim sejuk. Manisan pula ialah îles flottantes/oeufs à la neige berkuah crème anglaise juga caramel permintaan dari princess Elyne Gabrielle bagi menamatkan cuti sekolah dengan dessert manisan pujaannya.



Tomates yang telah digali keluar isinya sebelum disumbat-intikan dengan bahan ramuan daging ber-persil.



Tomates farcies bersumbat daging ini ada lah salah satu makanan kegemaran seisi keluarga dan sering dipinta-rayu supaya diperkenankan, makanan yang lengkap ini adalah makanan khas dimusim panas selain buah tomate, courgette/zucchini de nice berbentuk bulat, capsicum pepper juga  bawang merah ber-saiz besar yang boleh digunakan dimana pilihan kandungan bahan ramuan sebagai intinya terpulang kepada citarasa masing-masing, apa sahaja bahan ramuan boleh dipelbagaikan seperti daging lembu, daging kambing, daging ayam, campuran segala bagai sayur-sayuran yang serasi diantara satu sama lain juga berinti sumbat dengan cheese ber-"crumble topping" kekacang walnut, almond atau hazelnut, yummy sekali!



Tomates farcies si-BintangJauh pula mengikut bahan ramuan klasik, berdaging lembu, bawang merah dan échalote, bawang putih, dirasakan dengan segengam dedaun persil, voilà! senang sekali.



Ketika menyediakan tomates farcies ini sudah lewat petang (seharian menyediakan makanan untuk bekalan buat Anakanda diGrenoble) maka itu setelah siap lengkap dimasak didalam oven sudah menjelang makan malam jadinya tidak kesempatan me-clip clap snap photos pabila keluar dari oven lagi-lagi cahaya mentari yang semulajadi sudah terbenam ... lansong paparan entry ini, terminal tamat sampai disini sahaja!




Honey Aristocat bersenang-lenang ...

| | 3 commentaires

Lagak-gelagat karenah Honey Aristocat ketika dibilik bersantai yaitu tvroom. Photo malam semalam ketika sedang menengok tele dan Honey Aristocat akan senantiasa berada disisi seisi keluarga, tidak suka bersendirian gitu ...  lagak-gayanya tersidai diatas canapé/sofa dengan tangannya terjuntai kebawah, comel sekali!



Yang ini baru di clip clap sebentar tadi, kelihatan Honey Aristocat dengan gelagat posisi manja jika begini kelakuannya petanda sudah mahu bobok-tidur selepas makan tengah'hari dan akan bangun pada jam 5 petang nanti.




Voilà ...! sudah bobok-tidur ...



samedi 25 février 2012

Buah Tangan, trésors du chocolat ...

| | 2 commentaires




Sepulang dari St Etienne selepas sudah menziarahi Maman&Papanya, CintaJL pulang dengan berbekal kan se-bag yang élégant&chic berisi kandung chocolat sebagai buah tangan, penawar di weekend yang comot ini, cuaca mendung berlangit kelabu!

Di St Etienne terdapat sebuah kilang perusahaan chocolat yang ternama sekali yaitu Weiss dimana dikawasan yang sama setempat terdapat sebuah boutique menjual segala jenis chocolats-nya, selain dari jenama Valrhona juga Barry Callebaut, jenama Weiss juga ada lah chocolat yang begitu sublime dan pilihan aromas-nya juga dengan pelbagai saveurs yang begitu sukar dipilih, pada keseluruhan, ciptaan chocolat yang unik dari segi tahap aromas+saveurs dari Maison Weiss ini  dimana rasa-kerasaan "exquis" boleh terumbang-ambing jadinya selera!




Sekotak Batons Crème fondant à la vanille/vanilla creamy fondant yang berinti vanilla cream yang lunak sekali, juga tablets grand noir juga assortiments de chocolats kegemaran Anakanda semua.




Seperkara lagi begitu adore terhadap chocolats dari Grand Maison tersebut karena bag-bag yang ber-image chic à la française ini begitu menambat hati dimana bag kertas yang bermutu tinggi dengan ketebalan kertas itu, ber-ribbon satin juga adunan warna yang seiring dengan latar belakang bagi setiap image La Maison du Chocolat yang berunsur "luxe" itu. Bagi kepada "grand connaisseurs" chocolats sememangnya satu kemestian pembelian ini menjadi satu agenda yang tidak dipersoalkan lagi.

Voilà!


Bon week end à tous!


jeudi 23 février 2012

Warisan Masakan Moyang.

| | 2 commentaires

 Jelita, ingat dan terapkan senantiasa didalam diri bahawasanya pabila sudah bertaraf menjadi seorang isteri sebolehnya bijaksana memasak apa sahaja dan jalani lah kerjaan tugas itu dengan sebuah jiwa yang sedang bermekar umpama si-bunga tanjung harum jelita putih berseri ... terkebil-kebil si-anak mata cubai memahami isi-kata yang berbunga tanjung itu? anak dara sunti umpama sekuntum bunga harus dipuji, sambungnya Moyang dengan nada suara nan lembut bagai berbisik-bisik halus ... begitu bahasanya senantiasa halus lagi anggun ... diantara salah satu pesanan darinya Moyang pada setiap masa ketika sedang menyediakan hidangan harian, tidak kira kepada manisan atau apa sahaja jenis masakan akan diselitkan dengan pesanan nasehat yang teramat sekali kuhargai umpama khazanah warisan budaya melayu yang kujunjung tinggi!

Ada yang bertanya mengapa paparan hidangan tanpa resepinya sekali, bukan tidak mahu berkongsi bersama dengan para bloggers semua atau apa sahaja alasan-nya, asas muka diri blog ini ada lah mengenai perjalanan harian si-BintangJauh dan hidangan masakan yag dipaparkan hanya sebagai penyeri blog ini, itu sahaja.

Jika ada permintaan terhadap satu masakan itu, iya diperkenankan terutama sekali kepada manisan karena sukatannya sudah pasti lagi tepat. Manakan masakan melayu dari tunjuk-ajarnya Moyang bermasa'alah sekali karena sukatan bahan ramuan/bumbunya dikira mengikut "common sense" dijalin dengan "feeling" juga pabila sudah digaram secukup mengikut rasa baru diulas kupas kembali mengapa masakan itu ada kekurangan yang tercicir, contohnya, petua dari Moyang mengenai gulai-menggulai bersantan kelapa ialah jika bau gulai itu terhidu maung maksudnya terlebih bawang putih atau halia lantas dilain kali sudah ngerti mengapa atau kenapa soalan itu.

Maka itu begitu sukar bagi Ratna menunjuk-ajar resepi masakan melayu tulen diatas sebab musabab tersebut. Gimana pun akan Ratna cubai seupaya yang boleh jika bahan ramuan yang di-nyatakan kurang sesuai serasi dengan selera para bloggers semua, kemaafan maha keampunan Ratna pintai.






Rendang Serunding Daging

1kg 500 gm daging
3 biji bawang merah besar
12 biji bawang merah/echalottes kecil
5 ulas bawang putih
segengam cili kering - direbus empuk
2 jari lengkuas
 1 jari halia
5 serai
3 helai dedaun kunyit muda
2 setengah sudu besar serbuk ketumbar
1 setengah sudu besar serbuk jintan manis
200 gm krisik kelapa
3 biji santan kelapa
sedikit air asam jawa
Garam dan gula merah melaka secukupnya mengikut rasa
Sesenduk minyak untuk menggoreng bumbu. 


Daging lembu dihiris nipis. Dedaun kunyit muda dimayang sederhana halus. Serai gunakan bahagian bawah yang putih sahaja bahagian atas yaitu kepala di titik kasar. Kisar rebusan cili kering, dan kisar kesemua bahan bumbu ramuan, panaskan minyak didalam kuali berapi kecil dahulu, humban kan 2 setengah sudu serbuk ketumbar juga sesudu setengah besar jintan manis goreng selama semenit terus humban kan kisaran cili kering, serai dititik berserta sekali bumbu kisaran. Goreng bumbu ramuan sehingga naik harum baunya lantas dibubuhi perahan santan kelapa (cara Moyang ialah masak kan dahulu perahan santan kelapa sehingga menjadi pekat-sepekatnya yang dipanggil "tahi minyak" lantas dicampurkan dengan bahan bumbu ramuan yang telah digoreng sewaktu dengannya, cara ini terpulang kepada sesiapa yang trigin mencubainya) dan gelegak kan kuah di-api yang kuat lagi garang sehingga peringkat pekat baharu diperlahan lembut api dan humban kan hirisan daging juga curah kan air perahan si-asam jawa, ditahap ini semestinya didepan kuali dengan setianya karena harus dikacau senantiasa takut berkerak kuahnya jika dibiarkan lama sebegitu sendirian. Jika citarasa selera senang dengan rendang serunding berkuah pekat tamat kan masakan dan jika senang secara tulen yakni kering, iya teruskan masakan, di-akhiri dengan taburan krisik kelapa juga dedaun kunyit muda kacau-sebati kan dan kuali tutupi rapat dengan penutupnya supaya dedaun kunyit tadi meresap harum aromanya didalam rendang itu,  oops jangan lupa digaram dan gula merah melaka secukup mengikut rasa, voilà!

Petua dari Moyang untuk menghasilkan rendang yang manis natural ialah sekilo daging/daging ayam = 2/3 (mengikut saiz nya) biji buah kelapa perahan santan.  
Selamat mencuba.



Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana lah dapat jangan lah lupa


mardi 21 février 2012

Rendang Serunding Daging Ber-Pulut kukus.

| | 13 commentaires

Kepingin-trigin merasai masakan tradisi Melayu yang sejati ini, walau pun banyak bahan ramuan tidak dapat menetapi resepi-origin setulen nan unggul namun disediakan juga demi mengikuti kemahuan-kehendak selera yang sekian lama dipendam bagai gurindam rasa, bebas sebegitu pabila selera memanggil-menyahut supaya diperkenankan!


Dengan semangat sepenuh kudrat, diawal pagi sudah didapur ... rendamkan dahulu beras pulut berserbuk kunyit, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, serai, cili kering direbus lembut, kelapa sebagai krisik disalai sehingga wangi, serbuk ketumbar + jintan manis, asam jawa, gula merah, perahan santan kelapa, sayangnya ..tidak punyai dedaun kunyit, kesemua bahan bumbu-ramuan dikisar halus juga sederhana kasar dibahagi dua begitu katanya Moyang bertambah naik keharuman juga rasa rendang serunding itu.





             
Rupa paras rendang serunding ini tidak serupa sama dengan serunding daging yang direbus empuk lantas disiat-siat halus dan bahan bumbu-ramuan dimasak sehingga kering, sememangnya disengajakan karena seisi keluarga lebih senang dengan rendang yang berkuah basah dan daging di hiris kecil lagi nipis tidak berapa tebal gitu kurang liatnya ... cara rendang serunding ini diubah suaikan aka menderhaka demi mengikut kehendak citarasanya seisi keluarga maka itu rupa paras rendang serunding ini lari dari rupa-paras yang asli itu.





Warna pulut agak kepucatan pudar sebagai syarat berwarna kuning sebegitu sahaja karena seisi keluarga tidak serasi dengan apa sahaja beras menjadi nasi berwarna terang maka itu berwarna kuning air sahaja kalu terlalu terang garang boleh terkejut seisi keluarga semahunya nasi dibiarkan berwarna asal lagi natural.




Jika di-ikutkan citarasa yang sebenarnya selera lebih senang dengan rendang cara Minang yang tulen itu, untuk menukar selera makanya sediakan  rendang serunding ini begitu diselang-selikan jadi berlainan tidak bosan dan jemu dengan cara masakan yang serupa senantiasa.


 

Ketika photo di-clip clap snap, suhu cuaca diruang makan agak dingin jadinya bumbu kuah rendang serunding membeku keras ... kelihatan jelas minyak santan kelapa terus mendap tidak berkilau menyerlah seperti sediakala.




Hirisan dedaun pandan melilit disekeliling dindingnya pulut, dedaun limau purut di-atas dataran rendang serunding daging juga sebagai penyeri ber-mahkota dengan sekuntum bunga kantan yang disimpan didalam freezer umpama harta karun yang teramat berharga sekali, hanya digunakan pabila rasa kerasaan terhadap masakan itu tidak boleh dibendung-bendung kan lagi, baru dirasmikan ...... voilà!










samedi 18 février 2012

Gourmands et Gourmets de Grenoble.

| | 5 commentaires

Savoir faire artisanal Peranchis sememangnya tidak disangkalkan lagi dimana skill kemahiran technique cara menyiapkan satu ciptaan itu diperlakukan dengan ketelitian yang begitu "rigoureux/exact, srtict" sekali.

Gateaux cake ber-saiz mini ini dibeli diGrenoble semalam oleh princess Elisa dari Pâtisserie fine yang terpilih dimana hasil buatannya amat dihargai bagi "connaisseur" disini.




Sayangnya tiga Pâtisseries tidak dapat dibeli karena holiday musim sejuk selama 2 minggu, jadinya yang terpaling 'haute couture" cakes-nya hanya dijual pada hari Sabtu sahaja, dari Ratu D pula tutup sempena winter holiday selama seminggu dan yang terakhir pula agak jauh jadinya hanya dari dua Pâtisseries ini sahaja yang dapat dibeli dimana tahap pencapaian keseluruhan hanya satu A sahaja ! AAA (tripal A) dilain kali, entry seterusnya.



Hari ini tidak akan menyediakan manisan sebagai minum petang dengan adanya manisan dari Grenoble akan berminum petang bersamaan gâteaux cakes sekecil comel ...




Yang ini ber-saiz sederhana besar, macaron au chocolat ber-ganache chocolat + orange juga marmalade orange.





Seterusnya individual photo-photo yang diambil clip clap façon zoom!














Cara klasik.



























Cara arty berserabut ... gitu!


















Ketika photo-photos di-clip clap snap dipagi tadi sinaran nurcahaya mentari bersinar dengan gemilangnya, maka itu kelihatan bayang-bayangan photos tersebut, walau pun tidak serupa kerjaan seorang professional, namun senang sekali dengan kejadian yang semulajadi terhadap photos semuanya, tampak natural ... gitu ya.

Voilà!