Sekumtum bunga Iris berwarna taupe kembang dengan mekarnya bergaya anggun...
Semalam, hari Jumaat CintaJL sampai tiba sepulang dari kerja awal... kok awal kali ini! Sambut didepan pintu, tersenyum malu kononnya... walhal gumbira... sangat-sangat! Dengan handsomenya terus memberi ciumankasih disepasang pipi BintangJauh (tradisi disini Peranchis, pasti muah muah gitu),
tetiba... kelihatan jiran sebelah ada ditaman halaman-nya menegur bertanya khabar... pasangan dua sejoli terus menuju ke-arah jiran Madame D dan berbual mesra itu dan ini seperti biasa topiknya pasti mengenai taman halaman= tumbuhan juga bunga-bungaan yang sedang bermekar kembang, setelah semua topik habis dicungkil sana dan sini diakhiri dengan ucapan yang seperti biasa diucapkan sebagai menamatkan perbualan yaitu "bonne soirée/have a good evening".
Setiap kali pulang CintaJL pasti terus ke-dapur... kalu ada apa sahaja yang boleh dijamu ketika itu, yang ada cuma beberapa lebihan saki baki crêpes untuknya yang Bungsu juga itu Gâteau cake ber-marmalade trio citrus, suspense... bertanya terus nama Gâteau cake tersebut tanpa berlengah berterus terang bahan ramuan yang ada didalam Gâteau cake... belum lagi sempat tamat penjelasannya terus menjawab "non, merci...!" alang tu... si-BintangJauh pun terus bermuncung bibir ala Angelina Jolie dan CintaJL terus menuju ke-arah Honey Aristocat yang sedang bersenang lenang diatas cushionnya dengan gaya manja yang mengada-ngada karena tahu CintaJL dengan gaya yang handsome akan membelainya .....
CintaJL naik ke-atas... si-BintangJauh pula memotong sehiris Gâteau cake itu dan panas kan 10 saat di-microwave dan memanjat tangga naik ke-atas mencari CintaJL, buat buat makan ngap itu Gâteau cake didepannya dan bersuara "mahu cuba gimana rasanya..." CintaJL memandang tepat dengan pandangan hairannya bilamasa tidak suka, kerat kan sedikit terus suap kan ke mulutnya umpama menyuap kan anak terus CintaJL berkata " ce gâteau est vraiment délicieux/this cake is really delicious"... dengan adingan yang tidak disangka-sangka kan sehiris Gâteau cake itu habis di-ngapnya! Si-BintangJauh serasa seperti bermimpi dipetang sore nan indah... kelihatan bintang-bintang bertaburan dengan kerlipan lip lap lip lap dimata hati serasa begitu tidak percaya apa yang telah didengari juga yang disaksikan... dan kini boleh diumum kan dengan sejahtera bahawasanya CintaJL sudah lembut seleranya berdamai dengan manisan Anglo Saxon origin itu dimana selama ini begitu payah untuk merasainya! Dan dari Hari semalam yakni bersamaan harinya Jumaat... sedari dari sekarang tidak akan sendirian lagi ketika menjamu Gâteau cake ini...
Epilogue:
Selepas makan malam, sebagai manisan dessert CintaJL ber-dessert kan si-Gâteau cake marmalade lagi... hoorayyyyyyyyyy...!
Percaya lah...
Seterusnya,
Peragaan gambaran photos kembangan bunga-bunga Iris yang cantik sekali... di clip clap pada awal pagi tadi.
Sekelompok tanaman Iris ditepi anak tangga hadapan halaman.
Seterusnya gambaran photos bunga-bungaan Iris dari berlainan sudut juga posisi.
Voilà!
Dan seperti biasa... peneman nan setia beraksi dengan megahnya berwajah iras sombong lagi selamba bersenang lenang duduk ber-cushion diatas dataran rumput sambil memerhatikan gelagat aksi si-BintangJauh...
Hari ini yakni Sabtu, telah diramalkan ber-nurcahaya mentari dan suhu naik petanda panas sekitaran 27°C!
Selamat berhujung minggu bersama seisi keluarga.

























































