jeudi 31 mai 2012

Siapa makan gula mengapa terasa pedas!

| | 20 commentaires




Peringatan kepada barangsiapa yang berolok-olok disebalik tabir blog dengan menggunakan ayat-ayatan hikmah bagi memputar-belitkan pertimbangan sesiapa yang senang termakan-pujuk oleh penulisannya yang berbunyi seakan "dia lah" sahaja yang tahu dan ngerti perasaan hati orang lain, hanya "dia lah" sahaja yang memahami arti persahabatan walhal itu hanya untuk menarik perhatian supaya dianggap "dia lah" yang berjiwa halus & mithali, dan hanya lah "dia" yang selama ini tidak kisah dengan apa juga karenah yang remeh temeh sehingga pengorbanan bersusah payah itu semestinya dicanang kompangkan!





Yang hairannya... iya hairan sekali, kok ramai yang terjerumus percaya bulat sebulat dunia nan luas ini oleh penulisannya yang bertaraf palsu itu...lantas meng-iya kan setuju dengan akurnya... menjadi kan hanya "dia lah" seorang yang berhati perut bertaraf mulia lagi punyai perasaan yang murni, benar kah murni pabila dikaji dengan sedekat logik bahasa penulisannya itu semata-mata untuk mem-famous kan dirinya secara murah!



Serasa trigin kepingin berhenti menutup mengundur diri sahaja dari ber-blogging namun... wajar kah hanya beralasan begini hanya sekadar karenah-karenah sekelumit orang-orang yang bertopeng muka-wajah palsu juga berupa kepala Medusa!!! Sesungguhnya diri ini tidak mahu ditempiaskan atau termasuk didalam golongan lingkungan mereka-mereka yang bersubahat atau bersekutu itu walau pun tahu lagi ngerti diri ini tidak ada kena mengena dengan orang-orang tersebut yang kerjanya asyik memuji diri sendiri, berbangga secara automatik dan perasan sepenuh 24 jam sepanjang 365 setengah pusingan hari menjadi genap setahun!!!


Kasihan... belas kasihanku kepada sahabatku yang menjadi mangsa keadaan...


Si-BintangJauh kecewa dan murka sesungguhnya.......




mercredi 30 mai 2012

Peragaan petikan yang per-1

| | 8 commentaires

Se-awal pagi... sekitaran jam 5 subuh, Honey Aristocat masuk dengan sepandainya membuka pintu kamar bilik boboknya si-BintangJauh, ber-meow meow lembut terus tersedar dari bobok bertanya kepadanya "iya apanya kena dengan kucingku Honey..."



Tidak kesampaian hati terus bangun lantas Honey Aristocat serta merta datang menghampiri BintangJauh dengan aksi manjanya, ya ampun ! rupanya sudah lapar... meminta dilayan seleranya yang kebuluran...



Selepas sudah memberi makan kepada kucingku si-manja-manja itu terus keluar menuju arah ke-taman halaman... seperti selalu, itu lah ritual-nya!




Se-cawan kopi memadai, berfikir sejenak... apa kah yang harus dilaku kan dahulu diawal pagi yang sudah bermentari jernih menjadikan rasa perasaan gemilang cemerlang karena ngerti bahawasanya hari ini tidak akan hujan petanda boleh sahaja lama dikawasan Potager/sayuran...

Selepas selesai sudah acara mecangkul dan mengembur selama 2 jam terus menerus dengan acara petik memetik pula... petik apa kah gerangannya itu BintangJauh?

Buah strawberryyyyyyy.....!




Hasil per-1, petikan per-1 secara banyak walau pun yang Bungsu sudah merasmikan dahulu namun hanya dipetik untuk dirinya sahaja... kali ini dipetik sebagai snack buat petang ini semahunya yang Bungsu.





Gariguette meruncing lonjong bertindih-tindihan bersama Charlotte yang bulat melebar bentuknya.





Alhamdulillah... Syukran kepadaNya yang maha Pemurah.






mardi 29 mai 2012

Hampir sempurna...

| | 10 commentaires

6 tahun nan lalu... ketika melawat buat per-1 kalinya rumah kampongulu yang setengah uzur ini terus tertambat hati dengan kawasan khas tempat bercucuk-tanam/Potager yang terletak nun dihujung belakang halaman dan disitu lah apa sahaja bernama sayur-sayuran boleh semahunya ditanam. Juga terdapat sebuah reban untuk ternakan yang berkepak-kepak dekat sahaja dengan kawasan Potager dimana terdapat sebuah kolam kecil berbentuk oval buatnya sang itik berenang-renang kuak sedikit sebagai syarat dek saiznya yang kecil cenonet juga sebagai takungan air minuman.



Peragaan buah-buah strawberry Gariguette berbentuk lonjong meruncing yang sedang sebok meranum...


Berbisik lembut si-anak hati, jika benar berkenan terhadap rumah setengah uzur ini (secara kebetulan dimasa dan ketika yang sama CintaJL berbisik lembut kepada BintangJauh "iya... yang ini bakal rumahnya...") berikrar akan berbakti kepada tanah yang pemurah yang pasti akan memberi hasil tanaman yang lumayan sekali. Semestinya penghargaan terhadap nature yang ada nyata terbentang dihadapan sepasang mata itu terus di-usahakan dengan akurnya, diberkati dengan tanah yang subur bagi menghasilkan sendiri sayur-sayuran bakal penggunaan disepanjang musim panas nanti, begitu... setengah jenis sayuran yang ada tidak perlu dibeli dipasar hanya terus dipetik dari titik peluh sendiri, itu lah agenda dimusim bunga yang terpaling dihargai sekali... setiap hari diluar berduaan dengan nature yang maha semulajadi.



Yang Bungsu sudah merasmikan buah-buah strawberry yang merah meranum semenjak dua hari yang lepas ber-topping dengan crème chantilly, super yummy katanya!




Gariguette bersama Charlotte!




Tahun ini strawberry berbuah rimbun banyak sekali, Alhamdulillah... rezeki buat Anak-anak-anak semua.





Salade Batavia putih sudah bermula membesar...




Salade Batavia Rouge/merah Grenobloise yang ditanam pada petang semalam oleh CintaJL.



Perbagai jenis tomates ...














Choux Bruxelles/brussels sprouts.




Courgette/zucchini.




Pokok Chili merah&hijau.




Gambaran kawasan Potager dibelakang halaman. Sayur-sayuran yang lainnya masih belum lagi ditanam juga CintaJL sudah menyemai bijian kekacang buncis/french beans, nanti sekitaran dua minggu akan kelihatan naik timbul anak dedaunnya yang pertama.




Sekelompok campuran tumbuhan bunga-bungaan jenis Vivaces berlatar belakang kan bekas stable kuda yang berpintu kembar, pintu sebuah tandas juga pintu rebannya untuk ternakan yang berkepak-kepak!




Ini lah kolam ber-saiz cenonet sudah berusia uzur yaitu hampir seratus tahun... tempatnya si-itik dan ayam dan apa juga binatang ternakan yang berkepak-kepak berenang-renang syarat juga sebagai air minumannya. Akan tetapi si-BintangJauh tidak menternak apa juga namanya.




Se-pasu cenonet Geranium yang secara sengaja digantungkan sendirian!



Bunga-bunga Lupin yang berwarna-warni sudah berkembang mekar... yang ini dibelakang halaman.




Yang ini dihadapan halaman, ditepi tangga.




Lupin berwarna pink berganding bersama dengannya yang unggu.




Adore photo ini!




Voilà! Pivoine/peony merah menyala sudah berkembang mekar.




Dihadapan taman tepi gate pagar utama.




Terdapat 5 rumpun pokoknya Pivoine/peony yang berlainan warna bunga-bunganya.




Serumpun pokok Pivoine/peony.




Ada yang berwarna pink...




Ada juga yang berwarna merah menyala!




Sepokok yang sama, kok tahun ini ada dua warna yang berbeda merah dan pink walhal ditahun lepas tidak begini rupaparasnya... ?




Bunga oeillet/carnation.




Serumpun tanaman Lavandes de Provence/lavender yang sedang sarat berbunga.




Bunga Syringa.




Diakhiri dengan la beauté de la rose yang berusia hampir dengannya usia rumah kampongulu ini!


Voilà.






lundi 28 mai 2012

Kuntuman Rose ditepi tangga...

| | 3 commentaires




Peragaan sampingan sahaja...












Rasa perasaan ketika ini umpama sekuntum rose.....





dimanche 27 mai 2012

Ber...pique-nique, berkelah?

| | 3 commentaires





Soleil et déjeuner tendance sur l'herbe !
Hujan... hujan turun lagi merenjis deras tidak mahu berhenti, apa sahaja yang semestinya diperlakukan ditaman halaman tergendala sebegitu sahaja!

Namun... tidak dipeduli dengan halangan itu terus sahaja disudahkan demi aturan musim bercucuk tanam semestinya diselenggarakan secepat yang mungkin karena sudah agak terlewat dari kalendar acara mencucuk tanam, Alhamdulillah... semuanya hampir terurus rapi!

Trigin kepingin bersenang lenang duduk dibawah teduhan sepokok nan redup oleh dedaunnya yang rimbun dengan beralas kan atas anyaman halus tikar dari pulau Djerba dengan hidangan makanan bertaraf santai sebagai acara pique-nique namun tidak kesampaian karena keadaan cuaca yang menghalang dari menjadi nyata dan sehingga hari ini bersamaan harinya Ahad hanya berangan-angan lembut sambil sepasang mata melirik pandang dengan jelingan hampa ke-arah taman halaman yang basah kuyup dek renjisan hujan berurai  turun...

Photo Côté Maison.






vendredi 25 mai 2012

Yang bakal dicucuk tanam!

| | 7 commentaires

Pagi tadi ke pusat Botanic membeli belah segala bagai sayuran dimana dipenghujung bulan 5 May ini ada lah bulan yang sesuai untuk mencucuk tanam yang semestinya dimula kan dengan pembersihan kawasan potager (dimana agak terlewat sedikit, tergendala oleh turunan hujan hampir setiap hari), sepulang dari Botanic tadi tanpa berlengah  CintaJL terus mengemburkan tanah, mencangkul bersih tumbuhan liar dan dipetang ini akan bermula menanam sayur-sayuran yang dibeli tadi.

Ini lah sayur-sayuran yang dipilih mengikut selera seisi keluarga,

Courgette/zucchini kuning, untuk masakan yang begitu terkenal yaitu Ratatouille!




Courgette/zucchini biasa.




Courgette/zucchini putih.




Yang ini semestinya ada, chili merah dan hijau.




Yang ini pujaan selera CintaJL, Choux Brussel/brussel sprout, semestinya ada!




Gabungan tumbuhan pokok bunga juga sayuran seperti salade, juga tomate hitam!




Peragaan pembelian pagi tadi.




Labu bulat, kepingin mencubai menanamnya...




 Buah labu Butternut, mahu mencuba menanamnya lagi sekali karena 3 tahun nan lalu berbuah kecil cenonet... kok tidak membesar seperti saiz yang sebenarnya, semoga kali ini berhasil jadi, Insya'Allah.




Tomate Cerise/Cherry/cocktail, yummy di-ngap sebegitu sahaja!




Tomate Steack ini elok untuk dimakan dengan pelbagai cara masakan.




Tomate Marmande sesuai sebagai salade.




Yang ini tomate Roma, elok sebagai sauce.




Pelbagai tumbuhan bunga yang dibeli juga sebagai gantian tumbuhan bunga yang mati kebekuan oleh musim sejuk nan lalu.

Geranium berbunga fuschia pink bersama bunga Cosmos berwarna chocolate.



Yang ini Geranium dedaun berkedut kerepot, tidak pasti bunganya nanti berwarna apa?




Yang ini Gaura berbunga merah.



Gazania, pujaan pilihan CintaJL, harus digantikan yang baru karena Gazania yang ada sudah letoi... beku dimusim sejuk!



Voilà... strawberry sudah bermula meranum... yang ini jenis Gariguette melonjong runcing bentuknya, baunya yag harum mewangi dan rasanya yang manis...




Dan yang ini masih muda belum lagi ranum, namanya ialah Charlotte, nanti pabila sudah cukup masak ranumnya akan diperagakan... sabar ya!


Sepulang dari TanahAir, keadaan taman halaman tampak seperti hutan belantara! Rumput-rumput naik tinggi berserabut, kuntum-kuntuman bunga semuanya rosak karena disepanjang semingguan yang lepas hujan turun tanpa henti, terlalu humide tumbuhan bunga tidak begitu suka... bilamasa memandang ke-arah halaman terus menarik nafas yang panjang dan berbisik sendirian gimana harusku mulakan dahulu... terdapat banyak kawasan juga pokok-pokok yang harus diberi perhatian secukupnya. Alhamdulillah... semenjak semalam sudah kelihatan terbit mentari dengan pancaran sinarnya yang gemilang, namun... ramalan cuaca menjangkakan bahawasanya cuaca diminggu hadapan hujan akan turun merenjis lagi dan suasana kelabu akan memonyok kan rasa perasaan .....