jeudi 28 juin 2012

Seharian diluar halaman...

| | 5 commentaires


Gambaran dikawasan Potager sayur-sayuran, kelihatan salades sudah besar secukupnya dan sudah dirasmikan dari seminggu nan lalu... CintaJL senanghati karena dari sekarang boleh sahaja menjamu salades yang diambil terus dari taman Potager.




Kelihatan tanaman French bean kacang buncis sudah tumbuh... tampak subur sekali, juga salades Rouge de Grenoble dan rimbunan pokok-pokok tomates yang sedang sarat berbuah...




Juga Courgette sedang sebok berbuah...





Yang ini courgette/zucchini berwarna hijau cerah lembut, yummy jika dibakar panggang diatas bara bbq kemudian dicucuri dengan lelehan minyak zaitun juga taburan dedaun parsley atau basilic yang dimayang halus, yummy!




Ini courgette/zucchini berwarna kuning diraja, pertama kali menanamnya karena trigin tahu gimana perbedaan rasanya diantara yang hijau, kini sudah berbuah... sudah tampak hasilnya.


Setakat ini sahaja, nanti-nanti selainnya...





******************************





Karenah-aksi Honey Aristocat sedang bobok dibawah sepohon pokok Buis berusia seratus tahun... dengan lingkaran tumbuhan Iris disebalik celah-celahan rumput-rumput liar...


Sepohon pokok Buis.







Musim panas yang panas... dan semenjak itu Honey Aristocat bersenang lenang ditaman halaman... sudah tidak mahu berada didalam rumah juga tidak mahu berbobok tidur diatas dataran duvet-nya... panas!


Mahunya sekarang ialah sebegini, tempat boboknya yang terkini...
dipanggil sahut namanya...





Terangkat sedikit kepalanya dengan rupaparas yang comot...






Diminta kasihani jangan diganggu lagi...






Renungan letoi bercampur mengantuk...





Boleh ssshhh...!...





Sudah tidak peduli dengan sahutan darinya BintangJauh.





Kupejam tutup sepasang mataku... petanda bobok!





Rasa perasaan begitu gumbira yang teramat sangat karena bulbes Lys yang ditanam pada bulan February nan lalu sudah menampil kan hasilnya yang cantik menawan...

Adoreee...nya!





Seterusnya peragaan gambaran photos bunga-bunga Lys yang sedang kembang-mengembang dengan mekarnya.





Yang ini berwarna kuning diraja.





Yang ini pula berwarna peach ke'emasan. 





















Ditanam didalam sebuah pasu berkayu, kelihatan gambaran terrasse/patio dibahagian belakang halaman.




Dimasa dan waktu yang bersamaan dengannya Hortensias/ hydrangeas juga sudah bermula mengembang... dan hairan sekali, kok tahun ini warnanya pink rose walhal warna asalnya ialah unggu!

Berlatarbelakang sebidang terrasse/patio.





Kelihatan juga serumah caretaker dimana terdapat garage, bilik membasuh pakaian, bangsal kandang kuda, tandas, reban ayam juga sebuah bilik khas untuk keperluan pembantu rumah, begitu lah caranya dizjaman dahulukala rumah serbaguna diasingkan dengan rumah utama.





















Voilà!


"Rêve ta vie en couleur, c'est le secret du bonheur" Walt Disney.







lundi 25 juin 2012

L'entrée couloir, the hallway...

| | 7 commentaires





Mengapa begitu berkenan lagi terjatuh hati terhadap rumah bertaraf uzur ini... karena sewaktu ketika melangkah masuk ke-dalam dan berada dikawasan lorong laluan yang mengadap anak-anak tangga dengan cahaya yang terang benderang datang dari sebingkai tingkap yang tinggi diperantaraan tengah lantainya tangga menjadi kan diri begitu tenang seakan disambut  oleh nurcahaya nan lembut sinarannya petanda badi rumah bertaraf uzur ini baik sahaja.

Walau pun masih tidak semenggah sempurna keadaan suasana lorong laluan ini, dimana masih berupa seperti dahulu tanpa disentuh ubah suai kan lagi namun... begitu senang dengan gabungan warna-warni sebidang lantai bersimen secara silam... sealunan serasi sekali dengan warna semulajadi kayu tangga juga perabot-perabot yang digunakan...




Pangkal puncak tiang tangga berkayu Chêne/oak.




Traditional French style cermin hadiah dari Ratu Deb dan meja dari IbuMertua. Wall paper origine dimana sudah sedia ada melekat terpasang di-dinding semasa rumah ini dibeli, tahun ini akan di-tukar baru itu wall paper yang berkurun lamanya, seperkara lagi tidak berkenan dengan rupaparasnya...





Tangga berkayu Chêne/oak naik ke-atas sehingga tingkat 3.





Kelihatan sebuah pintu ber-saiz cenonet dibelakang tangga sebagai pintu keluar kebahagian belakang terus mengadap terrasse/patio halaman.





Gambaran dari hadapan pintu utama.





Himpunan botol-botol perfume yang diterima sebagai hadiah.





Gambaran dari tangga mengadap pintu utama.

Voilà.





p/s: kepada semua para bloggers yang menjadi members dimukablog ini.
Wahai para bloggers... selamat berkenal-kenalan juga ribu-ribuan TerimaKasih... TerimaKasih kepada semuanya... akan Ratna luang kan diri membaca dengan sepenuhnya blog-blog para bloggers sekalian bagi mengenali setiap para bloggers dengan senyata yang mungkin meski pun hanya dari gambaran photos juga gaya penulisannya, sampai nanti...






vendredi 22 juin 2012

Ikan Bilis...

| | 7 commentaires




"Makan lah gorengan ikan bilis dengan bumbu sambalnya itu Jelita... elok untuk minda lagi perkuatkan semangat dan pendirian..." Iya yang benar.. Moyangku...

Sebenarnya...,

setiap kali ada terhidang didepan sepasang mata apa sahaja nama cara masakan si-ikan bilis akan sejenak memandang lama kepada sepinggan lauk yang berisi ikan bilis itu dan setiap kali adengan yang sama Moyang akan terdiam sebegitu sahaja juga dengan sabarnya menunggu sehingga setapak tangan jejari si-BintangJauh  menyentuh sudu hidangan petanda sudah mahu memakannya...




Sedari selama sebumbung dan selantai berduaan dengannya Moyang, dimana sokongan persekolahan diurus kan oleh diri sendiri, terkoteng-koteng sendirian... apa sahaja pandai sendiri, bodoh pun sendiri itu lah ibarat perumpamaannya... jika didalam kebuntuan terhadap sesebuah matapelajaran itu, jalan penyeselaian atau penawarnya ialah berusaha sendiri dan kerah kan minda sehingga ketemu jawapannya, dimasa yang sama yang sewaktu denganya terus menadah mengadu nasib kepadaNya bagi melembutkan kerasaan yang berserabut itu, dan jika kebuntuan minda menyempitkan kerasaan hati, dengan senangnya selinang berlinang titisan airmata menangis yang bertaraf bersebab ...

Dan selama itu...,

dari sudut sepasang mata dan hati Moyang, dalam diam menyaksikan kepayahan yang dihadapi oleh si-BintangJauh walau pun tahu adakalanya Moyang memandang renung yang berairmuka nan resah... namun tanpa kata-kata penawar, tanpa tindakbalas bagi menyejukan rasa perasaan hati yang berantakan dengan kesukaran menemui jawapan latihan kerja matapelajaran yang diberi pada setiap hari yang semestinya disempurnakan!




Setahu diri ikan yang kaya dengan omega 3 fatty acids akan beraksi menolong bantu mencergaskan minda karena banyak kawan sedarjah disekolah juga sepupu sepusat sepusing akan mengambil sesudu cecair pati minyak ikan (fish oil supplements for children sebuah jenama yang terkenal, namanya sudah lupa) pada setiap pagi begitu minda akan menjadi geliga lagi bijaksana... namun???.....

Bertanya dengannya Moyang ada kah si-BintangJauh juga semestinya mengambil atau mengamal kan seperti mereka semua bagi memeransangkan minda yang buntu itu? Jawapan Moyang "sedari sekarang keputusan peperiksaan Jelita tidak pernah melewati ditangga nombor 5 didalam kelas yang seramai 38 itu, bukannya dari menghirup sesudu minyak ikan pada setiap pagi bermakna minda akan mudah menghafal hayati Al-Qu'ran atau keputusan peperiksaan itu di-nombor yang terakhir yaitu yang corot...!!! seperti sepupu semua sedang kan mengaji umpama......." ya ampun! sampai kesana kesitu perginya syarahan dari Moyang...
Jadinya, semenjak itu tidak pernah menanya-tanya. Titik nohtah!

Namun...,

Bilamasa sewaktu makan berhidang terletak ada sepinggan lauk ber-ikan bilis si-BintangJauh akan tetap merenung jauh... sejauh nun disana ... sehingga sampai mencecah dilubukhati nan syahdu karena ikan bilis itu ada terselit sebuah kesah nan silam yang bertaraf rahsia yang sedari ini disimpan kemas sekemasnya...




Ikan-ikan bilis yang dibeli dari pasar Tani yang dibawa pulang sebagai penawar selera...





jeudi 21 juin 2012

Voilà l'été... c'est aujourd'hui !

| | 5 commentaires













Oui, ça y est... hari ini Khamis bersamaan June 21 ialah tarikh nya permukaan hari per-1 petanda musim panas di rasmi kan dengan sejahteranya...









Diluar cuaca tidak begitu gemilang karena dari semalam disebelah pagi hujan menitis renjis turun dan menyejukkan suhu pada hari ini, namun... dengan adanya sinaran nurcahaya mentari sudah cukup diri merasa cemerlang sesungguhnya.... dengan kehadiran rasmi musim panas yang ditunggu nanti kan selama ini... petanda-petanda musim panas sudah tampak pabila rumpun-rumpunan lavender bermula berbunga dengan keharuman baunya yang bertaraf lagenda sedari dizjaman ber-perfume dari period hellénistique yang berterusan gemilang dibawah naungan Roman empire lagi. Tanpanya tumbuhan lavender ditaman halaman seolah tidak lengkap sempurna rupaparas sesebuah taman itu karena ia-nya symbole de la provence yang bermaksud "tendreses et d'amour respectueux/tenderness and respectful love" jadinya... waktu ketika ditaman halaman serasanya begitu...





Sekuntum bunga rose yang dipetik dari hadapan halaman ditepi gerbangan gate, dihiasi dengan beberapa tangkai bebunga lavender yang baru sahaja bermula mengembang mekar... merebak baunya nan harum semerbak menarik perhatian sang lebah...





Musim panas... pastinya berminum dengan l'eau pétillante/sparkling water beserta dengan petikan pertama buah framboises/raspberry yang juga sudah bermula meranum.






Adore dengan suasana di-terrasse/patio yang sebegini caranya...


 



Berteman kan dengan gardening magazines, sebuku novel bertaraf "girly", lollipops candy, se-vase cenonet bunga sebagai penyeri dan yang ter...penting ialah sebingkai kacamata hitam gitu tidak silau menyilau permandangan yang dipandang tengok!







Betapa... alang kah berbunga mekar rasa perasaan dihari ini... wahai musim panas kusambut kehadiran musimmu nan gilang gemilang dengan sepenuh kesyukuran kepadaNya yang maha Pemurah...





mercredi 20 juin 2012

Mudah&cepat disempurna kan...

| | 4 commentaires

Sebagai memenuhi sebuah permintaan dari seorang adik blogger aka anonymous, disini kak Ratna papar kan resepi bahan-bahan adunannya gâteau berkacang noix/walnut ini.




Sudah dinyata kan sebelum ini, gâteau ini begitu mudah lagi cepat disedia sempurna kan... tidak banyak embelnya...


Bahab-bahan ramuan yang diperlukan ialah,

100 gm kacang walnut yang dikisar halus/serbuk kacang yang siap dibeli
100 gm dark chocolate diparut kasar
50 gm icing gula
2 sudu besar gula perang
25 gm tepung jagung maïzena
45 gm tepung
1 camca sudu kecil baking powder
70 gm butter cair
2 biji telur
secubit garam
2 sudu besar whipping cream
vanilla essence/vanilla bean
10 ulas kacang walnut yang di-kerat cingcang kasar.




Panaskan oven suhu 160°C. Terlebih dahulu, cair kan butter dan ketepi kan. Parut dark chocolate. Didalam sebuah mangkuk, campurkan serbuk kacang walnut, tepng jagung maïzena, tepung, baking powder.




Putar telur, gula icing, gula perang, vanilla dan secubit garam sehingga kembang...





Curah kan adunan telur ke-dalam campuran adunan kering dan gaul kaup semula selembut yang boleh sehingga sebati dan campuri whipping cream gaul sepusing dua, di-akhiri dengan curahan butter cair juga parutan dark chocolate, gaul kaup semula dan sudu kan ke-dalam setiap ramequin yang  beralas dengan parchment paper baking cups atau yang dibuat sendiri, bakar sekitaran 25 menit. Voilà!





Rasa kerasaannya yang lemak manis, lunak dan lembut... nyaman jadinya, dengan adanya parutan chocolate menambah kan lagi rasa gâteau ini bertambah yummy, serasi sesuai sekali gandingan antara dua bahan ini.





Jika suka taburi kekacang walnut yang telah di-kerat cingcang kasar sebagai penyeri diatas dataran gâteau sebelum dibakar.
 Ketika gâteau-cake ini keluar dari oven, ya ampun... baunya harum semerbak sekali!

Selamat mencuba.