Bermula dari hari ini yakni harinya Khamis bernama une journée en cuisine...
Sabtu&Ahad ini ada lah hari-hari yang telah ditentu kan sebagai weekend bersidang kumpul yang bertaraf réunion de famille ... akan bersua muka setelah sekian lama nian tidak berkumpul ramai seperti mana dahuluan pada setiap tahun pasti semestinya dirai kan.. hanya kebelakangan ini sudah jarang dianjur kan karena ada sahaja alasan-alasan yang tidak berasas dari mereka yang tidak berapa suka menyediakan apa sahaja juadah maka itu tidak dirai kan!
Sayang sekali... ada beberapa sepupu sepusat sepusingnya CintaJL dari Paris la Capitale tidak dapat memenuhi jemputan karena yang satu bekerja di-LV sebok dengan agenda défilé de mode 2012 fashion show-nya dan satu lagi sebok dengan musim petik memetik bebuah anggur yang dipanggil "la vendange de raisin" jadinya mustahil dapat menghadiri majlis pertemuan keluarga ini... dan serta merta CintaJL pun terus ter...muram hampa sehampanya karena sepupunya yang dua itu ada lah bertaraf kembar dan mereka berdua juga bertaraf ahli pelawak yang terpaling kelakar boleh ketawa sehingga menangis... lagi-lagi kembar pertama yang bekerja di-LV ada sahaja lawaknya mengenai topmodels dan Marc Jacobs yang berkarenah pelik lagi extavagance itu... juga dengan pelbagai cerita mengenai gaya hidup "les Parisiens"...
Seperti biasa, setiap keluarga mengambil bahagian berkongsi membawa makanan&manisan desserts, oleh itu semenjak semingguan ini si-BintangJauh berkerah minda supaya ilham menjelma dan mendatang ...
Dari semalam menyelongkar buku-buku masakan yang ada diselidik sebagai ilham...
merancang akan menyedia kan tiga jenis manisan desserts, sudah dikenal pasti yang mana satu, juga beberapa cake masin untuk dijamu sebagai pembuka namun...
Kok bernamun tapi lagi... iya jadi kan sahaja seperti mana yang telah berkenan dihati dan selera semoga dipermudah kan dengan segala bagai persediaan untuknya majlis tersebut, yang penting nyaman mata memandang dan yummy selera untuk dijamu... tidak kah begitu?



















































