jeudi 31 janvier 2013

Buat Rose...

| |





Sebagai memenuhi permintaan dari Rose terhadap tarte nenas ini, Ratna terjemahkan resepi berbahasa Peranchis ini mengikut rentak penulisan Ratna, jika ada kesangsian terhadap resepi ini khabarkan sahaja kembali kepada Ratna...







La pâte sucrée/sweet pastry crust versi Cyril Lignac

15 g serbuk kacang badam
30 g fécule pomme de terre/potato flour
110 tepung - ayak dua kali
secubit dua garam halus
50 g gula icing
55 g butter yang sudah lembut
1 biji telur
sesudu kecil vanila/essence/extract/bijiannya dari seulas vanilla bean

Ayak tepung dua kali. Terlebih dahulu biarkan 55 g butter didalam sebuah mangkuk disuhu bilik supaya menjadi lembut dengan sendirinya, putar butter dengan spatula sahaja bersama sekali gula icing, tepung potato, serbuk kacang badam, vanilla dan garam,pastikan bancuhan bahan adunan kelihatan ber-cream rupanya lantas masukkan sebiji telur diikuti dengan tepung, gaul sehingga sebati, adunan tepung ini begitu lembut dan melekat ditangan jika disentuh maka itu perlu direhatkan didalam peti es selama 1/2 jam.
Canai dough menjadi sebidang dan terapkan mengikut bentuk badan dan dinding loyang setebal 1/2 cm juga untuk ditengah dataran yang boleh ditanggalkan/removable bottom bagi memudahkan pindahan tart nanti, setelah kemas dibentuk, titik-titikan dengan garfu disekitaran dataran tart dan rehatkan selama 15 menit didalam peti es sementara menunggu ketuhar memanas. Bakar dengan suhu 170/180°C selama 15 menit, keluarkan dan isi shell tart tadi dengan jamnya nenas dan bakar semula selama 15 menit, sudah siap boleh beraya kembali... voilà !





Yang kecil cenonet ini sudah habis selesai dingap oleh CintaJL sewaktu selepas makan malam semalam... katanya lagi sambil menikmati kue kesukaannya, kok tidak boleh berhenti... sampai gitu sekali !





Jam nenas, cara dan kebiasaan Ratna ialah tanpa resepi yaitu gunakan nadi "commonsense"... mengikut berapa biji bebuah nenas yang dibeli, sebagai contoh seringkali pabila menyediakan jam nenas jumlahnya sebanyak 10 biji nenas, 7 biji diparut kasar dan 3 biji lagi di blender lantas ditapis jus buah dan manisnya sederhana manis dengan campuran gula perang pekat bersama gula putih yang ber-parfum dengan 2 ulas vanilla beans dimasak sehingga pekat melekat sedang-sedang elok sahaja. Jam nenas Ratna sukanya tanpa perasa seperti bunga cengkeh, kayu manis atau daun pandan karena tidak berapa senang dengan kerasaannya, panjangkata jam nenas versi Ratna begitu biasa dan biasa sahaja, dan kepada Rose ikuti lah resepi yang sudah serasi dengan selera Rose ya... selamat mencuba !











2 commentaires:

azieazah a dit…

Ohh sungguh indah sekali Tart Nenas, wpun disebut biasa biasa saja.

Tengok saja sudah tergoda!

Anonyme a dit…

Berbanyakkkkkk terima kasih Ratna..tak sabar nak mencuba bila cuti Chinese New Year nanti..nanti saya buat report ya..Rose