mardi 5 février 2013

Chīzukēki... Mada !

| |





Yang bermaksud cheesecake - Chīzukēki... mada/encore.












CCC lagi...

Sebelum tarikhnya berakhirtamat dalam jangkamasa semingguan ini, apa kata tepuk dada tanya selera supaya tidak membazir terhadap Philadelphia creamcheese yang sudah lama dibeli&bertenggek didalam peti es !










Maka beraksi lah dengan ketelitian mengikuti satu-satu aturan yang semestinya dipatuhi supaya hasil CCC ini menjadi gebu... ringan bagai awan nan putih... halus... lunak... dan sesudah satu suapan rasa kerasaan CCC ini ternyata mega yummyyy... !





Yang ini berloyang persegi panjang, dipotong bentuk losange/diamond bersalutan dengan bancuhan cream,gula pasir halus juga bijian vanilla, itu sahaja... dibakar kembali selama 5 menit sudah mencukupi !



Dan... bermasa'alah sedikit mengenai topping untuk diatas dataran CCC? ada kah berbuah berries dengan curahan coulis-nya, kalu secara Jepun habukkan dengan serbuk matcha green tea sahaja, atau pun ber- butter&gula icing frosting... ber-crème chantilly lemak manis dengan warna-warna lembut pastel... berperisa itu&ini seperti mocha/latte, espresso, caramel, ganache chocolat au lait/noir.. ! semuanya sudah jemu dengan kerasaan tersebut, dan akhirnya memilih topping yang terpaling biasa lagi mega yummy, gandingan rasa CCC yang lemony tangy begitu serasi dan sesuai dengan rasa crème fraîche épaisse/extra thick fresh double cream yang dicampur bersama gula halus&bijian vanilla dan salutkan diatas dataran CCC dimana  kerasaan manisnya terpulang kepada selera memasing...






 Petang ini akan berminum café bersama manisan CCC ini...









 Voilà...




2 commentaires:

azieazah a dit…

Kak Ratna, nampak cheese kek tu sangatlah menggoda. Saya kurang gemar kek, dan cheese kek bukan pilihan utama saja. Mungkin kerana saya juga tak berapa gemar cheese.

Tapi jika cheese dalam spagheti saya suka!

Cheese kek tu nampak menggoda!

Anonyme a dit…

Assalam Ratna
CCCnya looks yummy..
Adore pinggan yg retak 1000 tu. I ada baking dish yg retak 1000, sangat sukerr pulak2 tu ianya pemberian dari adik..CS