mercredi 27 février 2013

Sebidang tenunan songket...












Ada menyebut mengenai "majlis perkahwinan" yang dilihat tengok dari para bloggers semua dan hati sering berdetik-dentum dengan pelbagai persoalan yang semahunya boleh dijawab serta merta namun... apakan daya diri ini tidak lah peka untuk mengulasinya apatah lagi sudah sekian lama nian tidak pernah menyaksikan sebuah majlis perkahwinan dimasa kini yang serba serbinya begitu berlainan sesungguhnya..

Namun...

meski pun diri ini sudah lama menetap disini Peranchis, sebuah negara yang terkenal dengan segala adat resam "art de vivre" yang tidak boleh dipertikaikan lagi dimana serata-rata manusia diseluruh dunia meng"idola" product berjenama made in France sebagai tanda taraf hidup yang boleh dibanggakan dengan sepuas hati... yang mampu senang sahaja terus capai dan bayar... dan yang separuh mampu dengan cekalnya akan mengikat perut bagi memperolehi sesebuah "benda" yang datangnya dari made in France itu...

Contohnya, barang-barang hantaran untuk diberi kepada dua pehak raja&permaisuri sehari, yang berduit sarat ya ampun... jenama yang tertera sudah pasti dari sini Peranchis seperti parfum, sepasang sepatu kasut, tas tangan/handbag, jam tangan dan make-up cosmetic sets, jelas dan sah hampir 100% semestinya made in France dan yang tergempak sekali ialah sekiranya baju persalinan berserta selendang veil untuk majlis di-ijab kabul/akad nikah... juga sepasang lagi untuk direnjis atas pelamin yang tiada terkata lip lapnya kain tersebut yang sememang sehendaknya berkain lace dari Peranchis yang berjenama meletop itu....!!! dan baju persalinan disebelah malam yaitu majlis potong memotong cake pastinya berhias dandan dengan gaun kembang mengembang a la princess yang bermanik crystal Swarowski atau bermutiara jenis "cultured waterfresh" kepada yang ter...mampu sesangat... dan begitu lah gambaran photos juga kenyataan yang sempat ditengok lihat selama ini dengan gambaran majlis perkahwinan dari berjenis-jenis lapisan taraf kemampuan memasing bagi menyempurnakan majlis tersebut menjadi selamat sama'ada dilempahi dengan berbukit puji-pujian bercelahan dengan umpatan yang berpatutan dengannya.... lumrah tatkala dimajlis "pujian" dan "umpatan" setanding seiring bertanding..!
Kus semangat... kok begitu dan begini.. biar lah... berkahwin hanya sekali jadinya segala bagai kehendak sebuah impian punyai sebuah majlis nan indah itu sebolehnya terlaksana... ada kah salah berkehendak sedemikian rupa?

Namun...

Hairan sehairannya, mengapa perkahwinan secara Melayu tulen semakin tenggelam menghilang seolah dianggap tidak setanding lagi untuk ditonjolkan dizaman kini yang serba kebaratan atau ada kah budaya tersebut diambil alih hanya karena "glamour" yang dicari? sewajarnya majlis sesebuah kenduri perkahwinan tampak menyerlah budaya kita yang begitu kaya dengan adat istiadat nenekmoyang yang berharumwangi dengan campuran bebunga melati jasmin & berdaun pandan dimayang halus yang bernama bunga rampai, sayangnya semakin samar sambutannya...

atau, ada kah diri ini masih lagi ketinggalan dek zjaman walhal menetap disini Peranchis?




2 commentaires:

Suri Suriyani a dit…

Salam dari Malaysia.

Menarik sungguh entry2 yang ditulis oleh BintangJauh. Tak puas membaca dari satu entry ke satu entry yang lain. Tambahan pula dengan gambar2 yang menarik dan manisan yang menyelerakan.

Teruskan ya BintangJauh... ;p

Anonyme a dit…

actually kak..bagi saya..bila kita berada di negara orang, hati sanubari akan teringat2 negara sendiri..resamnya, budayanya,dan segala hal

yet, bila dok di negara sendiri..impikan yang berbeza di negara orang...sbb tu rela berhabis asalkan..made in Obersea..hihihi

mummy yaya