lundi 25 novembre 2013

La neige a fondu...

| |



Setelah mengharungi pelbagai kesulitan semenjak es salji melanda turun dengan banyaknya, pada hari Khamis berdepan pula dengan bekalan telephone yang terputus karena salah satu cable-nya terjatuh menyembah halaman setelah dihempap dek dahan-dahan pokok yang berat dibebankan oleh ketebalan es salji... sehingga hari ini telephone rumah hanya boleh menerima panggilan sahaja akan tetapi untuk menelphone kok tidak bisa.. !

Ditaman halaman masih memutih bersih namun es salji semakin menipis juga semakin mencair... tadi ketaman sebentar, sekadar bersiaran sambil mengambil beberapa gambaran photos dimana kini permandangan disekitaran halaman tampak bertompok-tompok oleh es salji yang semakin mengurang...



    Sepasu pokok Pin thuya yang baru ditanam yang duduk dipintu keluar bahagian belakang mengadap terrase/patio.




 Tatkala sedang menghala camera kearah kampongulu seberang, ternampak tumbuhan ini yang ber-es salji berbentuk jantunghati... terus dirakamkan.





Permandangan putih suci dari kampongulu seberang...






Nun diatas sebuah bukit terdapat sebuah Château seribu tahun duduk bertapak dengan gagahnya.. ! Dari sebingkai tingkap dibilik tele, permandangan Château & rumah-rumah penghuninya dapat disaksikan terus mengadap berdepan tepat dari balkoni tingkat atas... indah sesungguhnya.






 La Glycine/wisteria dihadapan laman yang masih berdaun walhal musimnya gugur hampir berakhir...















Dibahagian kawasan potager kelihatan sepokok Apple berbuah cenonet merah sarat diselaputi oleh es salji.
 Kelihatan bekas untuk pasu berisi penuh dek es salji...




 Bertakung es salji yang semakin mencair...





 Adore photo ini.






 Buah apple yang cenonet saiz-nya.





 Pabila es salji mencair rupaparas es menjadi kasar umpama garam kasar jadinya...









 Sekelompok bebuah apple yang meranum merah.












 Pada hari Rabu, semasa es salji melanda dengan banyaknya pokok dan bebuah apples tidak kelihatan karena tenggelam segalanya... menyorok !




 Yang ini masih tebal lapisan es saljinya.





 Serumpun tumbuhan Celery/saderi-daun sup hampir tenggelam... kasihan..





 Hanya ini yang kelihatan, sekurangnya boleh bernafas nyaman...





 Tanaman Choux de Bruxelles/brussels sprout juga senasib...





 Lierre/ivy yang merimbun diatas dinding pagar berbatu nan uzur juga diselaputi dek es salji... tampak cantik jadinya...

Beginilah keadaan suasana dikampongulu sesudah ribut es salji melanda dimana pada tahun ini musim saljinya kok ter...awal, selama berada menetap disini Peranchis selama itu juga diperhatikan peredaran cuacanya yang semakin bertukar-beda jika dibandingkan pada tahun 90-an dahulu kalanya...
Serasanya seolah keadaan melampau ini mahu menyampaikan sebuah pesanan dariNya semoga kita sedar bahawa usah melawan dengan KuasaNya yang maha Besar, dan semestinya menerima hakikat/dasar intisari kehakikian prinsip yang nyata sebagai pedoman diri... demikian diri senantiasa bersederhana bagi memenuhi kehidupan ini dengan sewaras dan sewajarnya...







4 commentaires:

azieazah a dit…

Salam Kak Ratna

Kagumnya. Subhanallah... alangkah indah sekali wpun cuaca sejuk menggigil.

Adore juga gambar ais dalam bakul jaring besi tu. Nanti nak pinjam ya Kak Ratna.?

Ros a dit…

Assalamualaikum Ratna,

Saya mohon izin menyalin resepinya ya.

angahPJ a dit…

assalamualaikum. adakah sayur sayuran.itu nanti akan rosak semuanya?

angahPJ a dit…

boleh makan lagi kah segala sayuran tu ratna?