mardi 3 décembre 2013

Un Petit mot souvenir...

| |




Acara minum petang yang berlatar-belakangkan dengan gambaran sebidang alas meja kain batik  jenis kasar patchwork yang dibeli diHilton hotel pada 1989 setahun sebelum pergi menetap diPeranchis, salah satu barang kenangan yang dibelanjakan untuk dibawa kesana sebagai penawar harian...






Namun,
sekarang kainnya batik tampak semakin lusuh yang telah dimakan dek tahun demi tahun dimana amat jarang digunakan, selama ini ianya berlipat kemas didalam gerobok almari yang hanya dikeluarkan semata dimusim bunga bagi melawan dengan bunga segar disini yang dibentang alasnya meja makan  sebagai pelapik supaya jalinan kedua kontras-nya teserlah diantara  barat dan timur bertembung menjadi mesra...





 Pemanisnya hanya sekadar cream sweet puding yang berisi compote apple + pear sebagai penaik rasa... 





sweet Puding ber-cream tiga rasa yang dibikin cepat supaya lekas untuk dijamu menjelang petang yang bersuasana kekabus putih...





Pinggiran tepi pastry dikemas kelim pintal serupa karipap bagi berentikan isian cream supaya tidak meleleh keluar... enak dimakan ketika masih suam-suam hangat bersama airnya teh sambil memandang jauh diluar yang hening suasananya...

Voilà.



2 commentaires:

Cik Eka a dit…

nampak sedap sis..

Tengok gambar pun macam sedap.

Cuaca disana macam mana sis? Masih salji tebal lagi?

DI malaysia, musim tengkujuh sis. Di Pahang hampir lumpuh akibat bajir Hujan dari hari Isnin sampai sekarang.

angahPJ a dit…

salam.kain batik itu sudah berusia hampir 25 tahun. pandai sungguh ratna menjaganya. kalau di sini, pasti dah lama menjadik kain basahan saja.