jeudi 31 janvier 2013

Buat Rose...

| | 2 commentaires





Sebagai memenuhi permintaan dari Rose terhadap tarte nenas ini, Ratna terjemahkan resepi berbahasa Peranchis ini mengikut rentak penulisan Ratna, jika ada kesangsian terhadap resepi ini khabarkan sahaja kembali kepada Ratna...







La pâte sucrée/sweet pastry crust versi Cyril Lignac

15 g serbuk kacang badam
30 g fécule pomme de terre/potato flour
110 tepung - ayak dua kali
secubit dua garam halus
50 g gula icing
55 g butter yang sudah lembut
1 biji telur
sesudu kecil vanila/essence/extract/bijiannya dari seulas vanilla bean

Ayak tepung dua kali. Terlebih dahulu biarkan 55 g butter didalam sebuah mangkuk disuhu bilik supaya menjadi lembut dengan sendirinya, putar butter dengan spatula sahaja bersama sekali gula icing, tepung potato, serbuk kacang badam, vanilla dan garam,pastikan bancuhan bahan adunan kelihatan ber-cream rupanya lantas masukkan sebiji telur diikuti dengan tepung, gaul sehingga sebati, adunan tepung ini begitu lembut dan melekat ditangan jika disentuh maka itu perlu direhatkan didalam peti es selama 1/2 jam.
Canai dough menjadi sebidang dan terapkan mengikut bentuk badan dan dinding loyang setebal 1/2 cm juga untuk ditengah dataran yang boleh ditanggalkan/removable bottom bagi memudahkan pindahan tart nanti, setelah kemas dibentuk, titik-titikan dengan garfu disekitaran dataran tart dan rehatkan selama 15 menit didalam peti es sementara menunggu ketuhar memanas. Bakar dengan suhu 170/180°C selama 15 menit, keluarkan dan isi shell tart tadi dengan jamnya nenas dan bakar semula selama 15 menit, sudah siap boleh beraya kembali... voilà !





Yang kecil cenonet ini sudah habis selesai dingap oleh CintaJL sewaktu selepas makan malam semalam... katanya lagi sambil menikmati kue kesukaannya, kok tidak boleh berhenti... sampai gitu sekali !





Jam nenas, cara dan kebiasaan Ratna ialah tanpa resepi yaitu gunakan nadi "commonsense"... mengikut berapa biji bebuah nenas yang dibeli, sebagai contoh seringkali pabila menyediakan jam nenas jumlahnya sebanyak 10 biji nenas, 7 biji diparut kasar dan 3 biji lagi di blender lantas ditapis jus buah dan manisnya sederhana manis dengan campuran gula perang pekat bersama gula putih yang ber-parfum dengan 2 ulas vanilla beans dimasak sehingga pekat melekat sedang-sedang elok sahaja. Jam nenas Ratna sukanya tanpa perasa seperti bunga cengkeh, kayu manis atau daun pandan karena tidak berapa senang dengan kerasaannya, panjangkata jam nenas versi Ratna begitu biasa dan biasa sahaja, dan kepada Rose ikuti lah resepi yang sudah serasi dengan selera Rose ya... selamat mencuba !











mardi 29 janvier 2013

Tarte Nenas harumwangi...

| | 3 commentaires







Simpanan jam nenas dari perayaan IdilFitri nan lepas masih ada sejar didalam peti es, setiap kali terpandang terus sihati berdetik dan selera bagai  mengalu-alukan sahutan supaya sediakan apa sahaja manisan sebagai juadah berminum petang ini...

Tidak mengikut resepi adunan dough dari tarte nenas akan tetapi dari cara seorang Chef beriktiraf satu bintang/étoile dari Guide Michelin dan beliau begitu terkenal disini Peranchis... siapa lagi jika bukannya Chef Cyril Lignac yang terkenal dengan cara gaya percakapannya yang pekat dengan nada loghat dari tempat asalusulnya diselatan Peranchis Aveyron region Midi-Pyrénées. Penyediaan dough untuk tarte bernenas ini begitu senang dan tidak remeh lagi bersih karena tidak perlu menggunakan jarijemari tatkala menggaul-gaul tepung&butter, cara Chef Cyril Lignac hanya campurkan setiap bahan kesatu bahan mengikut aturan yang telah ditetapkan dengan menggunakan baking spatula, voilà siap sempurna sudah !



 Ada yang besar sebiji dan ada yang kecil comel cenonet, lebihan pastry dough... menggunakan acuan yang berlainan bentuk bagi mempelbagaikannya...






 Kelainan la pâte sucrée/pastry dough manis ialah garingnya boleh bertahan selama 5/6 hari dan pineapple tarts dough pula lembut, lunak lagi gebu dan cepat rapuh...







 Gandingan manis-lemak dan masam yang lembut jam nenas bersama pastry versi Chef Cyril Lignac begitu serasi sekali, mega yummy !







 Tatkala baru keluar darinya ketuhar baunya nan semerbak harumwangi di-parfum bagai disembur naik sehingga ketingkat atas...







Diatas dataran dihiasi dengan pastry dough bersilang seperti losange/diamond shaped dan bertitik-titik warna kuning sebagai penaik seri.







 Sejurus sampai didepan pintu dari sekolah, yang Bungsu terus tersenyum manis sesungguhnya karena tahu dan ngerti manisan untuk goûter-nya/afternoon snack ada lah yang terpaling digemari sekali !








Hari ini berminum petang seolah menyambut hari raya serasanya...







Buat CS, season 1 episode 2...

| | 1 commentaires


Ya ampun... tidak lansong menyusahkan Ratna, cumanya cake ini bertaraf biasa sahaja ! Sebenarnya Ratna trigin menyediakan fruitcake yang berkukus itu namun tidak kesampaian karena kesuntukan masa maka itu ambil jalan senang dan jadi lah cake berbuah anggur yang biasa akan tetapi yummy juga...


Cake aux fruits confits

100 g raisins-gaul dengan sesudu besar tepung
200 g butter
150 gula perang
sesudu besar madu-jika suka
sesudu camca kecil vanilla extract/ vanilla bean
secubit garam
100 g candied fruits - gaul dengan sesudu besar tepung
3 biji telur
250 g tepung/ penderhakaan dari Ratna, tambah sedikit serbuk kacang badam sebanyak 50 g !
1/2 sachet serbuk penaik/baking powder.

Rendam/macerate dahulu bebuah raisins didalam mangkuk yang berair panas dengan atau tanpa seuncang teh selama dua jam/jika tidak suka secara ini hindar kan sahaja.
Oles butter dan habukkan dengan tepung dibadan cake moule/tin. Putar butter dahulu sehingga berupa cream dan campurkan gula perang, essence vanilla dan garam, putar sehingga gebu dan masukkan telur satu persatu (dimasa yang sama teruskan putaran) juga sesudu madu sehingga sebati kemudian candied fruit juga bebuah raisins (tapis dan perah dahulu dan gaulkan dengan sesudu besar tepung), gaul dengan lembutnya seperti yang dinyatakan "mélanger délicatement"/blend-stir-mix gently/carefully, diakhiri dengan campuran tepung yang sudah diayak dahulu bersama serbuk penaik.

Sudukan adunan kedalam moule à gâteau/cake tin ratakan dataran adunan dan sejukkan didalam peti es selama setengah jam dahulu. Ketuhar semestinya dipanaskan 15 menit lebih awal sebelum proses pembakaran dan bakar masak selama/sekitaran 1 jam dengan kepanasan suhu ketuhar 150°C dimana suhu untuk cake ini semestinya lembut sahaja panasnya begitu seolah seperti dimasak secara perlahan serupa cara bain marie atau dikukus, jadinya cake akan menjadi lembab dan halus...

Voilà.

Wahai CS, ini lah resepi yang Ratna ikuti yang bertaraf banal/common sahaja tanpa keistimewaannya...  bagi Ratna se'eloknya ikuti resepi yang tulen jika suka kerasaan serupa cake buah berkukus itu,  gimana pun selamat mencuba dan pabila sudah siap sempurna peragakan itu gâteau...

lundi 28 janvier 2013

Lyon&Paris !

| | 1 commentaires





Harinya Sabtu pergi berbelanja dihujung soldes/sales yang hampir tamat... jadinya tiada lah lagi yang menarik untuk dibeli itu&ini karena yang tinggal hanya saki-baki barang-barang yang sudah dicuba beribu kali jadinya... dan nasib baik yang Tengah&yang Bungsu tidak cerewet, apa yang ada dan berkenan iya beli dan kalu tidak ada iya terima sahaja keadaan begitu... kenyataan yang tidak boleh disangkal kan !

Panjangkata seronok juga dapat berbelanja dikota seberang, tukar rupa, tukar suasana dan bertukar semuanya dimana station kereta'apinya yaitu Lyon Part Dieu begitu 'immense' dan sebok sekali ! Hari Sabtu... jadinya bersesak-sesak dengan para pengunjung atau pembeli dari sudut bandar, daerah, kampong dan desa...

Seperti biasa BintangJauh tidak ketemu apa sahaja yang dihajati, bukan cerewet akan tetapi barangan yang dikehendaki sudah habis dibeli... kesudahannya hanya menjadi pembayar dan penasehat sahaja...








Didalam Galeries Lafayette ada terdapat jajanan macarons dari Pierre Hermé yang mengadap terus salon de thé Angelina yang terkenal itu, anecdote yang terkenal ialah bermula dari seorang yang terkenal lagi termasyur dimana pada tahun 1920 Coco Chanel/Gabrielle Chanel buat pertamakalinya menolak pintu utama salon de thé Angelina dan duduk lah disatu meja khas untuknya lantas semenjak itu setia dengan kebiasaannya berminum secangkir minuman chocolat chaud "L'Africain" dengan penampilan bertaraf chic&elegant bien sûr berpakaian sepasang le tailleur/suits en tweed gansé... 

 
 Ooohh Angelina... Palace deco suasana bertaraf lembut&nyaman...










Hanya membeli sekotak kecil sebagai percubaan dimana kebanyakan saveurs yang ada begitu terhad jadinya yang Tengah&yang Bungsu sekadar memilih rasa yang digemari sahaja...








Saveurs chocolat noir intense versus la douceur dan mencelah satu-satunya macaron fruit de passion&pamplemousse, itu sahaja !








Yang pastinya macarons dari Pierre Hermé ada lah yang terbaik sekali seperti yang telah dikataputuskan oleh critique gastonomique dimana yang selainnya selepas PH !








Paris synonyme La Tour Eiffel !








Voilà... belanjanya...





vendredi 25 janvier 2013

Gâteau aux raisins...

| | 2 commentaires



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dihari Juma'at nan mulia kepada semua...


Hari ini begitu dingin  dan lapisan salji semakin menipis ... bertahan pun karena suhu dingin yang datang dari Russia jadinya tahap menggigil !


 Kelihatan lapisan salji semakin menipis...







 Barisan anak-anak buis/boxwood tree dibelakang halaman.





Sebagai minum petang sediakan gâteau yang sekian lama nian dilupai, semalam masak sambalan yag berbuah anggur maka itu serasa seperti mahu menyediakannya karena...





 Gâteau ini CintaJL adore sekali, pujaan seleranya...










 Bebuah raisins/anggur kering dari Turki, besar dan cantik rupaparasnya...








 Resepinya serupasama dengan gâteau berbuah kering atau candied fruits namun hanya buah anggur kering sahaja yang dibubuhi karena bebuah yang lainnya CintaJL tidak suka...







 Disamping itu sediakan juga gâteau berbijian chocolat noir&bebuah raspberries  akan tetapi tidak diperagakan karena sudah kerap sangat !








Selamat berhari minggu bersama seisi keluarga...






jeudi 24 janvier 2013

Pulut kelapa...

| | 0 commentaires









Untuk hari nan mulia sempena sambutan Maulidur Rausullah, hanya menyediakan nasi pulut berkelapa putih, itu sahaja sebagai penampung kempunan !

Ini lah salah satu masakan yang bertaraf biasa yang disenangi oleh Moyang. Sukanya dimakan sebegitu sahaja tanpa lauk-lauk pengiring seperti sambal, serunding daging atau kuah manis jika dimakan secara manisan. Jadinya hari ini bersajian nasi pulut berkelapa kering (tidak ada kelapa segar yang se'eloknya diparut kasar) yang dicampurkan setelah nasi pulut bersuhu hangat-hangat suam... dan voilà ! rasanya yummy meski pun biasa...

 Sebagai pengiring, sediakan sambal berbuah kurma dan anggur begitu ada kerasaan manis semanis madu yang  sesuai serasi dengan kerasaan nasi pulut yang berkelapa lemak-lemak lembut masinnya...


 Buat Moyang yang dikasihi...



mercredi 23 janvier 2013

Mulia...

| | 0 commentaires








Boutique Mauboussin Grenoble.


 Kalu diberi pilihan antara masa dan pengharapan nan menjulang tinggi akan memilih yang ditengah yaitu impian karena didalam sebuah hidup yang mustahil sempurna, sekali sekala berimpian kepada yang berpada-pada sahaja lantas dibayangi seolah sudah dikecapi dengan apa sahaja yang didambakan meski pun masa dan harapan tidak dapat memenuhi hasrat tersebut...




 La Chaine de Belledone yaitu sebaris massifs bersamaan tiga kemuncak gunung/mountain massif bernama Belledone, Vercors dan Chartreuse yang mengelilingi vallée de Grenoble/valley of Grenoble yang terletak ditengah sebidang lembah yang terpaling datar di-Peranchis !


Sepetang tadi berada diGrenoble, ada sedikit urusan bagi keperluan untuk yang Sulong&Tengah, sudah agak lewat pabila tiba diperhentian terminale... dan hanya dua gambaran photos yang dapat dirakamkan sebagai buahtangan dari Grenoble...

Ratna seisi keluarga mengucapkan, kepada semua insani diserata alam dunia nan terbentang luas juga kepada semua para bloggers&pembaca yang budiman Selamat menyambut Maulidur Rasul besertaan selawat keatas Rasulullah yang mulia sesungguhnya... Amin.








?.....

| | 2 commentaires










Jernih kan lah hatimu seakan sinaran lampu nan bercahaya gemilang meski pun ditenggelami oleh malam nan gulita...

Gambaran sebuah lampu dimalam hari diterrasse/patio.


Suci nya hati&jiwa pabila diri sudah berjaya mencegah kepada 7 perkara tersebut,
"Wudhu' zahir sebagaimana biasa, yaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara,

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang yaitu riya'/riak dan takbur
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan  sifat dengki.



Ada kah yang sekian lama tidak mendengar setiap solat yang dibang darinya masjid dengan kumandang seruan azan  boleh memberi buah pandangan/secebis nasehat kepada yang mendengar sedari dikandungan sehingga lah diwaktu ketika ini?




mardi 22 janvier 2013

Pastel versus fluo !

| | 3 commentaires


Sedari menetap di Grenoble berumah apartment tanpa bertaman halaman,  dimula kan dengan beberapa pasu koleksi bonsaï  begitu seolah berpokok didalaman dan sebagai penaik seri bunga-bunga segar ada lah penyeri dalaman dimana disetiap ruang pasti ada sepasu atau se-vase tumbuhan berbunga mekar berkembang... begitu rasa perasaan berbunga-bunga apatah lagi dimusim sejuk dimana suasana di bandar Grenoble teramat lah murung lagi monyok !

Di pasar terbuka ada lah tempat yang sesuai untuk membeli bebunga segar yang datang terus dari petani kecil, diantara penjual yang ramai hanya satu menjual sayur-sayuran bertaraf tulen/organic/bio tanpa "residual pesticides" yaitu seorang nenek hampir uzur ada lah tempat utama yang ditujui dahulu disamping membeli segala sayur-sayuran juga buah-buahan yang begitu segar sekali... selama di Grenoble, selama itu lah membeli darinya yang dicucuk tanam oleh suaminya, senang lagi adore bunga-bunga si kembang mekar sesegar air embun dinihari rupaparasnya yang datang terus dari kampong bertaraf desa dan setiap kali nenek terpandang si-BintangJauh terus terukir senyuman nan lembut dari wajahnya yang dimakan usia...

Semenjak menetap di kampongulu ini, kebiasaan itu terus diamalkan... lagi-lagi tempat tinggal ini berlokasi agak terpencil jadinya agak jarang keluar menengok dunia... dengan adanya bunga-bunga segar maka terhibur lah rasa perasaan dengan kecantikannya yang semulajadi...


 Yang mana satu pilihan warna yang disukai terhadap Azalée/azalea yang mempunyai dua warna yaitu sepasu berwarna pastel rose lembut dan pasu kedua berwarna rouge/merah fushia...


 Jika tiada kesilapan, sepasu azalée ini dibeli pada bulan November tahun lepas dan berbunga kembang sehingga disaat ketika ini...


 Warna rose lembut... j'adore !


 Setiap hari sudah menjadi kebiasaan... diawal pagi pasti melirik kearahnya !


 begitu rasa perasaan sertamerta menjadi nyaman...


Oops... !! ruangtamu masih beraya natale... 


Pastel atau fluo?


 Hampir dua bulan pokoknya Noêl duduk diruang tamu yang kini tampak seribut, semakin letoi dedahannya mengering longlai... petanda waktunya kena dikemaskan pada masa yang terdekat !


 Adore kuntum bunga yang masih tertutup...





 Rouge/merah fushia, ayu rupaparasnya...


2 bulan lepas sudah berkembangan mekar, layu kering bebunganya lantas terus berputik lagi dan kini sedang sarat mengembang mekar...

 Maka itu masih kurang rimbunannya jika dibandingkan dengan si rose pastel.


 
Voilà.


lundi 21 janvier 2013

Kayangan...

| | 4 commentaires












Sejuk dingin.... diluar halaman kelihatan hamparan lapisan salji menutup kembali lapisan salji yang terdahulu cair oleh rintikan air hujan yang turun hampir seharian harinya Ahad semalam, sedikit demi sedikit renjisan air hujan bertukar kepada kekapas salji nan halus, turun melayang-layang dimalam nan hening sehingga lah berlarutan dihari ini. Sepanjang pagi berdiri dihadapan sebingkai tingkap sambil memandang lama menyaksikan salji yang turun dengan lembutnya... cantik sesungguhnya seolah leraian kekapas gebu yang gugur melayang dari kayangan serasanya...

Hari ini, bersamaan January 21, setelah cahaya diluar yang samar menyerlah cerah pada jam 8:00 pagi, dimana diri masih tercegat sambil mengalih-alih pandangan ketaman halaman menyaksikan keindahan yang sukar digambari betapa agungnya Allah Subhanahu WaTa'ala yang Maha Pemurah dengan kurniaan permandangan disekitran halaman nan indah seolah dikayangan... syukur Alhamdulillah..



 Gambaran photos diambil pada awal pagi tadi.







 Pokok Tilleul/lime tree dihadapan tepi halaman.







 Sebuah anak bukit dibelakang halaman.








 Pokok Tilleul dibelakang taman.







 Terdapat tiga deretan pokoknya Tilleul berbaris dengan megahnya...








 Bonsaï érable du Japon/japanese maple.









 Cognassier du Japon ditepi rumah.









 Pokok Lilas berpaut kasih dihadapan halaman.








 Deretan pokok-pokok buahan seperti apple, prune dan cherry yang baru ditanam oleh CintaJL, kelihatan nun disana sebuah Château seribu tahun bertapak dengan megahnya...








 Dari bahagian potager sayur-sayuran.









 Sebentang hamparan salji nan putih...









 Berbaris lurus deretan anak-anak pokok Buis/boxwood-tree, cantik...








 Deretan pokok-pokok Buis ditepi pinggiran kolam renang.








 
 Lierre/ivy liar yang tumbuh menjalar dibahagian tembok berbatu ditepi halaman.









  Sekelompok buah-buahnya lierre/ivy.








 Kelihatan jelas buah-buahnya lierre...









 Berlatarbelakang kan dengan rimbunan pokok dari rumah jiran sebelah.









 Adore gambaran photo ini...








 Dahan-dahan Lilas yang bersalut dengan lapisan salji.









 Tatkala photo ini diambil tetiba salji turun, terus bergegas masuk kedalam rumah... pintu utama yang masih beraya natale !









 Sebingkai tingkap dibahagian ruang perpustakaan.









 Perbezaan diantara salji nan halus bersama air kolam renang yang sudah keras membeku...









 Boleh ber-ice skating !









 Penjepit jemuran  yang terbiar bergantungan diampaian...








 Adore photo ini.








 Sejambak bunga Hydrangea yang terbiar kekeringan dari musimnya panas nan lepas !








 Rumah berteduh dan tempatnya biji-bijian cereal untuk sang tweet-tweet digantung atas pokoknya Tilleul ...










Voilà !