mercredi 27 février 2013

Sebidang tenunan songket...

| | 2 commentaires












Ada menyebut mengenai "majlis perkahwinan" yang dilihat tengok dari para bloggers semua dan hati sering berdetik-dentum dengan pelbagai persoalan yang semahunya boleh dijawab serta merta namun... apakan daya diri ini tidak lah peka untuk mengulasinya apatah lagi sudah sekian lama nian tidak pernah menyaksikan sebuah majlis perkahwinan dimasa kini yang serba serbinya begitu berlainan sesungguhnya..

Namun...

meski pun diri ini sudah lama menetap disini Peranchis, sebuah negara yang terkenal dengan segala adat resam "art de vivre" yang tidak boleh dipertikaikan lagi dimana serata-rata manusia diseluruh dunia meng"idola" product berjenama made in France sebagai tanda taraf hidup yang boleh dibanggakan dengan sepuas hati... yang mampu senang sahaja terus capai dan bayar... dan yang separuh mampu dengan cekalnya akan mengikat perut bagi memperolehi sesebuah "benda" yang datangnya dari made in France itu...

Contohnya, barang-barang hantaran untuk diberi kepada dua pehak raja&permaisuri sehari, yang berduit sarat ya ampun... jenama yang tertera sudah pasti dari sini Peranchis seperti parfum, sepasang sepatu kasut, tas tangan/handbag, jam tangan dan make-up cosmetic sets, jelas dan sah hampir 100% semestinya made in France dan yang tergempak sekali ialah sekiranya baju persalinan berserta selendang veil untuk majlis di-ijab kabul/akad nikah... juga sepasang lagi untuk direnjis atas pelamin yang tiada terkata lip lapnya kain tersebut yang sememang sehendaknya berkain lace dari Peranchis yang berjenama meletop itu....!!! dan baju persalinan disebelah malam yaitu majlis potong memotong cake pastinya berhias dandan dengan gaun kembang mengembang a la princess yang bermanik crystal Swarowski atau bermutiara jenis "cultured waterfresh" kepada yang ter...mampu sesangat... dan begitu lah gambaran photos juga kenyataan yang sempat ditengok lihat selama ini dengan gambaran majlis perkahwinan dari berjenis-jenis lapisan taraf kemampuan memasing bagi menyempurnakan majlis tersebut menjadi selamat sama'ada dilempahi dengan berbukit puji-pujian bercelahan dengan umpatan yang berpatutan dengannya.... lumrah tatkala dimajlis "pujian" dan "umpatan" setanding seiring bertanding..!
Kus semangat... kok begitu dan begini.. biar lah... berkahwin hanya sekali jadinya segala bagai kehendak sebuah impian punyai sebuah majlis nan indah itu sebolehnya terlaksana... ada kah salah berkehendak sedemikian rupa?

Namun...

Hairan sehairannya, mengapa perkahwinan secara Melayu tulen semakin tenggelam menghilang seolah dianggap tidak setanding lagi untuk ditonjolkan dizaman kini yang serba kebaratan atau ada kah budaya tersebut diambil alih hanya karena "glamour" yang dicari? sewajarnya majlis sesebuah kenduri perkahwinan tampak menyerlah budaya kita yang begitu kaya dengan adat istiadat nenekmoyang yang berharumwangi dengan campuran bebunga melati jasmin & berdaun pandan dimayang halus yang bernama bunga rampai, sayangnya semakin samar sambutannya...

atau, ada kah diri ini masih lagi ketinggalan dek zjaman walhal menetap disini Peranchis?




vendredi 22 février 2013

Serasa dingin...

| | 8 commentaires



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua para sahabat bloggers dihari Juma'at nan mulia...



Pengat pisang bersago ada lah salah satu manisan kesukaan Moyang dimana biji-bijian sago dilebihkan begitu terasa pabila dimakan diwaktu minum petang yang sememangnya tidak pernah tercicir dari agenda harian.









Sakibaki es salji yang masih melekat dihadapan halaman.





Semingguan ini suhu cuaca begitu dingin sesungguhnya -6 dan soirée -10 ... sisa dan baki es salji yang masih bertahan  tetap melekat disekitaran bidang halaman meski pun lapisannya semakin menipis dan mencair lenyap meresap ke dalam tanah... dan kelihatan diluar salji turun berguguran lagi, sejurus itu serasa dihati begitu sayu dan rasa perasaan pergi melayang jauh... nun jauhnya.. sejauh disana berlipat dengan kemasnya secarik sejarah sebuah hidup seorang anak kecil yang tersingkir dari semua... berlajar berdikari sendirian tanpa sokongan dari pangkal asalusul kewujudannya...

Sewaktu dan ketika ini terkenang kembali...

Disepanjang bulan puasa yakni Ramadhan semasa membesar dibawah naugan Moyang salah satu juadah membuka sahur setelah dijaga oleh kokokan si-ayam jantan sewaktu dinihari nan hening sebagai petanda bangun lantas menyediakan sarapan bakal bersahur ialah nasi goreng garing... kok garing ! iya yang benar... nasi digoreng sehingga garing ada lah caranya Moyang memasak nasi bernama goreng... pertama kali merasainya baru sahaja sesudu suapan ter...henti sejenak dengan pertanyaan yang bukan-bukan terkeluar dari minda lantas bertanya kepada Moyang ada kah nasi ini terlama gorengannya sehingga menjadi keras kegaringan, jawapan yang dibalas ialah itu lah cara yang terbaik karena bukan sahaja enak lagi sedap dimakan pabila dikunyah nasi goreng garing tidak rakus/pelahap cara makannya yang bermaksud dimakan dengan cara kunyahan yang lama dan sopan begitu penghadamannya teratur dan tidak bermasa'alah jadinya menyenangkan pembuangan yang lawas, pesan Moyang dari segi petua untuk kesihatan...





 Harum semerbak mewangi dengan adanya dedaun pandan... sebuah mangkok beralaskan dengan selembar daun pisang sebagai penaik rasa...





Selama bertahun-tahun yang bersilih ganti dibawah penjagaan Moyang hampir lengkap ajaran memasak dengan pelbagai cara masakan yang berbeda tidak sama secara popular yang sering diikuti ramai dan banyak petua itu&ini dibisik lembut dan diminta diam tidak membuka rahsia tersebut mahu pun dikalangan cucu dan cicitnya yang lain... mengapa Moyang? karena hanya Jelita seorang yang lembut bacaan surah Al-Quran dengan kesabaran yang teguh mengajar Moyangnya mengaji kitab Muqaddam juga Al-Quran tanpa sebarang keluhan... terkebil-kebil mata merenung Moyang dan berkata "iya lumrah begitu semestinya berlembut dihadapan surahan suci... kan Moyang sudah uzur lagi lewat usianya dimana sebutan ayat sudah goyang dan sering kurang jelas dan tepat, jadinya harus berlemah lembut dan tenang sahaja.." lansong tersimpul sebuah senyuman dari bibir sehingga menerbit sinaran jernih dari sepasang matanya Moyang dan begitu lah setiap kali mengajar Moyang mengaji akan duduk rapat disebelah si-BintangJauh supaya dapat dengar dengan jelasnya, dan setiapkali mengaji caranya Moyang seolah menganggap dirinya sebagai murid yang patuh mendengar terhadap gurunya kekadang serasa sayu betapa keupayaan Moyang untuk mengaji dengan sebaik yang mungkin... ada bertanya mengapa Moyang tidak berlajar dari anak perempuannya yang juga ada lah pengajar mengaji, jawab Moyang tidak serasi dan sesuai dengan anaknya sendiri dan lebih senang berlajar dirumah bersama si-BintangJauh walhal ketika itu hanya berusia 13 tahun... dan kalu dikenang-kenangi kok semasa ketika itu pusingan harian hanya tertumpu kepada Moyang, apa sahaja yang disuruh turuti sahaja tanpa berdolak dalih seolah apa sahaja yang dipinta supaya disempurnakan keatas sesuatu pekerjaan rumah ada lah sebuah amanah kehidupan yang semestinya diakuri dengan hati yang terbuka meski pun ada ketikanya kudrat bagai ditarik-tarik lantas tersebak haru meminta pohon kehadrat Ilahi dimana kah IbuAndong sebagai penyejuk dan penawar rasa...






 Pagi nan kelabu samar putih tatkala ini kekapas salji sedang turun... halus kecil kekapas es salji melayang-layang turun dengan gaya yang perlahan, serasa syahdu pabila permandangan sebeginian rupa suasana dikampongulu dimana semenjak semingguan ini begitu sunyi keadaannya... kelihatan nun disana sebidang tanah kawasan jiran seberang jalan sudah bermula memutih kembali...







Terkenang lagi, tatkala berminum petang sendirian Moyang datang hampiri terus duduk mengadap BintangJauh dan kemuka kan sebuah berita dari sekolah agama bahawasanya nama BintangJauh ada termasuk didalam senarai untuk berlajar seterusnya menjadi seorang ustazah yang bertauliah, terkebil-kebil seperti biasa sambil merenung ke wajah nan rupawan meski pun berusia lewat namun begitu terserlah kejelitaan Moyang... terumbang-ambing sendirian tanpa sesiapa yang sepatutnya membela atau bertanggungjawab keatas masa depan yang terjamin seperti meraih yang mana sebaiknya atau cemerlang dari segi akademik/jurusan yang dipilih, apa yang termampu dilakukan hanya sekadar mengaku tidak berminat dengan tawaran tersebut dan hairan mengapa begitu awal pemilihan tersebut dan Moyang menerangkan ianya sebagai amaran supaya si-BintangJauh bersiap sediakan diri dan ikhlas lagi berminat untuk menjadi seorang ustazah, ditolak sebulatkata sebegitu sahaja hanya karena takut akan terus terpisah jauh selamanya dari IbuAndong... karena sedari berusia 7 tahun berpisah renggang menanggung rindu serasa perit menanti bila kah hari bersejarah itu akhirnya IbuAndong akan datang mengambil kembali anaknya BintangJauh duduk serumah sebumbung bersamanya menjadi kenyataan... lagi-lagi dibulan puasa yakni Ramadhan selama bersama Moyang, IbuAndong jarang datang ziarahi kalu datang menjengok hanya sekejap dan tidak pernah berbuka puasa bersamanya dan hari raya? sendirian..... Maka itu tawaran tersebut dilepaskan sebegitu sahaja demi kasihnya terhadap IbuAndong... tidak cukup pada itu, selepas baik sembuh dari jatuh sakit demam panas yang berlarutan hampir dua bulan terlantar lemah diatas katil yang hanya diubati secara ubat-ubatan kampong sahaja dimana pada suatu hari diri sudah terlembik pengsan terus dibawa berjumpa doctor akhirnya... dan doctor berkata kalu terlewat sedikit pada hari tersebut tidak lah ada si-BintangJauh dengan coretan ini... namun Moyang seolah tidak mahu mengalah, selepas baik sembuh dari sakit pasti akan terbit satu berita yang mengejut... kus semangat ! lansong tergamang serasanya diri...







 Dot dot dot kekapas es salji yang ber-saiz kecil dan halus sedang turun berguguran, pabila saiz kekapasnya kecil petanda suhu udara begitu sejuk lagi dingin bertahap menggigil dimana ketika coretan ini dikarangkan suhu diluar ialah -6... semalam sebelah pagi keluar ke post-office atas urusan penghantaran kembali dan sepanjang jalan naik membukit serasa payah kaki melangkah oleh suhu yang terlalu dingin membeku walhal bersarung tangan, berbaju 100% lambswool, ber-snow boots yang tebal dan dileher berlilitan setebal-tebalnya winter knit-scaf namun... seluruh badan serasa beku...!!!






 Pelbagai kenangan nan lembut bersama Moyang yang dikasihi sesungguhnya bertambah lembut manisnya dengan pengat pisang bersago ini...





Moyang tidak pernah berputus asa lepas satu, satu, satu perkara tersebut dipertengahkan secara diluar jangkaan diri pabila Moyang berkata ada seorang cucu pamannya yang ingin datang merisik ! berlinangan airmata... sambil memegang erat telapak tangannya Moyang teresak menahan pilu dan berkata separuh berbisik "tidak kah Moyang kasihani diri ini yang sekian lama dipencilkan jauh dari kasihsayang seorang Ibu yang jarang datang menengok apatah lagi dari seorang ayah?... yang senantiasa sendirian tanpa sesiapa pun yang sudi berbual mesra... dihujung harian keringat mengalir seolah tidak mahu kering... terkapar-kapar berlajar sendiri didalam diam... taat dan patuh tanpa diminta pembalasan yang setimpal dengannya... dan kata-kata kesat tidak pernah lekang keluar dari mulut-mulut yang mengaku mereka ada lah penentu nasib yang tahu menilik masa depan seseorang seperti seorang ulama' ajaran sesat...  setiap malam berjaga didalam gelap berselawat keatas nabi Muhammad SAW dan berzikir sampai terlena  dengan pengharapan nan tinggi bahawasanya bacaan doa-doa yang diseru tanpa henti akan dipertimbangkan olehNya yang maha Pengasih lagi maha Penyayang"... dan entah apa lagi yang terlepas dari sanubari nan pilu... lama begitu lama Moyang merenung jauh dan akhirnya bersebut lah begini " iya... Jelita berhak menyuarakannya apa sahaja yang terpendam namun Moyang juga takut ditinggal keseorangan dengan berbuat demikian mungkin Jelita akan terus dekat menjaga Moyang selama yang mungkin karena kepada yang lainnya (anak-anakandanya Moyang) serasa seperti tidak sesuai dan serasi... lupakan sahaja apa yang terkata tadi dan Insya'Allah hendaknya Jelita akan lama duduk tinggal bersama Moyang...

Beberapa bulan selepas peristiwa "merisik" itu si-BintangJauh pergi jauh darinya Moyang tanpa menoleh kembali...



mardi 19 février 2013

Ginger&Carrot Cake

| | 4 commentaires





 Bakal manisan berminum petang ini, topping-nya begitu yummy...






Selain adanya parutan carrot terdapat juga bebuah apple (sebagai peganti bebuah nenas karena tidak ada didalam simpanan) juga raisins tanpa glacé ginger tukar kepada serbuk halia sahaja dan kekacang noix/walnuts gitu bertambah lemak lembut kerasaannya.





Sejak beberapa hari ini serasa ber-blog tetiba terkurang keinginan untuk me-update itu&ini, sebab musababnya tiada cuma selama ini hanya pergi merayap kepada blogs para bloggers semua... lepas satu, satu, satu dilihat dengan asyiknya... terutama sekali kalu topiknya mengenai majlis kenduri perkahwinan, adore menilik itu&ini almaklum sedari sekian berkurun lamanya tidak pernah menghadiri majlis tersebut, tatkala menatap segala bagai gambaran photos yang dipaparkan ada masanya terasa agak terkilan dengan perubahan atau perbedaan majlis kenduri-kendara dengan pelbagai tema yang mengikut kehendaknya sipermaisuri sehari, kemain indahnya... dan kekadang itu tercetus dihati berbisikan "kok begini begitu... ya ampun..! betapa mewah dan meriah sekali.." ter...pesona sekejap dan ada ketikanya tersentap juga dengan gambaran yang dipaparkan terus berkus... semangat dan ber-Astaghfirullahhal'azim... kok begitu lagaknya dan terjadi lah dosa secara tidak lansong ter...mengumpat sendirian terus dijatuhkan dosa karena mengumpat meski pun terdetik dihati...dan terus melompat ke topik yang lainnya bagi mengelakkan diri dari tercetus persoalan yang sememangnya tidak berapa peka untuk dipertikaikan...









 Picit-picit sebegitu sahaja menjadi bebunga biasa karena tidak ngerti lagi secara chef bertauliah itu..!













Sabtu lepas pergi belanja untuk keperluan makanan segar untuk jangkamasa seminggu, salah satu yang dibeli ialah carrot untuk disempurnakan sebagai sebuah cake yang sememangnya tiada siapa penghuni dirumah ini sudi merasainya... maka itu sediakan setengah adunan sahaja karena yang akan menghargai cake ini hanya si-BintangJauh seorang...




 Topping dataran hanya campuran icing gula, creamcheese, vanilla, sedikit crème dan butter dan rasanya mega yummy !







 Lunak berlemak cream dicantumkan dengan cake yang berasa lembut manisnya yaitu antara parutan carrots dan apples menjadi kena serasi bersama...













 Dari seawal pagi sudah merajinkan diri berada didapur yang diindahkan dengan permandangan sakibaki es salji yang masih melekat diserata bidang taman halaman... es salji yang bertahan beku ada lah terpulang dimana tempatnya, sebagai contoh dibawah redupan pokok dimana pancaran mentari terhadang berselindung dicelahan dedahan pohon jadinya tidak terkena kehangatan mentari itu...  suhu cuaca masih dingin menggigil meski pun bercahaya gemilang, nyaman serasanya diri...




Gambaran dari hadapan halaman dimana es saljinya semakin mengurang...











Dari terrasse/patio dibelakang halaman yang terhadang dari pancaran mentari oleh façade-nya rumah maka itu lapisan es salji masih kekal meski pun menipis... kelihatan anak-anak lavender juga anak-anak buis/boxwood cantik ber-carpet dengan lapisan es salji...







 Es salji yang semakin mencair meski pun bermentari namun suhu masih dingin menggigil...







Adore... tatkala es salji sedikit demi sedikit berkurangan dan cair meninggalkan bekas bentuk yang cantik begini...








 Tompok-tompokan es salji yang semakin mengecil lantas larut menjadi air meresap ditanah...







 Voilà..!





jeudi 14 février 2013

Plein d'Amour...

| | 12 commentaires



Joyeuse Saint Valentin.


Jeff Koons, au Palazzo Grassi




Hari ini... bertarikh keramat kepada sesiapa yang terpaut kasihsayang bagi membuktikan kepada pasangan memasing bahawasanya cinta itu akan selamanya kekal membara serupa seperti dihari pertama bertentangan mata... dan hairannya semata hanya untuk hari ini February 14 yang dianggap "symbolic" dan istimewa didalam artikata menyambutnya sambil bertukar-tukar hadiah, bermakan hidang direstaurant, bersilih ganti berkata dengan bisikan cinta sakti seolah baru terjatuh hati lansong terputik kerasaan cinta bergelora... dan dalam keasyikkan meraikan sambutan cinta itu baru tersedar card credit sudah terhangus dan esoknya termenung sudah... ada kah sambutan itu berfaedah untuk diraikan? tepuk dada tanya pengertian memasing karena wang ringgit yang dihabiskan ada lah juga hak memasing, tidak lah boleh sesenang hati dan minda untuk mengadilinya karena nanti banyak tercetus bebuah pandangan yang bertaraf "bias"... !!! jadinya, terpulang lah kepada memasing sama'ada hendak meraikan atau disebaliknya...

Si-BintangJauh gimana pula? Tidak pernah meraikannya walau pun sekali karena CintaJL berkata sambutan Valentine adalah sebuah budaya kepercayaan yang kolot bertaraf karut ! jadinya... sebagai menyimpang topik, sengaja paparkan petanda-petanda ini bagi kepada barangsiapa didalam golongan jahil mengenai mengenali pendirian diri sendiri menjadi seorang muslimah nan mukmin yakni beriman yang jati&tulen yang semestinya terlebih dahulu terkeluar dari kategori fasiq, fajir, munafiq dan yang terpaling parah yaitu murtad dan kafir ..  adakah insani semua terkecuali dari tanda-tanda dibawah?

Dan terjemahan ini juga untuk pedoman diri sendiri supaya beringat-ingat senantiasa didalam menghadapi dunia yang bercekelaru dengan kefahaman a la kadar, cetek dan seadanya dimana didalam Akhlaq Islam tidak ada itu semua...




"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.
  • Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
  • Kedua, apabila berjanji, dia ingkari.
  • Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati".
Berikut adalah ciri-ciri orang munafik menurut Islam.
  • Dusta
  • Khianat
  • Fujur dalam pertikaian
  • Ingkar janji
  • Malas beribadah
  • Riya'
  • Sedikit berzikir
  • Mempercepat solat
  • Mencela orang-orang yang taat dan soleh
  • Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w.
  • Bersumpah palsu
  • Enggan berinfak
  • Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin
  • Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian
  • Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.
  • Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
  • Sering meninggalkan solat berjamaah
  • Membuat kerusakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan
  • 'Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir
  • Takut terhadap kejadian apa saja
  • Beruzur dengan dalih dusta
  • Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan
  • Bakhil dalam masalah kebajikan
  • Lupa kepada Allah s.w.t.
  • Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya
  • Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin
  • Sombong dalam berbicara
  • Tidak memahami masalah-masalah agama
  • Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa
  • Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang
rujukan dari wikipedia.
&
Le Figaro.


Juga, hairan sehairannya ! setiap kali blog ini membuka timbulkan perihal hukumhakam agama sebagai pengongsian bersama ummat sekalian kok tidak ada balasan yaitu sekurang-kurangnya ada yang tercuit untuk memberi buahpandangannya... ada kah sekilas pengertian ajaran agama seperti Tauhid& Akhlaq tidak menarik tarafnya sebagai topik sampingan kepada semua atau tiada sesiapa yang peduli...dan serasanya seolah berkata dalam dunia yang membisu tatkala soal-soal ugama Islam nan suci dipertengahkan, mungkin topik menyimpang ini bertaraf "boring" ! dan sehendaknya semua apakata BintangJauh jojolkan topik mengumpat atau bergossip itu dan ini, baru class... !!! bukannya apa sekadar terkilan sahaja... iya, tahu lagi ngerti tidak boleh paksa sesiapa pun... kalu mahu memberi komentar atau pun tidak, itu hak asasi memasing... sampai nanti..





mardi 12 février 2013

Berguguran...

| | 3 commentaires




saljisalju nan putih bersih tanpa henti menurun dari semalam sehingga lah ketika waktu coretan ini digambarkan, suhu semakin menurun minus-nya menjadi beku sebekunya...
Tatkala sebeginian keadaan dan suasana, diri pun menjadi terpegun dengan permandangan nan indah, seolah buat pertama kalinya melihat kekapas salji berguguran turun dengan banyak lebatnya... lantas banyak masa dihabiskan sebegitu sahaja yaitu membuang masa menyaksi salji yang memutih putih disetiap penjuru kampongulu ini, sayangnya tidak dapat keluar lagi dari rumah... mungkin esok..?



 Si-tweet tweet sendirian bertenggek diatas sepohon tangkai pokoknya Pear.













Semalam, lapisan salji begitu tebal sekali akan tetapi mencair pada lewat soirée jadinya hari ini bersalji lagi sama serupa dengan salji semalam yaitu sejenis kekapas salji yang basah dimana ianya tidak bertahan lama...




 Yang ini juga bersendirian...







 Serumpun pokok Clématites/clematis cantik diselaputi penuh sarat oleh gompolan salji yang tebal...







 Adore dengan dot dot dot salji berguguran...







 Didepan halaman.








 Tiang pengawal gate berbuah Pomme de Pin/pine cone yang sudah uzur... berlatarbelakang dot dot dot kekapas salji turun berguguran dengan lebatnya !








 Photo ini diambil pada hujung soirée semalam dimana sedikit demi sedikit lapisan salji yang bertempek disetiap dedahan mencair dan tinggal hanya tompok-tompokan salji serupa kekapas cotton jadinya... cantik !







Photo semalam juga, salji yang turun pada lewat soirée ialah sejenis salji yang basah jadinya cepat cair maka itu yang berkelompok tebal sahaja yang boleh bertahan dan terjadi lah berupa bentuk tompokan bebola sebagai contoh sepokok érable du Japon...







 Serumpun pokok Pivoine/peony yang sudah bermula berputik...









 Jelas kelihatan dot dot dot-nya salji.









 Dari tingkat atas balkoni...









 Rumah caretaker, kelihatan sepintu besar bekas kandang kuda dan pintu kecil sebelah ialah sebuah jamban secara à la turque dimana zjaman dahulu kala begitu kebiasaan tempat termenung untuk diluar rumah.







 Kolam renang airnya membeku keras serupa es batu...









 Adore degan gambaran photo ini, anak pokok Buis yang cenonet terbenam oleh lapisan salji... voilà !

Setiap kali bersalji suasana dikampongulu seolah tiada penghuninya... hening dan senyap lagi sunyi sekali, memasing mengurungkan diri dari udara dingin nan sejuk dimana elok sangat duduk beristirehat diam mengadap kehangatan tungku api diruangtamu sambil membaca sebuku novel dengan amannya...









lundi 11 février 2013

Chutes de neige...

| | 0 commentaires





Begini lah karenahnya Honey Aristocat pabila menunggu terpampang didepan pintu dapur memandang tepat diminta masuk...







 

 Kedua telapak tangannya diletak sopan, adore rupaparasnya nan comel...








Begitu asyik memandang kearah si-tweet tweet, kelihatan dot-dot kekapas salji...




Permandangan dikampongulu memutih putih lagi... betapa indahnya dan senyap-sunyi suasana hening serasa sayu... kecuali sesekali kedengaran kicauan siburung ber-tweet tweet memecah kesenyapan yang tenang... CintaJL dan yang Sulong bertolak menuju ke Grenoble seawal pagi tadi tidak seperti selalu yaitu pada malamnya Ahad karena bagi mengelakkan apa sahaja kesulitan yang mungkin boleh terjadi jikalau bertolak dimalam hari yang sedang bersalji ... setelah bersalaman dan melambai pergi terus memandang jauh disekitaran taman halaman yang bersaluti dengan lapisan salji yang semakin menebal. Tadi, cuaca diluar masih suram jadinya mutu gambaran photos yang diambil tidak lah begitu lumayan... nanti-nanti pabila turunan saljisalju berhenti seketika (sudah diramalkan salji menurun seharian sehingga esok) akan keluar menerokai dikawasan halaman dan kemungkinan akan keluar dari perkarangan rumah kalu daya diri kuat melawan sejuk nan dingin...







 Pokok érable du Japon/japanese maple cantik seolah ditempek oleh crème chantilly...










 Adore gambaran salji turun berguguran serupa kapas-kapas lembut...









 Dahan-dahan pokok Tilleul sarat penuh diselaputi oleh salji.









 Pokok Buis seratus tahun ditepi rumah, kelihatan betapa tebalnya salji melekat dirimbunan dedaun...










 Adore suasana indah sebeginian dianugerahi oleh permandangan lembut menyamankan rasa perasaan ketika dan waktu ini... semingguan suhu semakin dingin sekitaran -6°C disiang hari dan soirée -11°C jadinya air kolam renang membeku ...


Seterusnya gambaran photos yang hanya boleh dirakamkan dari hadapan pintu&tingkap sahaja karena setakat ini masih tidak boleh keluar... salji menurun gugur dengan banyaknya...






Kayu-kayu untuk penungku api.








Nun dihujung dahannya pokok Tilleul kelihatan se'ekor burung sedang bertenggek sendirian...










Yang ini beramai-ramai... si-burung burung Rouges gorges, kedengaran dari rumah kemain sekali perbualan mesra ber-tweet tweet antara mereka...









 
comel.. !











Penghulu diatas atap rumah caretaker.










Perbezaan diantara berlainan pokok-pokok dibelakang halaman.










Permandangan dari halamannya jiran sebelah Madame D, ya ampun... lapisan salji begitu tebal !










 Sepokok Houx/holly ditepi gate.







Cognassier du Japon ditepi laman, adore tompok-tompokan salji yang melekat didahan tampak gebu nian..










Voilà.